Just Klik!

Thursday, April 12, 2012

Sup Ayam

Smlm dah makan yg berat2, berlemak dan pedas menyengat smlm...... ari ni masak yg light je. X pedas tp masih sedap dan lazat gitu...........!

Xnak sembang panjang2, lagipun ari ni sibuk nk mengemas barang niaga petang nanti...... layan ajelah masakan senang aku ni...........!



Bahan2 :

3 potong daging ayam - potong kecil2
2 pokok sawi
1 paket cendawan
1/2 batang carot
1 ketul kecil bunga kobis
1 biji tomato
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 paket sup bunjut
1 ketul kiub ayam
1 sudu  teh serbuk lada hitam
Sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
Air sebanyak mana yang disukai
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Ayam dipotong kecil2. Sawi, bunga kobis, daun sup, daun bawang dan carot di di potong2.  Cendawan pula di siat2dan tomato dibelah empat. 

Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat. Panaskan minyak masak. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang bersama bahan tumbuk.

Bila dah kekuningan, masukkan sedikit air, sup bunjut, kiub ayam  dan serbuk lada hitam.  Renehkan sekejap, tambahkan air lagi. Masukkan ayam, bunga kobis, carot dan cendawan. 

Didihkan seketika. Masukkan sawi dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula. Bila sawi dan tomato dah agak2 nak layu masukkan daun bawang dan daun sup. Lepas tu bolehlah terus diangkat. 

Siap sedia untuk dimakan.


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...