Just Klik!

Monday, October 22, 2012

Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api

Ari ni aku nk paparkan juadah 'Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api'..... sudah semestinya atas permintaan my hubby...

Semenjak 2 menjak ni memang jarang masak.... kalaupun masak yang goreng2 dan  tumis je... Sebab dah berniaga hari2, malam je ada kt rumah. Beberapa hari lepas, balik petang dari berniaga.... bahan2 dah ready..hubby suh masak.

Dlm kepenatan tulah aku masak lebih kurang rasannya.... tp hubby ngan anak2 laju makan..!



Bahan2 :


Secekak pucuk ubi
segenggam ikan bilis
9  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Pucuk ubi dipilih cuma daun, batang dan pucuk yg muda dan dibersihkan. Rebus sekejap pucuk ubi dan toskan airnya. Masukkan bahan tumbuk, ikan bilis dan serai yang telah dititik ke dalam periuk. 

Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Didihkan.  Bila dah mendidih, masukkan pucuk ubi tadi dan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi..

Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.



p/s : lagi podeh...lagi sodap gitu...hehe!


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...