Breaking

Wednesday, October 31, 2012

Wednesday, October 31, 2012

Nasi Impit Kuah Kacang


Raya Aidil Adha aritu aku x kemana-mana.... So, jangan tidak nk merasakan suasana raya... aku masakan ini je untuk juadah hari raya.... Selepas subuh aku masak kuah kacang...Nasi Impit aku dah siap malam sebelumnnya.

Juadah ni tersedia sekali untuk sarapan pagi dan tengahari sekali....!


Bahan2 :

300gm kacang tanah 
Ayam - ikut suka nak banyak mana (potong kecil2)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
2cm halia
3cm  lengkuas
2 sudu besar cili giling
1 sudu makan pes asam jawa
1 ketul kiub ayam - jika suka
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara2 :

Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar, jangan terlampau lumat. Biar agak kasar sedikit. Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai dikisar. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.

Kemudian, masukkan ayam. Biar sehingga ayam masak. Masukkan pula pes asam jawa, kiub ayam dan air. Setelah mendidih, masukkan pula kacang tanah. Perisakan dengan garam dan gula. 

Masak diatas api kecil sehingga pecah minyak. Siap utk dihidangkan Sesuai dimakan dengan nasi impit, ketupat dan pulut tanak.



p/s : Makan dengan nasi impit je....!

Monday, October 22, 2012

Monday, October 22, 2012

Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api

Ari ni aku nk paparkan juadah 'Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api'..... sudah semestinya atas permintaan my hubby...

Semenjak 2 menjak ni memang jarang masak.... kalaupun masak yang goreng2 dan  tumis je... Sebab dah berniaga hari2, malam je ada kt rumah. Beberapa hari lepas, balik petang dari berniaga.... bahan2 dah ready..hubby suh masak.

Dlm kepenatan tulah aku masak lebih kurang rasannya.... tp hubby ngan anak2 laju makan..!



Bahan2 :


Secekak pucuk ubi
segenggam ikan bilis
9  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Pucuk ubi dipilih cuma daun, batang dan pucuk yg muda dan dibersihkan. Rebus sekejap pucuk ubi dan toskan airnya. Masukkan bahan tumbuk, ikan bilis dan serai yang telah dititik ke dalam periuk. 

Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Didihkan.  Bila dah mendidih, masukkan pucuk ubi tadi dan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi..

Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.



p/s : lagi podeh...lagi sodap gitu...hehe!

Sunday, October 21, 2012

Sunday, October 21, 2012

Alpha Lipid SDII – Cara Menguruskan Badan Secara Sihat

 Produk Jualan.... sesiapa yg berminat nk kuruskan badan atau cantik kan badan boleh order ni....

Ini ada info dan penerangan tentang produk ni.... baca jangan tak baca....!

Lemak bukan dicipta untuk menyusahkan manusia, lebihan lemak adalah kesan daripada gaya kehidupan anda yang tidak terkawal, dengan sikap gaya hidup yang mengambil mudah dari segi kawalan makanan yang tidak sihat dan tidak menentu menyumbang kepada masalah kegemukkan (obesiti) sehingga boleh membahayakan kesihatan dan mengundang berbagai jenis penyakit.



Apakah Alpha Lipid SD2?

Alpha Lipid SD2 
Alpha Lipid SD2 adalah produk pelangsingan yang terkenal di New Zealand dan dipasarkan di Malaysia.
Program pelangsingan Alpha Lipid Slimdiet 2 diformulakan berdasarkan kepada konsep penyimpanan protein dan diet ketogenik yang telah dikaji secara klinikal oleh sekumpulan ahli perubatan daripada Harvard Medical Universiti dimana penyelidikan yang dilakukan didapati berjaya dan selamat.

Terbukti program ini bejaya menurunkan 6000 tan lemak diseluruh dunia dan memegang catatan di World Guiness Book Record.

Susu Alpha Lipid SD2 bukan sejenis makanan gantian tetapi ianya merupakan makanan tambahan dimana anda tidak perlu berlapar dan meninggalkan rutin harian.
Berfungsi mempercepatkan penurunan berat badan dengan efektif dan mengekalkan bentuk badan dalam jangkamasa yang panjang. Jangkamasa masa penurunan dengan cara pemakanan yang teratur mampu menurunkan berat badan 2-5kg seminggu.
mula Terbaru Alpha Lipid SD2
Alpha Lipid SDII diasaskan dengan protein isolat yang diasingkan dari kacang soya dan membekalkan protein yang berkualiti tinggi yang setara dengan susu dan telor tetapi bebas dari lemak dan kolestrol. Ia juga mengandungi ekstrak daun teh hijau, vitamin, zat galian, mineral, dan asid lemak yang diperlukan dalam jumlah yang seimbang.

Ia memberikan kesan kekenyangan yang lebih lama kerana telah ditambah fiber dan membantu sistem perkumuhan selain mencuci dinding usus.

Kelebihan Kandungan Alpha Lipid Slimdiet II

Membantu meninggikan metabolisma dan meningkatkan penggunaan tenaga disamping membakar lemak yang berlebihan. Ianya juga mengurangkan berat badan secara semulajadi tanpa kesan negatif kerana bahan-bahan yang digunakan adalah dari kandungan zat-zat makanan yang seimbang yang tidak merbahaya untuk kesihatan.

Tambahan serat dapat membantu melawaskan sistem penghadaman dengan baik, spontan, dan memberi rasa kenyang lebih lama tanpa menahan lapar, ianya dapat mengelakkan penyakit gastrik. Formula protein yang tinggi juga dapat memperbaiki jisim otot dengan menyerapkan nutrien-nutrien dan vitamin yang lebih baik.

Setiap gelas mempunyai nutrien semulajadi yang mengurangkan risiko kanser, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, dan menyingkirkan toksik dalam badan.

Alpha Lipid Slimdiet II mengandungi kolustrum yang mampu meninggikan sistem pertahanan badan dan secara semulajadi dapat membantu badan anda dalam proses pembakaran lemak.si Alpha Lipid Slimdiet2
  • Tiada ketagihan kepada makanan karbohidrat dan manis dengan itu dapat mengawal kandungan gula dalam badan atau darah dengan lebih baik. 
  • Merangsang tindakbalas insulin yang berkesan dan tiada keletihan ketika berdiet dan membuatkan badan lebih bertenaga tanpa perlu melakukan senaman fizikal yang berlebihan untuk mengawal kalori yang biasanya mengambil masa agak lama. Program penurunan berat badan ini juga lebih menjimatkan dimana kos per kg adalah lebih murah dan efektif.
  • Tidak akan ada masalah pengenduran pada otot atau kulit ketika proses penurunan berat badan berlaku malah akan memberikan tone kulit yang baik dan mantap.
  • Alpha Lipid Slimdiet 2 ianya satu proses penurunan berat badan yang selamat, sihat, dan efekif kerana ianya bersumber alam dalam masa yang sama merawat simpton dalam badan.

Berminat Mencuba Alpha Lipid SDII?

Sekarang sudah ramai yang menjadi pengedar dan mempromosikan produk Alpha Lipid SDII kerana keberkesanannya dalam menguruskan berat badan serta mendapatkan bentuk badan yang ideal, cantik, dan menarik.

Kaedah pengurusan berat badan yang mudah dan tanpa perlu berlapar. 
Ramai yang telah mencuba, ANDA BILA LAGI???


TESTIMONI





Jika berminat untuk mencuba ..... boleh hubungi Noor...HP No : 0172387594 atau inbox di FB... anytime!


Sunday, October 21, 2012

My Crochet for SALE!!!

Masih sibuk dengan berkrocet.... Skrg ni dah bukak jualan... boleh beli, boleh order...










All this item is AVAILABLE!!!

Boleh beli yang ini atau boleh jugak order ikut warna dan kesesuaian tinggi dan lebar...

Jika berminat..... boleh hubungi Noor...HP No : 0172387594 atau inbox di FB... anytime!


Wednesday, October 17, 2012

Wednesday, October 17, 2012

Projek Baru ~ Crochert Craft

Skrg ni aku dah berjinak2 dengan hobi crochet mengkrochet plak.... Dek disebabkan keboringan menjaga bisnes kecil-kecilan sepenuh masa aku skrg ni.... akupun carilah idea utk menghilangkan kebosanan.

So, inilah alkisahnya.... tentang kait mengait ni atau nama inggerisnya dan glamernya crochert...Sebenonya dah lama aku tau dan biasa buat ni, waktu dulu2lah zaman2 remaja lagi. Cuma aku upgrade je... xde sibuk nk buat segala lapik bagai tu... aku nk buat kerongsang, sarung hp, purse dan macam2 lagi....Semuanya \untuk dijual...hehe! 

Cantik tak?
Tp buat masa ni baru ada beberapa item je... so jualan crochert online baru nak bermula. Kalau sesiapa yg berminat nk tengok....manalah tahu kot2 berminat plak, bolehlah order....!! KLIK SINI Ini kiranya butik online akulah.... macam2 ada... dari baju, handbag dll..!

Kerongsang benang kait...:)

p/s : Inilah juadah aku kini..... xkan nk bawak oven sambil berniaga plak...! nanti2lah aku updated masakan plak di lain masa....




Wednesday, October 10, 2012

Wednesday, October 10, 2012

Kari Ayam


Walau hari dah kemalaman.... aku nak updated blog jugak. Hubby dah sound suh tido ni tp dek keinginan yg membuka2 utk mengupdated... aku buat2 x dengar... 

Yalah...blog aku ni dah tertinggal dan terabai dek kesibukan aku keluar berniaga hari2 skrg ni. Mlm ni aku nk updated lauk ni... akupun dah x ingat bila aku masak ni.... Agak2 dalam bulan lepaslah agaknya...hehe!



Bahan2 :

6-7 ketul ayam  
3 biji kentang - di buang kulit dipotong 
2 biji bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm halia - tumbuk
2 sudu makan cili giling 
1 pkt kecil serbuk kari ayam 
1sudu makan pes asam jawa
2 cawan air
2 cawan santan
minyak secukupnya
gula dan garam secukup rasa
sedikit rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga

Cara :

Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan 1 cawan air dan pes asam jawa. Masukkan serbuk kari ayam sekali. 

Tumis bahan2 sampai garing. Lepas tu masukkan kentang dan ayam.  Lepas tu masukkan santan dan secawan air lagi. Perasakan juga dengan garam dan gula. 

Biarkan mendidih  dan tunggu sehingga kentang empuk. Jika suka, boleh tambah tomato yg dibelah empat dan cili merah yang dibelah dua... 



p/s : Kalau dah buat kari... biasanya utk minum petang atau sarapan pagi esoknya, aku mesti buat kuih dadar putih atau ketayap utk cicah dgn kari... sedap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...