Just Klik!

Monday, September 3, 2012

Rendang Ayam N9

Inilah masakan yang aku buat waktu  jamuan makan di pagi raya tempohari, Rendang ayam jer....! Makan dengan Nasi Impit dan Kuah Kacang.

Rendang ni sudah pastinya stail rendang n9 yg dimasak ikut gaya hubby akulah. Inilah rendang kegemaran dia.... aku siapkan bahan2nya, hubby aku yg sibuk mengacau dan menunggu sampai masak...sebab aku sakit tangan...xlarat nk mengacaunya!

Okeylah.... layan resepi rendang aku ni...! Aku buat 5 ekor sekaligus tp utk resepi ni aku tunjuk yg utk seekor je. Aku masukkan  ayam lambat sebab xnak daging ayam hancur.


Bahan2 :

1 ekor ayam 
4 cawan santan pekat
1 helai kunyit (di koyak)
4 btg serai (di titik)
1/2 bungkus serbuk kari ayam - lagi bagus kalau guna rempah asli yg beli kt kedai di pekan rembau
1 btg kulit kayu manis
3 keping asam keping - rendang asal rembau x letak so kalau x letak pun boleh
1/2 sudu teh gula - jika suka 
garam secukup rasa

Bahan Kisar:


8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih 
4 btg serai
3 inci halia 

1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas 
15 tangkai cili kering & 2 sudu besar ciling giling
15 biji cili api


Cara Membuat:



Ayam dipotong2, dibersihkan dan ketepikan, Masukkan bahan kisar, serbuk kari, serai titik, daun kunyit, kulit kayu manisdan santan didalam kuali.  


Kacau sehingga betul-betul mendidih dan separuh kering. Masukkan ayam yg dipotong2 tadi bersama asam keping. Perasakan dengan garam dan gula.


Kacau sehingga hampir kering. Ikutlah kalau nk lebih kering pun boleh.... nk basah ckit pun bolehlah. Tp kalau kering sangat yg x bagusnya daging ayam tertanggal dan hancur.


p/s : Selamat hari raya............!


Have a nice day! :)

2 comments:

Amie said...

Banyaknya merendang Noor...5 ekor! Rendang N9 memang mengancamlah Noor... cili apinya tu yang buat nak menambah2 makannya!

Noor said...

Tulah...lg pedas lg sedap upenya. Dah kahwin ngan org nogori ni kenalah tahan kepedasannya... dulu ckit pedas pun dah x boleh...hehe!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...