Just Klik!

Friday, March 30, 2012

Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Dgn Kacang Panjang

Kali ni x boleh cerita panjang, sibuk nk mengemas barang utk start niaga mlm ni .Inilah dia masakan yg x boleh tinggal dlm menu setiap minggu..... Kegemaran my hubby!!!

Kita layan resepi simple ni......!!!



Bahan2 :

3 potong ikan tenggiri
1 ikat kacang panjang

1 biji tomato
12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Ikan tenggiri dibersihkan. Kacang panjang dipotong2 sepanjang kira2 1 setengah inci. Tomato dipotong baji 6 bahagian. Masukkan bahan tumbuk dan serai yang telah dititik ke dlm periuk . 


Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, masukkan kacang panjang dan ikan serta secawan lagi santan pekat. Masukkan juga asam keping.

Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa.

Bila telah mendidih sekali lagi masukkan tomato. Tunggu sekejap dan lepas tu bolehlah diangkat.



p/s : Emm...sedap dan all my family suka jer.......!


Have a nice day! :)

Wednesday, March 28, 2012

Tat Telur

Dah lama berangan nk buat tat telur.... smlm barulah kesampaian. Dah pernah buat lama dah.... resepi dulu tu pun ntah mana perginya. Godek2 laptop ni, jumpa jugak resepi yg aku rasakan sesuai.

Aku salin balik  resepi ni dari blog zila4ever. Kalau nk tengok blog tu... klik SINI.

Tanpa membuang masa... layan jelah tat telur aku ni...!!


Bahan utk crust :

2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula halus
1/2 st baking powder
1/4 st garam
1/2 cawan mentega
2 biji telur

Bahan utk filling : ( aku kurangkan separuh tp masih ada baki lagi....)

1/2 cawan susu cair
2 biji telur
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air
1 sm tepung kastad - aku pakai tepung jagung
1/2 sm vanila

Cara2 : 

Utk buat crust :  Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam kedlm doh mixer/guna tangan pun boleh. Masukkan butter. Gaul dan masukkan telur sebiji2 hingga menjadi doh.

Utk buat filling :  Pukul gula dan telur. Masukkan semua bahan lain. Kacau2 hingga sebati.

Tekan doh kedlm bekas tat. Tuang bahan filing kedlm bekas tat yg diletakkan doh tadi. Bakar dalam oven ... Dah nampak kekuningan tu ....... dan filing dah nampak tak cair lagi kira dah masak lah tu.


p/s : Banyak jugaklah dapat... tp x sempat aku nk makan kali ketiga dan keempat dah abis dingap anak2... sedap dan rangup je crust tu.... nnti nk buat lagi :)


Have a nice day! :)

Tuesday, March 27, 2012

Rendang Ayam Pencen .... ghombau style..!

Dah pernah aku buat rendang dulu, kali ni aku buat lagi ! Sodap sangat... kata anak2 aku. Tak sorangpun anak2 aku ngadu podeh... sebab dah biasa. Al-maklum Wan yg kt ghombau tu masak podeh giler.... mak sedara hubby aku.

Dari mak sedara hubby aku nilah aku belajo resepi masak ni..... tp x sama rupa dengan yg kt ghombau tu. Mak sedara tu masakguna dapur kayu jadi rendang tu hitam garing jer... Masak guna dapur gas kaler x jadi hitamlah tp rasa x jauh beza.....



Bahan :

1 ekor ayam pencen
4 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik - x letakpun xpe
1 helai kunyit (di koyak)
1 helai daun kunyit (di hiris halus) 
4 btg serai (di titik)
1/2 bungkus serbuk kari daging - lagi bagus kalau guna rempah asli yg beli kt kedai di pekan rembau
1 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 keping asam keping - rendang asal rembau x letak so kalau x letak pun boleh
1/2 sudu teh gula - jika suka 
garam secukup rasa
semangkuk air 

Bahan Kisar:


8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih 
3 btg serai
3 inci halia 

1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas 
15 tangkai cili kering & 2 sudu besar ciling giling
15 biji cili api
2 biji buah keras
secubit jintan manis & jintan putih

Cara Membuat:
Ayam di potong kecil2. Masukkan ayam, bahan kisar, serbuk kari, serai titik, daun kunyit, kulit kayu manis, bunga lawang dan semangkuk air. Kacau sampai hampir kering. 



Selepas tu masukkan santan, kerisik dan asam keping serta garam dan gula.Masak hingga ayam lembut dan kuahnya kering. 


Jika daging ayam belum lembut masukkan secawan air lagi dan kacau sampai kering. Sedia di hidangkan .....!






p/s : Nk tengok balik Rendang Ayam pencen yg pernah aku buat lama dulu boleh klik SINI.


Have a nice day! :)

Monday, March 26, 2012

Produk ~ Minuman Pati ALGA MEKAH

Produk jualan lagi..... Produk ni tengah hot sekarang ni... my hubby tengah sibuk promote ni kat kawan2 dia. Boleh merawat  banyak penyakit..... especially gout. Ramai dah bebas dari gout dan yg tempang berjalan tu skrg ni dah cergas kembali... Kencing manis dan darah tinggi yg kritikal pun ada testimoni mengatakan dah bebas dari penyakit tu..!!! Kalau nk tahu kesannya kenala cuba... :))))


Alga Mekah MINUMAN TERAPI KESIHATAN YANG TERKENAL DIDUNIA

Pati Alga Mekah digunakan dizaman empayar T-Shing lagi.Terkenal di 20 buah negara. Di percayai berasal dai Lumut Telaga Zam-Zam.

Air minuman Alga Mekah dalam amalan tradisional sering dikaitkan dengan kesihatan dan diamalkan bagi tujuan merawat penyakit  seperti :
  • Strok
  • Kanser
  • Kencing manis
  • Darah tinggi
  • Migrane
  • Tyroid
  • Gout/bisa tapak kaki
  • Batu Karang/prostat
  • Batuk/Asma
  • Sembelit/Lenguh sendi/sakit pinggang
  • Memulihkan tenaga batin
  • Menguruskan Badan
Penemuan Terbaru................

Mati pucuk
Allergik
Dialisis/buah pinggang
Gigitan binatang bisa
Luka disebabkan kencing manis


Harga : RM 30.00

ATURAN PENGGUNAAN

Diminum sebelum sarapan pagi, selepas makan tengahari dan malam. Sekali minum 2 sudu besar.

Jika berminat sila  hubungi Noor di 017-2387594. Penghantaran boleh dilakukan di sekitar Shah Alam dan kawasan berdekatan denganya (COD).  

Tak boleh dihantar menggunakan pos.... tak boleh terlalu digoncang cenderung pecah sebab botol diperbuat dari kaca dan  mempunyai gas yang kuat... !


Have a nice day! :)

Friday, March 23, 2012

Kailan Goreng Simple

Updated lauk sayur je.... simple sangat. Tp sayur ni yg paling aku suka. hubby x suka... Dia kata sayur ni keras, almaklum asyik sakit  gigi n gigi geraham dah banyak  cabut.... hehe :))

Dah buat persiapan niaga utk pagi2 esok dgn packing barang2...... barulah lega ckit. Bolehlah updated blog....  menceceh plak aku ni lebih2.

Berbalik pada masakan sayur ni.... dipersilakan layan jerrrrrrrrrrrrrrrrr!!!



Bahan2 :


Beberapa pokok sayur kailan - di kerat2
1 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1/2 tangkai cili merah - hiris
6-7 ekor ikan bilis
1 sudu makan sos tiram
1/4 dari seketul kiub ayam
sedikit minyak masak
1/4 cawan air
garam dan gula secukup rasa

Cara :

Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih , cili  merah dan ikan bilis bersama-sama. 

Bila dah kekuningan, masukkan kailan. Masukkan juga sos tiram, air dan juga kiub ayam. Biarkan mendidih dan perasakan  dengan garam dan gula. 

Sedia dihidangkan....



p/s : Nak bagi petua menyiang sayur... Jangan gunakan pisau, patah2kan dan koyak2kan jer sayur tu. Ini utk mengekalkan rasa sayur tu sebab kalau guna pisau, besi akan menyerap rasa sayur dan masakan sayur jadi xde rasa.... Ini petua org dulu2 jer.... sekian!


Have a nice day! :)

Thursday, March 22, 2012

Ikan Bilis Sambal Tumis

Smlm aku masak yg senang2 jer..... sebab lauk kelmarn masih berbaki. Lagipun dah jemu dgn gulai yg berlemak. Seterusnya aku sibuk menyiapkan barang2 yg nk dibawa berniaga ptg ni.

Daah usai semua.... barulah aku dpt mengadap laptop... bolehlah post n3 smlm.

So.... layan ajelah resepi simple ni........... :))



Bahan2 :


Segenggam ikan bilis
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
3 sudu makan cili giling
1/2 cawan air asam jawa
Sedikit belacan - jika suka (aku x letakpun)
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Ikan bilis dibersihkan dan digoreng garing. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar di mayang. Tumis bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Goreng sampai wangi. 

Masukkan air asam jawa dan bawang besarTumis sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan ikan bilis goreng tadi. Gaul sebati. Selepas tu bolehlah diangkat dan dihidangkan.



p/s : Boleh juga djadikan sambal utk nasi lemak.


Have a nice day! :)

Wednesday, March 21, 2012

Kobis Goreng Campur Lobak Merah dan Bunga Kobis

Menu sampingan jer ni.... tp aku memang suka lauk ni !!!

Apapun aku ari ni xde mood..... Niat hati nk buat tat telur.... aleh2 hubby beli pisang suruh buat cekodok. Bengang juga... ingat nk buat cekodok jugaklah, tp at last x jdi sebab dah kena ngap dek monyet2 kat umah ni.... hehe.... anak2lah. Tak cukup korum dah nk buat cekodok... dah tinggal 3-4 biji je lagi.

Berbalik pada lauk sayur aku ni.... disini aku sertakan lampiran resepinya.

Bahan2 :

1/4 dari 1 biji  kobis yg kecils - potong kecil
1/2 batang lobak merah - potong kecil
1 ketul kecil bunga kobis - potongg kecil
1 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1/2 tangkai cili merah - hiris
6-7 ekor ikan bilis
1 sudu makan sos tiram
1/4 dari 1 ketul kiub ayam
sedikit minyak masak
1/2 cawan air
garam dan gula secukup rasa

Cara :

Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih , cili  merah dan ikan bilis bersama-sama. 

Bila dah kekuningan, masukkan kobis, lobak merah dan bunga kobis. 

Masukkan juga sos tiram, air dan juga kiub ayam. Biarkan mendidih dan perasakan  dengan garam dan gula. Sedia dihidangkan....

p/s ; Lauk sayur yg senang..............!!! :)))


Have a nice day! :)

Tuesday, March 20, 2012

Paprik Daging

Juadah tengahari smlm ni...... Penat lelah bekerja dah berlalu, time ni mengemas rumah jelah kerjanya. Masak2 ni  dah jadi kerja yg rutin bila ada kat rumah.

Celoteh panjang2 pun xde maknanya... balik2 cerita pasal berniaga yg x berkesudahan tu..

So, kita teruskan dengan resepi kegemaran my family ni....



Bahan2 :

200gm daging
1/2 batang lobak merah
4 tangkai kacang panjang
sedikit bunga kobis
2 batang putik jagung
1 biji cii merah
1 biji bawang besar
1 biji tomato - dibelah 6
4 helai daun limau purut - dicarik2
1 batang serai - diketuk
3 biji cili api - diketuk
3 ulas bawang putih - diketuk
1 paket pes tomyam
1 sudu besar kicap
6 sudu besar sos cili
2 sudu sos tiram
1/2 cawan air
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan serai hingga berbau wangi. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan lobak merah, kicap, sos cili dan sos tiram. Biarkan mendidih sehingga daging empuk

Masukkkan sayuran, cili merah dan cili api. Kemudian masukkan sedikit air. Biarkan mendidih lagi. Apabila dah mendidih, masukkan daun limau purut, bawang besar dan tomato. Kacau rata. 

Perasakan dengan garam dan gula. Dah masak bolehlah dihidangkan.

p/s :  Makan dgn nasi panas2 dan ada plak telur dadar.... lengkap satu set menu tghari!! :)


Have a nice day! :)

Monday, March 19, 2012

Sardin Asam Mentah

Dah 10 hari kerja tanpa rehat yg cukup, ari ni baru aku lega ckit. Walau rumah berkecah dan sibuk mengemas rumah plak.... tp sempatlah jugaklah aku mengendurkan segala urat saraf yg tegang dek keletihan ni.

Ari ni cuma nk kongsi juadah simple yg aku buat bila dah kelaparan dan x sempat nk masak lagi dek perut yg dah berkeroncong akibat kesibukan dan keletihan yg teramat...... X perlu masak lagi. sekejap je dah siap.

Anak2 x kisah, diorng memang suka kalau aku buat lauk ni.



Bahan2 :

1 tin kecil sardin
2 biji bawang merah
2 bji cili api
2 sudu besar kicap
2 biji limau kasturi

Cara :

Bawang merah dan cili api dihiris halus.Buka tin sardin dan masukkan dalam mangkuk. Campurkan hirisan bawang dan cili api.

Masukkkan kicap dan perahkan limau kasturi. Kacau sebati. Jika suka, boleh juga di lecek sedikit. Sedia dihidangkan dengan nasi panas.

p/s : Emmm.... sedap :P


Have a nice day! :)

Thursday, March 15, 2012

Produk~Habbatussauda

Updated blog utk meletakkan salah satu produk jualan aku..... x sempat nk masak dek kesibukan di gerai yg dibuka berterusan waktu cuti sekolah ni. Manalah tahu kot2 ada yg berminat dan dok mencari bahan ni. Produk ni murah tp khasiatnya banyak. Daripada beli makanan kesihatan yg mahal giler dtu baiklah cuba yg ini..... X gitu!!!

Harga tu kalau beli banyak, masih boleh dirunding. Seperti biasa, penghantaran boleh dilakukan jika berdekatan dgn Shah alam... Untuk penghantaran pos, kos akan ditanggung oleh pembeli. Jika berminat boleh call 017-2387594.... saya akan melayani anda.

Bijian Habbatussauda
RM 10.00

Minyak Habbatussauda
RM 30.00

Kadangkala ia digelar sebagai “bijirin hitam” atau “jintan hitam”.

Daripada Abu Huraira r.a. Nabi s.a.w. bersabda, “Habbatus Sauda ini menyembuhkan segala jenis penyakit kecuali Al Saam.” Aisyah r.ha. pun bertanya: ” Apakah Al Saam itu?” Jawab Baginda s.a.w. “Mati.” (Riwayat Al-Muslim)

Cara penggunaan :
Untuk bijian :  Boleh saja dikunyah2 sebagai snek atau diblender dan dicampur minuman dengan cara apa saja. Sukatan tidak terhad dan tidak memudaratkan.

Untuk minyak : Dititikkan kedalam minuman dan diminum. Sukatan tidak terhad dan tidak memudaratkan.

Khasiat-khasiat yang terdapat pada Habbatus Sauda yang berikut adalah dipetik dari buku yang bertajuk “Rahsia Perubatan Habbatus Sauda’” yang dikarang oleh Dr. Hassan Syamsi Baasya dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Abdul Khairi AL-Latifi.

Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:

1. Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.

2. Asthma
Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).

3. Selsema
Ia dapat menyembuhkan selsema.

4. Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah.

5. Alahan (Allergic)
Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).

6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.

7. Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.

8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.

9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.

10. Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”,  yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).

11. Kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.

12. Ceret-Beret disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.

13. Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.

14. Rheumatisme
Dalam bidang perubatan tradisional di timur tengah, ia digunakan sebagai bahan anti radang (Anti Inflammatory) dan anti-rheumatism (antirheumatic) dan digunakan dalam rawatan kepada migren.

Mereka yang alim di dalam bidang perubatan berkata: ” Antara manafaat-manafaat Habbatus Sauda ialah:
i.   Ia bertindak menghilangkan bengkak.
ii.  Ia amat berfaedah dalam membuang lendir dan gelema dan mengeluarkan angin.
iii. Jika ia ditumbuk halus dan diuli dengan madu lebah serta diminum dengan air panas ia akan mencairkan batu-batu karang, melancarkan air kencing dan haid.
iv. Jika ia ditumbuk halus dan diikat didalam kain kapas atau kulit lalu dicium, maka ia memberi menafaat dalam penyembuhan selsema.
v. Jika diminum seberat 1 mithqal (4.235 gram) Habbatus Sauda dengan air, ia memberi manafaat dalam merawat kesesakan nafas,
vi. Jika ia dibungkus dengan kain maka ia memberi manafaat dalam merawat sakit kepala yang sejuk,
vii. Jika Habbatus Sauda dimasak dengan cuka dan berkumur-kumur dengannya maka ia memberi manafaat menyembuhkan sakit gigi.”


Have a nice day! :)

Sunday, March 11, 2012

Kek Alunan Kasih

Memang aku ni tersangat sibuk dan letih....... plak tu kena demam plak. Nasiblah sempat jugak aku buat kek yg aku idam2kan nk buat tu...!

Dah lama aku berhajat sebenarnya....  bila tengok gambar segala kek bagai dari para blogger.....so barulah kini hasrat aku yg terpendam ni tercapai. 

Mulanya masa membaking, terbit kerisauan yg amat sangat.... almaklum aku ni bukannya jenis berhati2.. jenis redah jer dan kelam kelibut plak tu, haha!!  

Bila dah masak dan melihat hasilnya..... wah, not bad!!!  Cantik dan sedap!

Resepi kek ni aku ambik dari blog Hasue . Sumber dari blog Secubit Garam dan Am-Flora.

Aku tulis balik resepi ikut yg aku dah buat. Kalau nk tengok resepi asal, tengoklah blog diorang.



Bahan2 : 

5 Biji  telur
250g marjerin
2 ½ cawan tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
1 ½ cawan gula halus
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu cair
1 sudu teh esen vanilla
Serbuk koko atau milo secukupnya
Pewarna - ikut sukalah nk warna apa
sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara :

Pukul marjerin dan gula smpai kembang. Masukan telur satu persatu..pukul lagi sampai kembang. Masukan esen vanilla dan susu cair. Gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit.

Bahagikan 3 bahagian, campurkan 1 bhgn pewarna pink dan satu bhgn perwarna hijau dan 1 bhgn x seperti asal.

Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink, ratakan dlm loyang dan ayak serbuk koko menutupi lapisan pertama. Pastikan menutupi rata atas adunan. Masukan pula lapisan kedua, warna asal ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..

Mcm tu lah seterusnya ke adunan hijau pula. Lepas tu bolehlah dibakar. Bakar lebih kurang 50 minit ke 1 jam, 170 Degree ikut oven masing2lah …

p/s : Disebabkan aku masukkan 1 cawan susu cair, so agak lambat ckit kek ni masak dan kek ni jadi amat lembut dan lembap je... sedap.....! :P


Have a nice day! :)

Tuesday, March 6, 2012

Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri dan Batang Keladi

Meniti usia yg terus berlalu....... selepas ulangtahun kelahiranku yg keberapa...tah! Malas nk kira.... biarlah macam tu je. Kesibukan dan keletihan yg melanda diri aku ni membuatkan aku x sempat nk masak.... apatah lagi mengupdated blog. Ari ni bila dah ada waktu terluang barulah aku dapat mengadap laptop. Tp laptop buat hal plak. Dah godek ckit, malam ni barulah dpt buat n3.

Dah lama x buat kuih atau kek bagai..... x sempat lagi. Tp sempat jugaklah aku masak lauk tengahari ni kegemaran my hubyy iaitu masak lemak cili api. Dah itu kesukaan dia.... aku masak ajelah. Siap dengan ulam timun, tomato dan yg paling spesel jering atau jengkol.... hehe :)



Bahan2 :


4 pokok batang keladi
3 keping ikan tenggiri potong
12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Batang keladi dipotong2 dan dibersihkan. Selepas  itu batang keladi direbus dan ditoskan airnya Ini untuk membuang getahnya yg gatal. Kalau pasti keladi tu jenis yg x gatal x perlu direbus. Ikan tenggiri dibersihkan, digaul gram dan kunyit serta digoreng separuh masak. Masukkan bahan tumbuk dan serai yang telah dititik. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. 

Bila dah mendidih, masukkan ikan yang telah digoreng tadi, batang keladi yg telah direbus dan secawan lagi santan pekat. Masukkan juga asam keping. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.


p/s : Memang sedap.... apatah lagi makan dengan ulam-ulaman.


Have a nice day! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...