Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Tuesday, February 7, 2012

Telur Itik Masak Lomak Cili Api

Dah lama sangat blog aku ni x terurus..... dah berabuk ckit. Sibuk memanjang aje aku ni. Skrg ni, dah x sibuk..... barulah dpt aku tulis n3 ckit.

Macam biasa........ opis baru tengah tunggang langgang, poneng kepalo den dibueknyo. Gasaklah, mana yag terdaya aku buat... letih x abis2.

Kerja........ mana ada abisnya....!!! Okeylah xnak membebel panjang lagi...... aku nk kongsi masakan smlm aku ni dengan korang semua. Masak yg mudah dan sedapppppppp!!

Tunjuk dlm gambar 2 biji je..... yg lain dah abis kena ngap...hehe!!

Bahan2 :

5 biji telur Itik
1 ikat kacang panjang
10 biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Kacang panjang dipotong2 sepanjang kira2 1 setengah inci. Masukkan bahan tumbuk dan serai yang telah dititik ke dlm periuk . Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. 

Bila dah mendidih, masukkan kacang panjang. Pecahkan telur itik dengan berhati-hati, sebiji demi sebiji kedalam periuk. Jangan pecahkan ditempat yg sama dan kacau dengan perlahan agar kuning telur tidak pecah. 

Dah mendidih lagi, masukkan secawan lagi santan pekat. Masukkan juga asam keping. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. 

Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.

p/s : Sayur kacang panjang tu lagi sedap kali tukar dengan belimbing buluh atau bacang muda. Tp aku x sempat nk cari... pakai apa yg ada ajelah!!!!




Have a nice day! :)

3 comments:

Sheila Shafeareen said...

As'salam sdp tu lauk telur itik masak lomak....nak pulak rencah kan sama belimbing buluh hemmm...nasi panas2 ada sambal belacan....

Saidila79 said...

Assalamualaikum....

sheila <-- komen awak bikin saya terliur'lah.....hehehehe

geez said...

Mmmmm.......nampak sodap..... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...