Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Monday, July 30, 2012

Ikan Kembung Bakar Sambal

Ini juadah semalam..... Sungguh senang dan amat ringkas. Rasanya boleh tahan...... menyelerakan! Sesambil buat kerja lain, aku bakarlah ikan tu kt oven je... mudahkan!!



Bahan2 :

4 ekor ikan kembung
1 sudu besar cili giling
1 batang serai
2 biji bawang merah
1 sudu teh serbuk kunyit
sedikit garam
Sedikit minyak masak

Cara2 :

Ikan dibersihkan. Bawang merah dan serai ditumbuk lumat. Gaul sebati bahan tumbuk bersama cili giling, serbuk kunyit dan sedikit garam. Gaul dan lumurkan bahan2 ni pada ikan serta di  perap sebentar.

Dulang tempat  membakar ikan lapikkan dengan aluminium foil dan sapu dengan sedikit minyak. Letakkan ikan dalam dulang. Renjis2kan ikan dengan sedikit minyak.

Bakar dalam ketuhar dengan suhu 200C selama lebih kurang 45 minit. Bila dah masak boleh dimakan dengan air asam kicap.

Bahan dan Cara membuat Air Asam Kicap :

4 bji cili api
1 biji tomato
1/2 biji bawang besar
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu makan pes asam jawa
1/4 cawan air suam
1 sudu makan gula

Cara2 :

Cili api dihiris halus. Tomato dan bawang besar dipotong dadu. Gaulkan semua bahan sehingga sebati. Dah siap, bolehlah dihidangkan dengan ikan bakar.


Have a nice day! :)

Sunday, July 29, 2012

Mee Hailam Chef Hanieliza

Dah 9 hari kita dibulan ramadan 2012.... aku ni sentiasa busy dan x sihat. Yang lebihnya xde mood dan kepenatan membuatkan malas je nk update n3....

Ari ni aku nk letak juadah ni kt blog.... Mee Hailam yg aku cedok resepinya dari blog seorang chef yg dikenali ramai iaitu chef Hanieliza... Hanieliza's Cooking.

Pertamakali aku buat mee hailam..... selalunya order je kt kedai makan. Not bad..... sedap gak!



Bahan-Bahan:
600 gm mee kuning
100 gm isi ayam [hiris nipis]
100 gm udang
250 gm sawi hijau [potong kecil]
100 gm bunga kubis [hiris]
100 gm kobis [hiiris]
1 biji cili merah [mayang]
1 s/b lada hitam
3 s/b kicap pekat
3 s/b sos tomato
3 sudu besar minyak
1 cawan air
4 ulas bawang putih [ketuk]

Bahan hias :
3 batang daun sup (potong pendek)
3 batang daun bawang (potong pendek)
1 biji cili merah ( hiris)
garam (jika perlu)

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam dan air. Biarkan sehingga lembut. Bila ayam sudah masak, masukkan udang. Kacau rata.

Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata. Masukkan bahan sayuran lain. Kacau rata.

Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup, daun bawang dan cili merah. Sedia dihidangkan.



p/s : "Fuyoo!..... nanti mummy boleh bukak kedai ni.... nk order je....!" anak2 aku cakaplah... hehe!

*******************
my priority.....!
klik SINI
*******************


Have a nice day! :)

Wednesday, July 25, 2012

Kangkung Goreng Dengan Sambal Belacan

Ini masakan simple aku....... Tumbuk dan campak2 jer! Apapun sedap dan sangat menyelerakan. Kekadang tu idea memasak tu datang secara spontan. Nasib baiklah menyelerakan.... !

Bulan pose pepagi ni otakpun x berjalan dgn lancar. Matapun kuyu je... so x nak meneruskan bebelan ni..... Layan jelah juadah ni.... sebelum tu tutup mulut dulu, nanti meleleh plak air liur!



Bahan2 :

Secekak kangkung
6 biji cili api kampung
2 biji bawang merah
1 inci belacan
12 ekor ikan bilis
Sedikit air
Minyak masak
Garam dan gula

Cara2 :

Kangkung dipotong2 dan dibersihkan. Cili api, bawang merah, belacan dan ikan bilis ditumbuk lumat. Masukkan sekali garam dan gula secukupnya utk menjadikan sambal belacan.

Panaskan minyak masak. Tumiskan sambal belacan sehingga naik bau. Masukkan kangkung dan air. Kacau2 dan gaul kangkung dengan sambal. Biar kangkung nampak dah layu dan sesuaikan rasanya, bolehlah diangkat dan dijhidangkan.



p/s : Jika belacan dah masin, tak perlulah letak garam.


Have a nice day! :)

Tuesday, July 24, 2012

Meehoon Goreng Udang

Juadah berbuka pada hari pertama puasa......... simple jer! Ikutkan anak2 yg x berapa suka nk berbuka dengan nasi...

Akupun terbayangkan udang plak. Sepeket meehoon dah ready kt dapur, letak udang banyak2 sedap ni... Lupa plak aku ni elergik... Ah.... bantai ajelah!

Xde idea lg nk membebel.......... so tengok jelah juadah aku ni!



Bahan2 :

1 paket meehoon
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
15 ekor udang sederhana besar

2 pokok sawi
2 sudu besar cili giling
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos  cili
1/4 cawan air asam jawa
3 sudu besar kicap pekat
2 biji telur
minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Meehoon direndam selama 15 minit dan ditoskan. Udang dibuang kepala dan ekor serta dibersihkan. Sawi di potong2 dan dibersihkan. Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat. 


Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk Bila dah nampak kekuningan, masukkan cili giling. Tumiskan sampai agak2 garing. Masukkan  sos cili, sos tiram, 1 sudu kicap pekat dan air asam jawa. Masukkan juga udang. Kacau2 sehingga udang bertukar warna kemerahan. 

Selepas itu masukkan sawi. Bila dah agak2 layu sikit, pecahkan telur. Gaul2kan sebati. Masukkan meehoon dan kacau. Selepas tu masukkan 2 sudu  kicap pekat lagi. Perasakan denga garam dan gula. Gaul rata2 sampai semuanya bergaul dengan sebati.  sehingga serata. Dah siap... bolehlah dihidangkan.


p/s : Sedap gitew!!


Have a nice day! :)

Monday, July 23, 2012

Cream Puff

Ini cream puff yg aku buat beberapa hari sebelum puasa aritu tp x sempat nk paparkan kt cni sebab busy sangat2. Rupa x berapa menjadi tp rasanya sedap gak..... yalah baru pertama kali buat.

Resepi ni aku ambil dari blog SinaranMenu..... Puan Ros. Entah mana silapnya dah paipkan cantik2 bertanduk dlm dulang tp bila di bakar puff jadi bulat2 macam cekodok. Hubby pun cakap.... ini apa ni....cekodok ke? hahaha!....... nak wat camne..!


Bahan2 :

Utk Puff
250ml air
78g butter
93g tepung
4 biji telur

Cara:
Masukkan butter dan air kedalam periuk dan didihkan sekejap.Alihkan dari api dan masukkan tepung gandum. Kacau adunan sampai rata. Letakkan semula keatas api dan kacau hingga tak melekat pada periuk. sejukkan sebentar.

Masukkan telur sebiji demi sebiji kacau mengunakan cake mixer sehingga smooth. Paipkan atau sudukan keatas tray pembakar.Bakar dgn suhu 250c selama 10 minit dan turunkan suhu pada 180c selama 15 minit sehingga kuning keemasan.



Utk Kastard
2 biji kuning telur
50g caster sugar
30grm gandum
200ml fresh milk



Cara:
Campurkan semua bahan dan kacau hingga pekat dan masak




Cara Penyediaan :
Puff yang dah masak dan disejukkan boleh lah dipotong 2(jangan sampai putus) Masukkan kastard kedalamnya. Boleh juga ditaburkan gula aising atas puff jika suka.


Have a nice day! :)

Saturday, July 21, 2012

Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka...!

Assalamualaikum..... ari ni cuma nk ucapkan ni je....! Masak apa ari ni.....? menu xde dpt lagi..... tungguuuuuuuuu.....hehehe!



Have a nice day! :)

Thursday, July 19, 2012

Produk Terbaru ~ Kerongsang Dan Sepit Rambut Kain

Ini produk jualan terkini aku. Buat sendiri...... itu yang sibuk sangat tu. Idea buat kerongsang ni aku dapat dari kengkawan peniaga di tempat niaga yang pernah aku pergi. Aku ni macam2 tempat berniaga dah pernah pergi.... dari expo, karnival hingga ke pasar2 tani, malam dan pasar pagi. 

So, terjumpalah peniaga ni yg sambil berniaga asyik menjahit produk ni. Akupun mula mengendeng dan belajar dari dia. Diapun x kedekut ilmu..... Produk ni baru sebulan aku jual....... dahpun dapat sedikit modal balik. Alhamdulillah.....!



Harga Jualan : 

1 pc  - RM 2.00
3 pcs - RM 5.00

Harga Borong :

Beli sekurang2nya 30 pcs harga RM 1.20 - 1 pc
Kalau beli 50++ pcs harga RM 1.00 - 1 pc

* Boleh juga consignment tp di Shah Alam je......kena bincang dan kenal2 dulu!

Jika berminat..... hubungi Noor di 017-2387594


Have a nice day! :)

Wednesday, July 18, 2012

Pulut & Kuah Durian

Dah lama tak makan pulut campur kuah durian..... So, kelmarin aku suruh hubby beli durian. Nk balik kg pun nk pakai modal gak....beli ajelah kt pasar malam je.

Nak masak pulut dn kuah durian senang je.... Nk kopek buah durian tu yg susah...suruh org yg beli tu yg kopekkan...! haha..!




Bahan2 :

Utk pulut:
2 cawan beras pulut
(rendam semalamam atau sekurang2nya 2 jam)
11/2 cawan
Sedikit garam

* Cara memasak sama macam masak nasi

Utk Kuah Durian
2 biji durian
2 cawan santan pekat
1 cawan gula
2 helai daun pandan

Cara :

Durian dikopek ambil isinya dengan bijinya sekali.... masukkan semua bahan kedalam periuk dan didihkan sehingga masak. Dah masak, bolehlah dihidangkan dengan pulut. Dengan roti pun boleh....!



p/s : Dah selesai pun sudah...!
Have a nice day! :)

Thursday, July 12, 2012

PRODUK ~ SENARAI HARGA .........!

Ari ni cuma nk updated harga barang2 jualan jerrrrr.........! Ada beberapa customer yang mintak ni..... Sesiapa nk order bolehlah hubungi saya.


Harga Updated 17 Februari 2013
* Harga boleh runding (beli lebih dari sekarton/sekotak/sebotol)

Hubungi :

ANNURBERKAT ENTERPRISE (SA50570-T)
No. 32, Jalan Labu Satu 24/10A
Seksyen 24
40300 Shah Alam, Selangor
Tel : 0172387594 (Noor), 0173435261 (Jalil)                                                             

*** Kami Hantar Terus Ke Pintu Rumah Anda.!
                  (Kawasan Shah Alam)

p/s : Kalau x clear, boleh hubungi saya..... utk senarai harga.


Have a nice day! :)

Wednesday, July 11, 2012

Sambal Tumis Udang Dengan Petai

Ari ni nk updated juadah masakan smlm......... Aku updated pagi2 gini ni sebab x larat berebut dgn anak2 laptop ni. So, aku tinggalkan kerja suri rumah yg berlambak ni..... dok menghadap laptop.

Ini masakan biasa je....... ! Tp jarang dimasak dan xde lagi dlm blog aku ni.... aku sebenarnya allergik dgn udang, tp dek hubby n anak2 nk makan aku buat jugaklah tp xlah selalu. Tp aku ni pantang jumpa, ngap jugak.... lepas tu cepat2 telan ubat alergik dgn ubat semput... hehe!

Ini resepi sendiri..... xde copyright mana2 pun.... resepi biasa yg dah sedia ada kt kepala otak aku ni...!

So, layannnnnnnnnnnn!!!!



Bahan2 :


2 papan petai 
1/2 kg udang 
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
3 sudu makan cili giling
1/2 sudu makan pes asam jawa
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Petai dibersihkan dan dibelah sedikit. Udang dibersihkan dan dibuang kepalanya. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar di mayang. 

Tumis bahan tumbuk dan petai. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Goreng sampai wangi. Masukkan pes asam jawa, bawang besar dan udang. Masukkan juga sedikit air. Tumis sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula. 

Selepas tu bolehlah diangkat dan dihidangkan.



p/s : Jika suka boleh ditambah dgn sedikit belacan.....!



Have a nice day! :)

Saturday, July 7, 2012

Telur Dadar Goreng dengan Terung

Ari ni nk tayang resepi masakan yg sangat2 simple mimple jerrrrrrrrrrrrr.............. Tp sedapppppppppp. Xde idea nk membebel sebab badan pun penat dan mengantuk lagi.... So layan jelah, yer.....!



Bahan2 :

2 biji terung panjang
2 biji telur
1 biji bawang merah
1 biji cili merah
1 sudu teh cili giling
1/2 sudu teh garam
minyak masak secukupnya

Cara2 :

Terung dipotong2 menyerong. Bawang merah dan cili merah dihiris kecil2. Di dalam mangkuk, pecahkan telur dan masukkan  bahan hiris, cili giling dan garam. Pukul campuran telur hingga sebati.

Goreng terung didlm kuali. Balik2kan ia hingga masak serata. Masukkan telur dan dadarkan bersama terung seperti membuat telur dadar biasa. Bila dah cukup garing kedua2 belah bahagian, bolehlah dihidangkan.



p/s : Bolehlah... telur dadar versi aku sendiri, lain dari yg biasa!


Have a nice day! :)

Tuesday, July 3, 2012

Red Velvet Cupcake

Fuh!!!!............. (sambil mengesat peluh di dahi), jadik jugak RVC cupcakes aku ni. Pasal dah janji ngan anak perempuan bongsu aku utk buat kek utk birthday dia , aku pun godek2lah apa yang ada kt dapur utk buat kek ni... nasiblah!! Tu yang aku berusaha nak buat jugak.... jgn tidak2....mesti!

Memang aku buat cara ringkas je..... ambil resepi ni dari MYresepi.com oleh ibufarzana. Punyalah banyak versi resepi rvc ni.... so aku fikir yg ni paling mudah. Aku modified lagi utk jadi lebih mudah. Itulah aku .... disebabkan kebizian dan kepenatan dgn kerjaya.... buat yg mudah2 je..... ditambah plak sebab aku ni jenis yg kureng kreatif ... janji boleh ngap!

Apapun memang menjadik dan anak aku puashati..... So layan ajelah resepi yg dah aku modified ikut cara mudah !!!


Bahan2  :

250 gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
100 gm mentega butterlite
160 gm gula pasir (blender)
2 sudu besar pewarna sirap ros
2 biji telur
1 cawan buttermilk (buat sendiri dgn 1 sudu makan cuka + 1 can air milo dlm tin)


Utk krimnya:
1/2 cawan gula pasir (blender)
1/4 cawan butter
1 sudu teh cuka 
Sedikit gula hiasan


Tepung gandum dan serbuk soda dan penaik diayak bersama dan diketepikan. Dalam mangkuk adunan, mentega, gula, telur, buttermilk dan pewarna dipukul sebati. Jangan terkejut dengan warna merah tu ye.. 

Kemudian tambahkan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit hingga sebati. Ketuhar dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius terlebih dahulu. Tuangkan adunan separas 2/3 acuan cupcakes (kek ni naik), bakar selama 20-30 minit.

Utk krimnya, campurkan gula, butter dan cuka. Pukul sampai adunan bertukar kewarna putih melepak. Setelah kek sejuk, bolehlah disapu atas kek dn tabur gula hiasan.



 Birthday Girl and RVCC


p/s : serbuk koko dan susu segar atau susu cair aku x ada stok sebab tu aku  guna air milo dlm tin je. Esen vanila aku x pakai sebab pewarna sirap ros tu dah wangi. Satu lagi aku buat krim cara aku je.... sebab yg sebenarnya aku x de cream cheese dn aku x pernah beli dan guna pun.


Have a nice day! :)

Happy Birthday For My Daughter @ My Little Chubby Girl

Smlm 2/7/2012 anak bongsu aku menyambut birthdaynya yg ke 8 ..... ! Dek letih bagai lg, baru ari ni nk diraikan. Aku dh janji nk sediakan kek special utk dia. Nk beli pun x sempat... plak tu mahal sangat. So, aku buat  Kek Red Velvet Cupcakes...! Ok x?  Bolehlah tu.... yerrrrrrrrrrrrr!

Inilah si kecil tembam mummy..... pipi macam kuih apam je!!!!

Happy Birthday Rus.... moga rus membesar jd anak yg baik dan akan membanggakan mummy dan ayah yer!! Cayanggggggggggg............... bucuk2 mummy tu!!! hehe.......!

p/s : Opps... birthday belum rai lagi..... red velvet cupcakes esoklah kita tayang kt cni!!


Have a nice day! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...