Just Klik!

Monday, April 30, 2012

Masak Lemak Cili Api Siput Sedut

Fuyyoooo........... masak siput plak! memang terangkat neh...! Tp yg lecehnya kena buang hujung belakang siput tu dulu baru boleh dimasak. Kalau tidak isi siput tu x boleh keluar nanti apabila disedut. 

Nak makan punya pasal..... alah bisa tegal biasa. Tp x laratnya anak2 yg kecik tu suruh aku sedutkan dulu bila diorang nk makan... satu kerja plak! Buat jelah!

Penat dan sibukberniaga memang x terkirakan.... nk makan punya  pasal, aku kenalah merajinkan diri. Apapun layan dulu juadah aku ni...... Untuk pengetahuan, siput sedut ni jugak biasa dipanggil siput belitong.



Bahan2 :


1/2 kilo  siput sedut @ siput belitong
9  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Siput sedut dipotong hujung belakangnya dan dibersihkan. Masukkan siput sedut  ke dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititik. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. 

Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air. Ckit je tau... takut nanti tersangat cair plak. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. 

Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.


Have a nice day! :)

Saturday, April 28, 2012

Nasi Goreng ............ mudah jer!!

Dah lama rasanya x updated blog aku ni..... busy memanjang je dan xde mood plak. Ari ni cuma nak updated gambar masakan beberapa hari lepas.

Beberapa hari lepas aku sibuk siapkan 500 bungkus kismis utk bunga telur org kahwin..... Plak tu sibuk siapkan barang niaga kt tempat baru dan bla....bla... bla.....!

Letihlah plak nk membebel panjang2 ni..... So tengok ajelah gambar dan ambik resepi and then masak sendirilah..!



Bahan2 :

2 mangkuk nasi 
2 sudu besar ikan bilis - goreng
1 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - cincang
1 biji cili merah - hiris
3 biji cili api - ketuk
1 batang serai - hiris halus
2 biji telur
4 tangkai kacang panjang
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap
Sedikit minyak masak
gula dan garam secukup rasa
Tomato - utk hiasan je dan sedap dimakan sekali!

Cara2 :

Tumis bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api dan serai. Bila dah kekuningan, Masukkan sos tiram. Masukkan kacang panjang. Biar sedikit masak. 

Masukkan telur dan kacau2kan sebati. Masukkan nasi dan kicap. Kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.  Masukkan ikan bilis goreng. Kacau rata dan sekata... Bila dah siap bolehlah dihidangkan.



p/s : Nyum..nyum..... sedap gak...!



Have a nice day! :)

Tuesday, April 17, 2012

Masak Lemak Putih Fucuk Tauhu Campur Sayur Petola


Dah xde idea lg nk letak n3. Cuma masak2 yg ulang tayang je... Nak masak lauk dan kek yg power2 macam blogger yg lain2 tu aku x mampu. Slender betoi aku ngan diorang....memang hebat2 belaka. So... aku dgn cara aku... janji blog aku ni x terabai.

Ini lauk yg biasa je....... aku selalu masak dan dah pun aku letak diblog lama dulu...

Ari  aku ulang tayang je masakan ni lagi kt blog aku ni....



Bahan2 :

1 biji petola
1 paket fucuk tauhu sekali ngan suun
1 keping tauhu
1 biji bawang merah
1 biji cili merah
1/2 helai daun kunyit
sedikit ikan bilis
2 cawan santan
garam dan gula scukup rasa

Cara2 :

Petola dibuang dan dikikis  kulit kerasnya dan di potong2, fucuk dan suun direndam sebentar sehingga lembut, tauhu dipotong dadu. Bawang merah dan cili merah dihiris. daun kunyit di carik2 sahaja. 


Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk. Masukkan juga secawan santan dan secawan air. Didihkan ia  sebentar.

Bila dah mendidih masukkan secawan lagi santan. Di kacau sentiasa dan apabila mendidih lagi, masukkan garam dan gula secukup rasa. Dah masak, bolehlah dihidangkan....




Have a nice day! :)

Saturday, April 14, 2012

Asam Pedas Batang Keladi

Ujung2 minggu ni memang agak penat ckit dan aku baru lepas menyiapkan 40 biji burger utk jual malam ni. 

Nk updated n3 sekejap..... Lepas ni nk sambung buat dadih plak. Lepas tu nk kemas barang niaga esok dan lagi nk parut kobis utk buat burger lagi esok..... Itulah kerja aku, selagi x tutup mata utk tidur ada lagi dan lagi, lagi3x.....!!

Masak lagi.............. Dah lama aku x masak lauk ni. Sedap jugak ni.... kalau  bercerita memang x abis2 nyaaaaaaaaaaa.......

Layan aku punya masakan ni jelah................!!!



Bahan2 : 

3 pokok batang keladi
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1cm halia
1cm isi kunyit
2 sudu besar ikan bilis
3 sudu besar cili giling
11/2 sudu teh pes asam jawa
1 inci belacan
2 batang serai
3 tangkai daun kesum
3 cawan air
Sedikit minyak utk menumis
Gula dan Garam secukup rasa

Cara2 :

Batang keladi disiat ckit kulitnya dan dipotong. Kemudian direbus sebentar dan toskan airnya.  Bawang merah, bawang putih, halia dan isi kunyit di tumbuk lumat. Serai dketuk. Daun kesum diambil daun dan pucuknya.

Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah agak kekuningan, masukkan cili giling, belacan ikan bilis dan serai. Masak sampai pecah minyak dan agak garing. Masukkan air. 

Bila mendidih masukkan batang keladi. Masak lagi dan masukkan daun kesum. Biarkan sebentar Perasakan dengan gula dan garam. Agak2 dh nk mendidih lagi bolehlah diangkat.


p/s : Aku sebenarnya allegik dgn belacan ni......dan hubby aku x suka daun kesom tp dek kerana teringin nak makan stail mcni, aku  redah je. Tp dlm pada tu ubat dah standby. Hubby kena cari lauk lain kt kedai...hehe!


Have a nice day! :)

Thursday, April 12, 2012

Sup Ayam

Smlm dah makan yg berat2, berlemak dan pedas menyengat smlm...... ari ni masak yg light je. X pedas tp masih sedap dan lazat gitu...........!

Xnak sembang panjang2, lagipun ari ni sibuk nk mengemas barang niaga petang nanti...... layan ajelah masakan senang aku ni...........!



Bahan2 :

3 potong daging ayam - potong kecil2
2 pokok sawi
1 paket cendawan
1/2 batang carot
1 ketul kecil bunga kobis
1 biji tomato
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 paket sup bunjut
1 ketul kiub ayam
1 sudu  teh serbuk lada hitam
Sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
Air sebanyak mana yang disukai
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Ayam dipotong kecil2. Sawi, bunga kobis, daun sup, daun bawang dan carot di di potong2.  Cendawan pula di siat2dan tomato dibelah empat. 

Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat. Panaskan minyak masak. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang bersama bahan tumbuk.

Bila dah kekuningan, masukkan sedikit air, sup bunjut, kiub ayam  dan serbuk lada hitam.  Renehkan sekejap, tambahkan air lagi. Masukkan ayam, bunga kobis, carot dan cendawan. 

Didihkan seketika. Masukkan sawi dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula. Bila sawi dan tomato dah agak2 nak layu masukkan daun bawang dan daun sup. Lepas tu bolehlah terus diangkat. 

Siap sedia untuk dimakan.


Have a nice day! :)

Tuesday, April 10, 2012

Ikan Tenggiri Bakar Sos Lada Hitam

Letih dek berniaga ujing minggu ari tu masih berbaki lagi........... Sebagai surirumah, tanggungjawab terhadap keluarga tetap ditunaikan. Apalagi masaklah!

Tak tau apa nk dimasak..... Godek ajelah peti ais. Jumpa plak ikan tenggiri yg x sempat masak beberapa hari dulu. Al-maklumlah sibuk.......!!!

Kerjakanlah apa yg ada di dapur. At last dah buntu dan x sempat plak nk gi pasar atau kedai.... ini ajelah lauk yg ada... simple mimple gituuuuuuuuuuuuuuuu..............!!!


Bahan2 : 

2 keping ikan tenggiri
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos lada hitam

Cara2 :

Basuh ikan dan tos hingga kering. Perap ikan dengan semua bahan selama lebih kurang 20 minit. Bakar dalam oven dengan suhu 200C selama 30 minit. 

Lepas tu grilkan sekejap dengan api atas sehingga nampak garing. Hidangkan dengan sayuran yg disukai............


Have a nice day! :)

Saturday, April 7, 2012

Bingka Labu

Inilah n3 masak yg aku nk paparkan ari ni. Aku masak dah 3 ari lepas. Dlm kesibukan nk kejar masa nk siapkan kerja ni.... aku buatlah bingka ni dari lebihan labu yg aku masak sayur rebus sebelum ni.

Ingat nk buat banyak, tp labunya pun ada ckit je. Dah direbus dan disukat cuma ada secawan je labu kecek aku ni....

Dlm pencarian  resepi yg sesuai, aku pun mengodek resepi dari blog Izah Muffin Lover. Antara blog masakan yg paling aku suka....... masakannya semuanya marvellous belaka.

Kalau nk tengok blog Izah  boleh klik SINI. Sumber dari MYResepi dan dari blog dZana

Layan jelah.............. : )



Bahan2 :


2 biji telur 
200 ml santan  kotak + 50 ml air
100 g tepung gandum
90 g gula halus
1/4 camca teh garam
1/2 camca teh esen vanilla
250 g labu lecek 
1/2 sudu besar butter 
Bijan secukupnya untuk topping

Cara : 

Blender labu rebus bersama air, gula, santan, garam, esen vanila sehingga halus. Kemudian masukkan telur, tepung dan butter. Belender sehingga sebati. Tuang dalam loyang yg telah disapu minyak. Tabur bijan.

Bakar dlam oven yg telah dipanaskan 200C selama 40 minit. Dah masak, biarkan sejuk sebelum dipotong.


p/s : Cantik kejadiannya.... sedap plak tu, anak2 suka sangat.


Have a nice day! :)

Wednesday, April 4, 2012

Dalca Sayuran

Ntah kenapa kepala berat jer.....rasa pening ckit mcm nk demam jer.... mintak2 aku tak sakit skrg ni sebab ujung minggu kena berniaga.... 

Updated n3 masak smlm jelah......... kali ni aku buat cara senang dan x guna santan. Aku tukar dgn susu cair. Buat pun ckit jer, teringin punya pasal sebab dah lama x buat ....!


Bahan2 :

1 biji kentang - potong dadu besar
1 biji terung panjang - potong dadu besar
4 batang kacang panjang - potong memanjang 1 inci
1 batang karot -potong memanjang

1/2 cawan daging tetel -direbus empuk dan  potong kecil
1 cawan susu cair
air secukupnya ( anggaran 2 cawan air )
1/2  cawan kacang dhal ( rendam dan rebus hingga empuk)
3 biji bawang merah ( di tumbuk)
2 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)

1 sudu makan cili giling
1 sudu teh pes jawa
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1/2 paket serbuk kari
minyak masak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa



Cara :


Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buaah pelaga dan bunga cengkih. Masukkan bahan tumbuk. Bila dah wangi dan kekuningan, masukkan cili giling dan serbuk kari. 

Masukakkan juga sedikit air. Dah garing masukkan lebihan air dan susu cair. Masukkan  juga kacang dhal dan daging. 

Biarkan mendidih, masukkan pula semua sayuran. Bila sayur sudah masak,  sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.


p/s : Sedap... x berlemak dan berkhasiat plak tu!


Have a nice day! :)

Tuesday, April 3, 2012

Sayur Labu Dan Bendi Rebus Jer..............!!!

Ini lagi masakan simpler giler.....!! Beberapa ari ni teringin plak makan sayur ni.... cicah plak sambal belacan!! Fuh sodap!!!

Tak susah ni, potong2 dan rebus jer.... !!! Macam2 sayur boleh buat cam gini....


Campur dengan bawang merah hiris ckit dan letak daun kunyit. Bubuh perasa garam dan gula secukupnya. Air plak agak2 kurang ckit dari paras sayur dlm periuk. Rebus sampai agak2 nak empuk. X perlu terlampau lama nanti x sodap... dan hilang plak zatnya.



p/s : Baki labu ada lagi nanti kita nk buat bingka labu plak.... jumpa lagi :))))


Have a nice day! :)

Monday, April 2, 2012

Kailan Goreng Ikan Masin Cili Api

Masak jer apa yg terlintas sebab kalau nk fikir lebih pun buat tension  je. Dah asyik masak hari2 kekadang tu buntu jugak dibuatnya.

Ari ni aku masak sayur yg senang2 jer.... janji sesuai dgn menu.

So layan jelah....  :))


Bahan2 :

3 pokok kailan
1 biji bawang merah 
1 ulas bawang putih 
4 biji cili api 
1 sudu makan sos tiram
1/4 dari seketul kiub ayam
sedikit minyak masak
1/4 cawan air
garam dan gula secukup rasa
* Sedikit ikan masin - ikan masin apapun xpe (aku guna ikan gelama kecil dan potong2)

Cara :

Kailan dikerat2. Bawang merah dan bawang putih dihiris. Panaskan minyak dan goreng ikan masin sehingga masak. Lepas tu masukkan  bawang merah dan bawang putih  dan cili api sekali. Jika nak lebih pedas cili api boleh diketuk sedikit. 

Bila bawang2 dah kekuningan, masukkan kailan. Masukkan juga sos tiram, air dan juga kiub ayam. Biarkan mendidih dan perasakan  dengan garam dan gula.

Dah masak, bolehlah dihidangkan............!


p/s :  Biasanya org pakai cili kering, tp aku memandai2 pakai cili api... lain dari yg lain...hehe!!! 

Have a nice day! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...