Breaking

Wednesday, October 31, 2012

Nasi Impit Kuah Kacang


Raya Aidil Adha aritu aku x kemana-mana.... So, jangan tidak nk merasakan suasana raya... aku masakan ini je untuk juadah hari raya.... Selepas subuh aku masak kuah kacang...Nasi Impit aku dah siap malam sebelumnnya.

Juadah ni tersedia sekali untuk sarapan pagi dan tengahari sekali....!


Bahan2 :

300gm kacang tanah 
Ayam - ikut suka nak banyak mana (potong kecil2)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
2cm halia
3cm  lengkuas
2 sudu besar cili giling
1 sudu makan pes asam jawa
1 ketul kiub ayam - jika suka
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara2 :

Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar, jangan terlampau lumat. Biar agak kasar sedikit. Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai dikisar. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.

Kemudian, masukkan ayam. Biar sehingga ayam masak. Masukkan pula pes asam jawa, kiub ayam dan air. Setelah mendidih, masukkan pula kacang tanah. Perisakan dengan garam dan gula. 

Masak diatas api kecil sehingga pecah minyak. Siap utk dihidangkan Sesuai dimakan dengan nasi impit, ketupat dan pulut tanak.



p/s : Makan dengan nasi impit je....!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...