Breaking

Monday, September 17, 2012

Rendang Daging.....

Terasa agak lama x mengupdated blog.... sibuk membangunkan blog baru utk buat business online. Juga sibuk buatkan blog utk jiran sebelah rumah... saja suka2...Siap aku taruh macam2 dan mekap bagai blog tu, barulah puashati!!!

Lepas tu gatal tangan plak nak repair blog aku ni serba sedikit.... jdlah macam skrg ni.. Kumbang semuanya dah tukar warna purple...

Berbalik pada tajuk.... aku buat rendang daging ni minggu lepas....ambik mood raya lagi tu...! Dah tentu rendang aku ni bercitarasa negori punya... !

Opps... xnak membebel banyak2, layan jelah.......!


Bahan2:

1 kilogram daging
6 cawan santan
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
5 btg serai
3 inci halia
1 inci isi kunyit
1 inci lengkuas
1 helai kunyit (di koyak)
1 bungkus serbuk kari daging
2 sudu besar ciling giling
12 biji cili api
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa


Cara2 :

Daging dipotong kecil2. Bawang putih, bawang merah dan halia dihiris halus. Lengkuas, isi kunyit, cili api dan 3 batang serai dikisar lumat. 2 batang serai lagi cuma dititik. Masukkan daging, bahan tumbuk, bahan hiris, cili giling, serbuk kari dan serai yang dititik kedalam kuali.

Kacau didlm kuali sehingga daging empuk. Xperlu taruh air kerana daging akan mengeluarkan air. Bila daging dah empuk, baru masukkan santan.

Masukkan juga asam keping dan daun kunyit. Kacau...... Bila hampir kering, perasakan dengan garam dan gula. Biar sehingga kuahnya kering. Kacau selalu.....Bila dah siap, bolehlah diangkat...



p/s : Sedap nih.....! Bertambah2 hubby n anak2 makan, lebih2 lagi kalau makan panas2.


2 comments:

Amie said...

Sedapya makan rendang daging dengan nasi himpit!

Rinna said...

Wahh sedapnyaa redang daging nie.. Rendang nie tak letak kerisik yer?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...