Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Monday, August 27, 2012

Mee Kari Kerang

Ari ni nk share n3 mee kari..... Mee kari ni aku masak bulan pose ari tu. Ini kes n3 tertunda jugaklah.

Resepi ni aku ambil dari blog Potret kasih....  tp aku edit ckit utk disesuaikan dgn bahan2 yg aku ada..

Bagi sesiapa yg nk buat open house minggu ni, bolehlah sajikan mee kari kan!

Mee kari ni.... emmm...., sedap gak!




Bahan2 : 
1 kg mee kuning (celur dan toskan)
Taugeh
Bawang goreng
1 kg kerang atau lebih ( lebih banyak kerang lebih sedap )
1 paket fish cake (potong nipis)
2 sudu besar cili giling
1 paket serbuk kari dibancuh dgn sedikit air
5 cawan santan
1 sudu makan pes asam jawa
minyak secukupnya
garam dan gula secukup rasa
Bahan hiris atau dipotong:
Tauhu pok yg dah siap goreng
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Telur Rebus
Limau kasturi


Bahan kisar:
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cawan udang kering (di rendam )

Cara2 :

Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. Masukkan serbuk kari, cili giling, pes asam jawa dan sedikit air.... biarkan sehingga naik minyak.

Masukkan kerang, fish cake, tauhu pok dan santan..renehkan sehingga mendidih.

 Kacau selalu dan dan sesuaikan rasanya.

Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.

p/s : sedapppp!!!!


Have a nice day! :)

Sunday, August 26, 2012

Raya.... Raya.... Raya... Dan Seterusnya....!!!

Raya.... Raya.... Raya... Meriahnya raya tahun ni. Tp bagi kami sekeluarga raya tahun ni disambut dengan sangat2 sederhana. Baju raya.... cuma anak2 perempuan aku yg kecil tu je yg aku belikan. itupun disaat2 akhir.

Kuih raya..... aku xdapat nk buat.... sebab aku terseliuh tangan... x baik2 lagi. Camne nk buat kuih. nk masak pun rasa tersiksa je rasanya.... namun terpaksa dikuatkan jugak sebab perut nk makan...x sape lagi yg nk masak!!! Adalah aku beli kuih tunjuk2 kt Mydin... anak2 kata x sedap!!!

Pagi raya pertama..... kami sekeluarga beraya di Masjid Negeri .... aku buat catering ckit masak utk pekerja kawalan keselamatan masjid. Aku masak nasi impit, rendang ayam dan kuah kacang je. Meriah jugaklah... tp kt masjid ni penuh dgn bangla dan indon je. Org kita boleh dikira ngan jari je!! Ni tahun ke3 kami sekeluarga beraya kt masjid ni.

Balik kg...... kereta rosak.... x leh jalan jauh. Nk repair ongkosnya kureng. So... raya ke2, ke3, ke4 dan seterusnya....duduk jelah kt umah ngadap tv. Dah boring sangat2... raya ketiga anak2 ajak ayahnya gi padang main bola.... dan lari2 tengah padang. Lepas tu gi shopping complex yg  lengang dan sunyi...jalan2 cuci mata je!!! 

Dah jalan2 aku belilah kek comel2 3 ketul.....  nk menyenangkan hati anak2.... aku dpt rasa semolot  pun jadilah. Yg lain tu habis jadi habuan anak je.


Aku dah biasa lalui  hal macam ni sebenarnya di awal2 perkahwinan dulu. Tertinggal beraya sorang2. Skrg apade hal.... dgn 4 orang sekali. Xlah sunyi lagi, ada anak2 menemani .

Anak2 plak amat memahami............ sorangpun  x merungut. Alhamdulillah!!! Dan demam hariraya pun berlalu pergi. 

Esok dah sekolah.....  xde hal... don't worry... be happy!!!


Have a nice day! :)

Saturday, August 18, 2012

DI KEJAUHAN INI............KU POHON AMPUN MAAF.!!!


Aku lihat Ramadan dari kejauhan....
Lalu ku sapa ia," Hendak kemana? "
Dengan lembut ia berkata,

" Maaf, aku harus pergi, mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama Mukmim. Ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukanya, peluklah Istiqamah saat dia kelelahan dalam perjalanan Taqwa. Itupun Syawal ..ia sudah tiba. ".

Ku lihat Ramadan pergi ... jauh........
' Ya Allah , apakah aku akan berjumpa lagi dengannya ? 

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR BATIN


Have a nice day! :)

Tuesday, August 14, 2012

Sup Tulang

Dah akhir2 puasa ni xde selera nk makan yg berlemak2 bagai..... tekak dan badan pun dah x larat je.. penat!!!!

At last aku suggest hubby masak sup ajelah....... Layanzzzzzzzzz!!!!


Bahan2 :

1 kilo tulang 
1  paket bunjut sup tulang
5 biji bawang merah 
4 ulas bawang putih 
1 sudu besar lada hitam 
1 inci halia - di ketuk2
1 inci lengkuas - di ketuk2

1 batang serai - di ketuk2
Sedikit rempah tumis - kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang  dan buah pelaga.
Sedikit daun sup - dihiris

2 biji kentang - dibuang kulit dan belah 4
Garam dan gula secukup rasaMinyak masak secukupnya

Cara2 :
Tulang dibersihkan dan direbus sehingga daging hampir tanggal dari tulangnya, dlm 2 jam. Lepas tu masukkan kentang. Bawang merah, bawang putih dan lada hitam  ditumbuk lumat.


Tumiskan bahan2 yg ditumbuk dlm periuk lain sehingga wangi dan agak garing bersama rempah tumis. Masukkan paket sup tulang, halia, serai  dan lengkuas kedlm sup.

Lepas tu masukkan bahan2 yg ditumis tadi. Biarkan sehingga setengah jam lagi agar bahan2 tumis meresap kedlm sup. Barulah diperasakan dgn garam dan gula. Sebelum tutup api masukkan tomato yg dibelah 4. 

Dah masak , taburkan dgn daun sup. Sedia utk dimakan dengan sambal kicap.


p/s : Sedap tau.... berselera makan!



Have a nice day! :)

Monday, August 13, 2012

Meehoon Goreng Lada Hitam Dan Sos Cili

Raya dah makin dekat....... suasana pun dah rasa meriah dimana2, especially shopping complex. Aku je yg belum buat apa2 persiapan. Apalagi ngan baju raya..... anak2 faham., mak ayahnya tengah tenat dgn berbagai situasi.

Kuih raya pun nampaknya aku x buatlah tahu ni dek tangan yg tak berapa nk okey ni. Dh pergi klinik dan buat fisioterapi senaman tangan. Itu jer yg boleh dibuat...... sakitnya x juga baik lagi....So ...aku x dptlah nk tayang kuih raya di blog aku  utk tahun ni..... sedeyyyyyyyyynyeeeee. 

Dah melalut plak dah..... tengok jelah juadah aku ni.... sebenonya x tau nk beri nama apa masakan ni sebab main campak2 je, dah jadi....!



Bahan2 :

1 bungkus meehoon
3 biji bawang merah -tumbuk
2 ulas bawang putih -tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh pes asam jawa
1/2 dari 1 ketul  kiub ayam
1/2 cawan isi ayam yg telah dipotong kecil2
2 pokok sawi - dipotong2
1 biji telur
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya

Cara2 :

Meehoon direndam 1/2 jam dan ditoskan.Tumiskan bahan tumbuk sehingga kekuningan. Masukkan isi ayam dan lada hitam.

Kacau lagi dan masukkan juga sedikit air. Masukkan pula sawi. Kacau lagi sehingga layu. Masukkan sedikit garam dan gula. kacau lagi. 

Pecahkan telur didalam bahan2 dan kacau segera. Masukkan meehoon dan percikkan sedikit kicap kedalam kuali jika suka. Kacau semua bahan sehingga sebati. 

Perasakan lagi dengan garam dan gula. Bila semua dah sebati, bolehlah diangkat.



p/s: Hiaskan dengan telur dadar yg dihiris dan cili merah hiris. Bolehlah dihidangkan.... sodapppp!



Have a nice day! :)

Thursday, August 9, 2012

Kuih Jongkong Mangkuk

Beberapa hari lepas aku buat kuih ni utk berbuka puasa....... Anak2 tanya kuih apa ni... Aku ckp kuih jongkong... digelarnya kuih jongkang-jongket... gasaklah...hehe!

Kuih ni menarik perhatian aku bila tengok di blog mas @ dapurmas.blogspot.com. Lepas tu aku ada tengok beberapa teman blogger ada buat. Terliurlah plak. And then....

Aku pun buat, sedap gak kuih ni..... dulu2 sesusah je org buat pakai daun pisang.... skrang boleh pakai mangkuk jerrrrr...!

Resepi asal dari MYresepi oleh Kak Fida. Kalaulah ada lagi kuih2 lama yg  boleh diadaptasi, dipermudahkan dan dipermodenkan,  mesti aku nak cuba buat agar resepi lama ni x hilang ditelan zaman...x gitu?

Aku buat kuih bukan dlm mangkuk tp dlm cawan dadih... bolehlah tu!


Bahan2 :

24 mangkuk plastik 100ml - guna cawan dadih jer!

Untuk Lapisan Bawah :
gula melaka secukupnya dihiris2 halus atau gula merah

Adunan Hijau :
1 cawan tepung beras
2 sudu kecil tepung sagu - tepung jagung pun boleh
5 cawan santan cair = (100 ml santan kotak + air)
1 sudu kecil pes pandan
1 sudu kecil air kapur

Adunan Kuning :
1 cawan tepung beras
2 sudu kecil tepung sagu - guna tepung jagung
5 cawan santan pekat = (400ml santan kotak + air)
2 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning

Cara :

Letakkan 1/2 sudu besar hirisan gula melaka @ gula merah kedalam mangkuk2 kecil dan ratakan.Ketepikan. Campur kesemua bahan hijau,kacau sebati, tapis, kemudian masukkan kedalam periuk dan masak hingga hampir pekat dengan api yg kecil. Sentiasa kacau hingga adunan pekat dan likat serta licin yerk atau berkilat dan boleh tuup api. Memang agak letih sikit nak mengacau sebab mengambil masa lama.

Tuang adunan hijau tadi ke dalam mangkuk yang berisi hirisan gula melaka dan kukus hingga gula mencair dalam 8 minit. Sementara itu, campur pula adunan kuning,tapis dan masak hingga hampir pekat, sama seperti adunan hijau tadi dan matikan api.

Tuang adunan kuning ke atas lapisan hijau dan kukus lagi hingga kuih masak lebih kurang 15 min. Keluarkan kuih jongkong dan hidangkan suam atau dingin.



p/s : Sesuai sangat dengan selera selepas berbuka puasa.........!


Have a nice day! :)

Wednesday, August 8, 2012

Penang Char Kuay Teow

Juadah ni betul2 menambat hati anak2..... sedapnyerrrrrr!!! Asyik suruh buat lagi tp belum berkesempatan nak beli barang2 lagi. Aku buat hujung minggu lepas.

Rupanya senang sangat nak buatnya..., cuma kena makan panas2. Dah masak kena terus makan sebab cepat sangat mengembang sampai x berkuah dia... Selalu tu aku beli .. jer....! Lain kali x yah beli dah....!

Lupa lak nk kredit kt cni.... resepi ni aku ambil dari blog potretkasih.com... Aku edit lebih kurang ckit. Thanks for the resepi...marvellous sesangat!


Bahan2 :

Untuk paste
200 gm udang ( lebih pun tak pe!!! )
250 ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sudu besar sos tiram
6 sudu besar kicap masin
1 kiub pati ikan bilis – saya letak pati ayam...bolehla!
2 sudu kecil garam ( jika sos tiram masin boleh kurangkan 1 sudu )
1 sudu makan gula

Untuk Kuey teow
kuay teow
cili kisar
Isi kerang - ikut banyak mana yang disukai
taugeh dan kucai - ikut sukalah nk taruh banyak mana
telur

Kita buat paste dulu...... cara2 :

Besihkan udang. Asingkan kulit dan kepala udang. Simpankan isi udang utk buat kuay teow. Rebus kulit dan kepala udang. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya. 

Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Bahan ni boleh simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.  Bila nk masak senang xyah buat paste lagi.

Cara untuk masak Kuey Teow (Resepi utk 1 pinggan) :

Tumis 1 sudu makan cili kisar hingga garing Masukkan 4 sudu besar paste tadi. Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan secekak kuey teow, kucai dan taugeh. Pecahkan 1 biji telur, kacau dan bolehlah di angkat.

 Proses memasak kue teow ni dalam 3-4 minit saja… pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak kuey teow ini!!!. 



p/s : Aku masak betul2 dekat nk berbuka, nk makan panas2 .... anak2 dah tadah pinggan... Masak 1 paket kuay teow dengan 4  biji telur sekali gus. Uiiii sedap...macam makan kt kedai... siap dengan cili jeruk!



Have a nice day! :)

Tuesday, August 7, 2012

Tomyam Ayam dan Daging

Dah banyak n3 tertunggak ni..... belum dapat diupdated lagi... Yg  ni pun masakan awal2 puasa dulu. Akan ku cuba mengupdatedkan n3 selalu dan satu persatu......

Masakan yg aku buat ni sesedap rasa aku je...! Bila dah kekeringan idea, apalagi yg boleh dimasak..... senang dan sedap.... masam2 gitu.


Bahan2 :


100g isi ayam - di potong kecil
100g daging - di potong kecil

2 ulas bawang putih  - diketuk
3 batang serai - diketuk
1 inci lengkuas - diketuk
1 paket cendawan tiram - carik2

1/2 batang carot - di hiris
4 biji cili api - diketuk
1 biji tomato - dibelah 4
2 biji bawang besar - hiris kasar
1 paket pes tomyam adabi
1 ketul kiub ayam

1/2 cawan sos cili
1 batang seleri
3-4 helai daun limau purut - carik2

3 biji limau kasturi - ambil airnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara2 :

Didihkan air dan masukkan isi ayam dan daging. Lepas tu masukkam pes tomyam, sos cili,  kiub ayam bawang putih  lengkuas, serai, daun limau purut, cili api dan bawang besar.

Biarkan  mendidih dan  masukkan cendawan, seleri dan carot. Perasakan dengan garam dan gula. Dah nk masak, bolehlah dimasukkan tomato. Renih sekejap, tutup api dan masukkan air limau kasturi. 

Dah siap, bolehlah dihidangkan dgn nasi putih panas2.




p/s : Air nak didihkan tu x kiralah banyak mana korang nak yer!..... Sedap, masam2 gitu!


Have a nice day! :)

Monday, August 6, 2012

Mee Goreng Basah

Masakan mee yang mudah disediakan..... aku buat ni beberapa hari lepas. Main campak2 je... dah siap.

Sibuk ni... mata pun dah kuyu. Letihlah plak.... tp nk menghabiskan n3 tertunggak ni jugak.

So, layan............!!!



Bahan2 :

1 paket mee kuning
1 keping isi ayam - di hiris kecil2
3 biji  merah - ditumbuk
2 ulas  bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
2 sudu besar cili giling
4 sudu makan kicap
1/2 cawan sos cili
2 sudu  makan sos tiram
1 biji telur ayam
1 keping tauhu - digoreng dan dipotong dadu
2 pokok sawi - dipotong2
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara2 :

Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan kekuningan. Masukkan cili giling dan isi ayam. Goreng sampai garing. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Gaul dan masukkan air. Didihkan sebentar. Masukkan sawi.

Bila sawi dah layu, pecahkan telur. Kacau dan masukkan mee kuning. Kacau lagi serta perasakan dengan garam dan gula. Dah siap, bolehlah dimakan panas2.



p/s : Emm.... sedap!

*******************
my priority.....!
klik SINI
********************

Have a nice day! :)

Friday, August 3, 2012

Puding Laici Dangdut Chef Hanieliza

Puding ni aku masak dlm minggu ini..... dah lupa hari apa. Masak puding ni sangat mudah... Aku cedok dari buku masak Chef Hanieliza.

Aku rasa ramai yg dah tahu resepi ni dan puasa tahun lepas pun aku dah buat puding ni... Kesedapan puding ni mesti akan selalu nk buat lagi dan lagi.....!!!!

Apapun aku letak jugaklah resepi kt cni utk melengkapkan n3...!



Bahan2 :

10 gram agar-agar serbuk
2 liter air ( 8 cawan air)
2 cawan gula ( boleh kurangkan sikit)
1 tin susu cair
1 tin laici (resepi asal 2 tin)

Cara2 :

Masukkan agar-agar, air dan gula ke dalam periuk. Larutkan agar-agar dan gula. Padamkan api. Masukkan susu cair dan air laici. 

Kacau sebati. Masukkan ke dalam acuan. Buah laici boleh dijadikan hiasan atau nak letak dalam acuan pun boleh. 

 Bekukan dan  sejukkan di dalam peti ais.


p/s :  sedap sangattttttt..... ank2 suka..!


Have a nice day! :)

Thursday, August 2, 2012

Puding Roti dan Pengat Durian

Kelmarin aku buat puding roti dan pengat durian buat desert juadah berbuka....... Terjadinya puding ni sebab nk menghabiskan roti yg ada kt umah je........!

Resepi puding roti ni aku ambil dari buku resepi 'senang memasak Puding & Desert bersama Chef Hanieliza'.   Dlm buku resepi tu puding roti ni makan dengan sos kastard tp aku tukar dengan pengat durian sebab my hubby dah beli durian plak...... so buat jelah pengat durian. 

Resepi pengat durian tu.... aku buat sendiri ikut citarasa aku jelah.... gituuuuuuw!



Bahan2 :

1 tin susu cair
8 keping roti

#  koyak2kan roti dan rendam dalam susu selama 30 minit atau lebih.

4 sudu makan gula
2 sudu makan marjerin
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu makan tepung jagung
1/2 cawan kismis hitam dan kuning

Campurkan semua bahan diatas bersama adunan roti. Tuangkan kedalam loyang dan bakar dlm suhu 180c selama 30 - 40 minit ataupun sehingga masak.

Cara membuat Pengat Durian :

1 biji durian yg sederhana besar
2 cawan gula
1 kotak santan
2 helai daun pandan

Campurkan semua bahan dan didihkan diatas api sehingga pekat dan isi durian tertanggal dari bijinya.


p/s  Hidangkan puding roti bersama pengat durian......... pehh.... sedap!



Have a nice day! :)

Wednesday, August 1, 2012

Buah Kelepung.....Eh..eh.... buah melaka tuuuu!

Tu dia....! Org kg hubby aku di N9 panggil buah kelepung tp biasanya kuih ni org panggil buah melaka kan!. Mula2 dulu pelik jugak... tp skrg ni akupun gelar kuih ni buah kelepung sebab glemer jugak nama tu.

Aku suka kuih ni dari dulu2 lagi..... buatnya senang, rasanya sedap! Kelmarin aku ajaklah anak dara aku mengentel kuih ni....

Oklah kita tengok juadah kuih aku ni.....!

Kaler kuih ni x menyerlah sbab bubuh pewarna dari daun pandan je...!.

Bahan2 :

2 cawan tepung pulut
5 helai daun pandan
1 cawan air
2 keping gula  melaka
Sedikit tepung gandum
1/2 biji kelapa parut (ambil yg putih)
1/2 sudu teh garam halus

Cara2 :

Hiris daun pandan dan blender dgn secawan air dan tapiskan. Gaul tepung pulut dengan air daun pandan sehingga menjadi doh. Gula melaka  dipotong dadu kecil2. Gentel sedikit doh menjadi bulat dan penyekkan sedikit utk mengisi gula melaka. Tutup dan gentel bulat2 lagi. Dah siap, letak dlm dulang yg ditabur tepung gandum sampai habis.

Dlm periuk, didihkan air sehingga mendidih. Dah mendidih, masukkan bebola bulat tadi. Tunggu hingga adunan bebola terapung. Angkat dan tapiskan airnya. Golek2kan didlm kelapa parut yg telah dibubuh sedikit garam halus. Buat sampai habis.... !


p/s : Kuih kegemaran aku ni..... x sabo2 nk makan, ambil gambar ala kadar je!



Have a nice day! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...