Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Wednesday, August 1, 2012

Buah Kelepung.....Eh..eh.... buah melaka tuuuu!

Tu dia....! Org kg hubby aku di N9 panggil buah kelepung tp biasanya kuih ni org panggil buah melaka kan!. Mula2 dulu pelik jugak... tp skrg ni akupun gelar kuih ni buah kelepung sebab glemer jugak nama tu.

Aku suka kuih ni dari dulu2 lagi..... buatnya senang, rasanya sedap! Kelmarin aku ajaklah anak dara aku mengentel kuih ni....

Oklah kita tengok juadah kuih aku ni.....!

Kaler kuih ni x menyerlah sbab bubuh pewarna dari daun pandan je...!.

Bahan2 :

2 cawan tepung pulut
5 helai daun pandan
1 cawan air
2 keping gula  melaka
Sedikit tepung gandum
1/2 biji kelapa parut (ambil yg putih)
1/2 sudu teh garam halus

Cara2 :

Hiris daun pandan dan blender dgn secawan air dan tapiskan. Gaul tepung pulut dengan air daun pandan sehingga menjadi doh. Gula melaka  dipotong dadu kecil2. Gentel sedikit doh menjadi bulat dan penyekkan sedikit utk mengisi gula melaka. Tutup dan gentel bulat2 lagi. Dah siap, letak dlm dulang yg ditabur tepung gandum sampai habis.

Dlm periuk, didihkan air sehingga mendidih. Dah mendidih, masukkan bebola bulat tadi. Tunggu hingga adunan bebola terapung. Angkat dan tapiskan airnya. Golek2kan didlm kelapa parut yg telah dibubuh sedikit garam halus. Buat sampai habis.... !


p/s : Kuih kegemaran aku ni..... x sabo2 nk makan, ambil gambar ala kadar je!



Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...