Just Klik!

Sunday, September 30, 2012

Ikan Tongkol Tumis Tomyam

Ari ni aku  x pergi berniaga pagi2...... anak yang jaga gerai kt bazar masjid negeri. malam nanti baru aku datang untuk packing barang sebab malam  ni last niaga selama 3 hari.

Badan pun rasa x sihat... rasa nk makan yang masam2 je... jadi aku masak lauk ni untuk membuka selera. Resepi ni aku dapat inspirasi dari blog seorang blogger yang dikenali ramai... Secubit Garam @ Nor Azmihah Mohamad.

Macam biasa aku create balik sesedap rasa ikut tekak dan rasa aku sendiri....!!!

Apapun layan jelah masakan aku yang x seberapa ni....!


Bahan2 :

1 ekor ikan tongkol sederhana besar
1 paket pes tomyam adabi
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 batang carot
1 biji tomato

1 sudu besar sos tomato
1 cm halia
1 btg serai
5 biji cili padi

2 biji limau kasturi
Beberapa helai daun limau purut
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis


Cara2 :

Ikan tongkol dibersihkan dan dipotong2 . Bawang putih, halia, cili padi dan serai dititk. Bawang besar dan carot dihiris. Tomato pula di belah empat.


Tumis bahan yang dititk bersama. Bila dah kekuningan, masukkan daun limau purut, pes tomyam dan sos tomato. Masukkan juga carot dan sedikit air. Biarkan merenih seketika. Selepas tu masukkan air secukupnya utk membuat kuah.


Bila kuah dah mendidih, masukkan ikan tongkol. Perasakan dengan garam dan gula. Bila dah mendidih sekali lagi, masukkan tomato. Tutup api dan selepas tu masukkan perahan airlimau kasturi. Dah siap bolehlah dihidangkan panas2.



p/s : Sedap, masam2 gitu...!



Have a nice day! :)

Thursday, September 27, 2012

Kuih Sagu Telur Ikan

Aku suka kuih ni.... buatnya pun senang. Ini sebenarnya n3 tertunggak... Dek kebizian yang memuncak ada beberapa n3 yg tertinggal bula pose dulu.

Aku guna sagu yang biji2 kecil tu.... kalau yg besar2 tu biasanya org buat air serbat.

Opss... lupa nk beritahu... ari aku  updated blog kt tempat kerja@tempat niaga di cafeteria Masjid Negeri Shah Alam.

Inilah opis baru aku.... sapa2 yang lalu di Shah Alam mailah singgah makan2, shopping dan solat  kt cni....bolehlah kita jumpa dan kenal2...hehe!



Bahan2 :

1 cawan sagu telur ikan
2 cawan air
3/4 cawan  gula pasir - kalau nak manis lagi boleh tambah
1 sudu makan pewarna sirap ros
1 helai daun pandan
Sedikit kelapa parut
Garam secukup rasa

Cara2 :

Didihkan air bersama gula, masukkan pewarna. Apabila mendidih masukkan sagu. Kacau sehingga biji sagu menjadi jernih Angkat, tuangkan dlm acuan atau loyang yg telah digris dgn minyak. Setelah sejuk boleh lah dipotong dan digaul dengan kelapa parut yang telah dicampur garam.


p/s : Petua agar kelapa parut x mudah basi.... kukus kelapa parut yg telah dicampur garam anggaran dlm5 minit sebelum digunakan


Have a nice day! :)

Monday, September 24, 2012

Ikan pekasam ~ peberet tuh!!

Sepanjang minggu lepas dan minggu ni rasanya akulah orang paling sibuk kt dunia ni.... xde masa langsung nk toleh kiri kanan dah....

Ari ni aku cuba jugaklah mencari masa dan merajinkan diri godek2 blog, walau masakan aku ni dah x sepertinya dan tangkap muat je.... rindu nk pos n3 punya pasal. Al maklum, dah xde masa nk masak-memasak lagi... Aku masak nkyg cepat je...kalau xpun beli siap!

Sekarang ni aku dah bukak kedai@gerai hari2 plak.... Sementara baru bermula dan barang2 x sepertinya lagi, terpaksalah aku  uruskan kedai ni dulu. Dah berjalan dengan lancar, barang2 pun dah penuh barulah aku cari pekerja sepenuh masa.... cadangnyalah!

So... layan jelah menu simple pembuka selera aku nih!!! `~ aku beli kt kedai runcit x jauh dari rumah.




Bahan2 :

Sepeket ikan pekasam
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
Minyak masak secukupnya

Cara2 :

Bawang besar dimayang halus. cili merahi di potong2. Ikan pekasam digoreng di dlm minyak yg cukup2 je utk masukkan ikan. Ikan tak perlu dibasuh, terus je digoreng dengan serbuk berasnya sekali. Apabila bahagian bawahnya dah hampir masak, terbalikkan.

Masukkan bawang  besar dan cili merah bersama. Ketepikan sikit ikan untuk memberi ruang menggoreng bawang dan cili merah. Bila ikan dan bawang dah agak garing, bolehlah diangkat dgn minyknya skali dan dihidangkan

P/s : Sedap ni... wa cakap lu... makan plak dengan sambal tempoyak berulamkan petai, mesti tak toleh kiri kanan punya!!!!


Have a nice day! :)

Monday, September 17, 2012

Rendang Daging.....

Terasa agak lama x mengupdated blog.... sibuk membangunkan blog baru utk buat business online. Juga sibuk buatkan blog utk jiran sebelah rumah... saja suka2...Siap aku taruh macam2 dan mekap bagai blog tu, barulah puashati!!!

Lepas tu gatal tangan plak nak repair blog aku ni serba sedikit.... jdlah macam skrg ni.. Kumbang semuanya dah tukar warna purple...

Berbalik pada tajuk.... aku buat rendang daging ni minggu lepas....ambik mood raya lagi tu...! Dah tentu rendang aku ni bercitarasa negori punya... !

Opps... xnak membebel banyak2, layan jelah.......!


Bahan2:

1 kilogram daging
6 cawan santan
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
5 btg serai
3 inci halia
1 inci isi kunyit
1 inci lengkuas
1 helai kunyit (di koyak)
1 bungkus serbuk kari daging
2 sudu besar ciling giling
12 biji cili api
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa


Cara2 :

Daging dipotong kecil2. Bawang putih, bawang merah dan halia dihiris halus. Lengkuas, isi kunyit, cili api dan 3 batang serai dikisar lumat. 2 batang serai lagi cuma dititik. Masukkan daging, bahan tumbuk, bahan hiris, cili giling, serbuk kari dan serai yang dititik kedalam kuali.

Kacau didlm kuali sehingga daging empuk. Xperlu taruh air kerana daging akan mengeluarkan air. Bila daging dah empuk, baru masukkan santan.

Masukkan juga asam keping dan daun kunyit. Kacau...... Bila hampir kering, perasakan dengan garam dan gula. Biar sehingga kuahnya kering. Kacau selalu.....Bila dah siap, bolehlah diangkat...



p/s : Sedap nih.....! Bertambah2 hubby n anak2 makan, lebih2 lagi kalau makan panas2.



Have a nice day! :)

Tuesday, September 11, 2012

Pajeri Nenas Lagi....

Sibuk.....! Memang sangat sibuk mengadap laptop ari ni. Ari ni aku memulakan blog baru yang menjurus kepada jualan online...... dengan lain perkataan butik onlinelah kiranya...! Dah siap membangunkan blog tu, barulah aku dapat mengupdated blog masakan aku plak. 

Hummmm!!! itu aje yg disibukkan! Hehe... gasaklah! Dalam terkejar2 tu sempatlah aku masak tengahari lauk ni je dengan ikan goreng dan sambal tomato

Aku selalu buat.... dan pernah updated kt blog... semua anak2 suka.... nasi pun bertambah2 lah ke pinggan ... so kena masak nasi lebih!

Layan.... masakan aku!!!!



Bahan2 :

1 biji terung
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu makan ikan bilis atau udang kering
1 paket kecil serbuk kari kari 
1 paket kecil kerisik
1 sudu makan cili giling
2 cawan santan
1/2 cawan air
Sedikit rempah ratus ( kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang)
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Nenas di buang kulit,  dibersihkan dan dipotong-potong.  Bawang merah, bawang putih, halia ditumbuk lumat. Tumbuk juga ikan bilis/udang kering separuh lumat. Tumiskan rempah ratus bersama bahan tumbuk. Bila dah wangi, masukkan cili giling. 

Masukkan pula serbuk kari dan air. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan  kerisik dan santan. Bila dah dah mendidih masukkan nenas. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Bila  dah agak nak kering kuahnya, bolehlah diangkat dan dihidangkan.



p/s : Dalam banyak2 masakan pajeri nenas, masakan sendiri yang rasa sedap... yg lain tu x sesuai dengan tekak.... sendiri masak sendiri angkat bakul.... hehe!


Have a nice day! :)

Sunday, September 9, 2012

Apam Coklat Mekar

Apam coklat ni aku buat untuk anak2 bawa sekolah untuk jamuan hari raya........ Sibuk anak2 suruh beli kuih raya untuk dibawa ke jamuan sekolah sabtu smlm. Puas aku pujuk.... x payah bawak apa2. Bengang je diorang.... mesti nak bawak jugak. 

Fikir punya fikir... masa dah suntuk, tengok apa yang ada kt gerobok aku dan belek2 resepi apa yg sesuai aku pun mula membuat ni  jam 10.00 malam, lepas balik dari open house.... buat 2 adunan... nanti xcukup plak!

Resepi ni aku dapat dari blog Home Sweet Home... yg diambil dari blog Secubit Garam. Asalnya resepi ni dari MyResepi......

Tp adunan aku jd mekar plak.... aku dah kecik kan api bagi x mekar. Kuih apam ni tetap mekar jugak... So, nk wat apa lagi.... jadilah apam coklat mekar. Bila aku buat kuih apam biasa xnak mekar plak...haish!!!


Bahan2 :

1cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1 biji telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko

Cawan kertas secukupnya
Coklat rice

Cara :
Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih. Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lagi  boleh gunakan blender. 

Masukkan cawan kertas dalam acuan lompang, masukkan adunan dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit.




p/s :  Sebab resepi ni senang.... guna mixer je... aku buatlah. Yg dalam gambar xde bubuh coklat rice tp yg anak2 bawak sekolah letak coklat rice banyak2....!


Have a nice day! :)

Friday, September 7, 2012

Gulai Asam Pedas Ikan Cencaru

Salah satu masakan yang seringkali aku buat dalam setiap minggu...... Kegemaran seisi keluarga. Tapi aku buat x sama macam yang selalu orang lain buat.... taruh dauh kesum dan belacan. Aku x taruh benda2 tu sebab hubby x suka. 

Dia kata kalau nk campur benda2 tu, buat periuk lain.... Sesekali tu ada jugaklah aku buat macam gitu.... tp xlah selalu, leceh kena masak yg sama dlm 2 periuk plak. Jadi makan ajelah... x jauh beza pun!

So... ini  resepi yg biasa aku buat.....!





Bahan2 : 

3 ekor ikan cencaru
8 biji bendi
1 biji tomato
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1cm halia
1cm isi kunyit
3 sudu besar cili giling
1/2 cawan air asam jawa
2 cawan air
Sedikit minyak
Gula dan Garam secukup rasa

Cara2 :

Ikan dibuang kulit kerasnya, dibersihkan dan dipotong 2. Bendi di potong tangkai dan hujungnya. Tomato di belah empat Bawang merah, bawang putih, halia dan isi kunyit di tumbuk lumat. Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah agak kekuningan, masukkan cili giling dan air asam jawa. 

Masak sampai pecah minyak dan agak garing. Masukkan air. Bila mendidih masukkan  bendi. Masak lagi dan masukkan ikan. Biarkan sebentar Perasakan dengan gula dan garam serta tomato. Agak2 dh nk mendidih lagi bolehlah diangkat.


p/s : Kalau korang nk taruh belacan, daun kesom serta bunga kantan silakan... mesti lagi sedap!!!


Have a nice day! :)

Wednesday, September 5, 2012

Puding Lapis Tiga Warna

Pagi2 ni.... suasana kt rumah sunyi sepi jer.... anak2 sekolah, hubby gi kerja, aku sorang2 dok kt umah. Masa nilah aku baru dpt melayari internet dengan tenang. Kalau tidak, sibuk jer anak2 mengacau... "mummy nk main..." "lepas kakak adik plak.... xde..xde... kakcik pun nk jugak!" memang pening...!

So... nk updated bloglah...! Kelmarin aku buat puding ni.... simpan stok kt fridge. manalah tahu, musim raya ni ada je sedara-mara singgah kt umah. Adalah juadah yg nak dihidangkan. 

Resepi ni aku ambik dlm fb masa bulan puasa dulu... search balik nk tengok resepi ni dari siapa dah x jumpa plak... mintak halal yer... 


Bahan2 :

10gm agar-agar serbuk
6 cawan air
1 1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 sudu tepung kastad
3 jenis perwarna (ikut suka nk warna apa)

Cara2 :

Masakkan serbuk agar2, air, gula dan tepung kastad sehingga larut dan mendidih.  Bahagikan  adunan agar2 kepada 3 mangkuk yang sama banyak. Masukkan 3 warna berlainan. Tuangkan 1 mangkuk kedalam acuan dan sejukkan dalam peti ais. 

Bila dah hampir beku, masukkan mangkuk yang ke2. Tuang perlahan2 supaya warna tidak bercampur. Begitulah juga utk mangkuk yang ke3. Lepas tu sejukkan dan bolehlah dihidangkan...



p/s : Sementara agar2 yg dilapis beku... agar2 yg lain tu letaklah diatas bekas yg berisi air panas supay tidak membeku plak. 


Have a nice day! :)

Monday, September 3, 2012

Rendang Ayam N9

Inilah masakan yang aku buat waktu  jamuan makan di pagi raya tempohari, Rendang ayam jer....! Makan dengan Nasi Impit dan Kuah Kacang.

Rendang ni sudah pastinya stail rendang n9 yg dimasak ikut gaya hubby akulah. Inilah rendang kegemaran dia.... aku siapkan bahan2nya, hubby aku yg sibuk mengacau dan menunggu sampai masak...sebab aku sakit tangan...xlarat nk mengacaunya!

Okeylah.... layan resepi rendang aku ni...! Aku buat 5 ekor sekaligus tp utk resepi ni aku tunjuk yg utk seekor je. Aku masukkan  ayam lambat sebab xnak daging ayam hancur.


Bahan2 :

1 ekor ayam 
4 cawan santan pekat
1 helai kunyit (di koyak)
4 btg serai (di titik)
1/2 bungkus serbuk kari ayam - lagi bagus kalau guna rempah asli yg beli kt kedai di pekan rembau
1 btg kulit kayu manis
3 keping asam keping - rendang asal rembau x letak so kalau x letak pun boleh
1/2 sudu teh gula - jika suka 
garam secukup rasa

Bahan Kisar:


8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih 
4 btg serai
3 inci halia 

1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas 
15 tangkai cili kering & 2 sudu besar ciling giling
15 biji cili api


Cara Membuat:



Ayam dipotong2, dibersihkan dan ketepikan, Masukkan bahan kisar, serbuk kari, serai titik, daun kunyit, kulit kayu manisdan santan didalam kuali.  


Kacau sehingga betul-betul mendidih dan separuh kering. Masukkan ayam yg dipotong2 tadi bersama asam keping. Perasakan dengan garam dan gula.


Kacau sehingga hampir kering. Ikutlah kalau nk lebih kering pun boleh.... nk basah ckit pun bolehlah. Tp kalau kering sangat yg x bagusnya daging ayam tertanggal dan hancur.


p/s : Selamat hari raya............!


Have a nice day! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...