Just Klik!

Monday, February 13, 2012

Kari Kepala Ikan Merah

Masakan smlm ni...............! Sedap hingga menjilat jari. 

Dlm kesibukan aku bekerja, keluarga adalah yg paling utama. So... memasak utk keluarga adalah satu hal yg mengembirakan aku, lebih2 lagi  bila tengok anak2 n hubby berselera makan. Walau terkadang dah buntu memikirkan masakan apa yg nk dihidangkan.



Bahan2 :


1 ekor kepala ikan merah - bersihkan dan dipotong2
5 biji bendi - dipotong pangkal  dan hujung
1 biji tomato - potong baji
2 biji bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm halia - tumbuk
2 sudu makan cili giling 
1 pkt kecil serbuk kari
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan air
2 cawan santan pekat
minyak secukupnya
gula dan garam secukup rasa
sedikit daun kari

Cara2 :

Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan air asam jawa. Masukkan serbuk kari sekali. Tumis bahan2 sampai garing. 

Lepas tu masukkan 1 cawan air dan 1 cawan santan. Masukkan juga terung dan bendi serta kepala ikan. Masak sampai mendidih. lepas tu masukkan 1 cawan santan lagi. 

Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan tomato sekejap. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Have a nice day! :)

1 comments:

~~zAnAfAhMi~~ said...

Sedapnya kepala ikan merah msk kari, mesti bertambah2 mkn kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...