Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Wednesday, January 9, 2013

Sambal Kentang Lada Hitam dan Sos Tiram

Juadah yang simple sangat...... masak utk makan malam kelmarin. Buat dengan apa yang ada dlm gerobok jerrrrrrr..........

Mottonya 'senang, sedap, dan mudah...!

So, layan dulu resepi ni... lepas tu masuk dapur n masak...!


Bahan2:


4 biji kentang
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
Sedikit ikan bilis

sedikit air asam jawa
minyak secukupnya
garam dan gula secukup rasa.

Cara :



Kentang dihiris bentuk baji  dan  digoreng. Ikan bilis digoreng garing. Bawang merah, bawang putih dan lada hitam ditumbuk bersama. Tumiskan bahan tumbuk. 

Bila dah kekuningan, masukkan cili giling. Goreng sampai naik minyak.  Masukkan sos tiram air asam jawa dan sedikit air. Perasakan dengan garam dan gula.

Bila dah agak kering, masukkan kentang dan ikan bilis. Gaul rata, tutup api dan bolehlah dihidangkan.



p/s : Sedap dimakan panas2 bersama  nasi...



Have a nice day! :)

1 comments:

krishna said...

it looks so yuumy..
unfortunately i don't konw the language..so i can't understand..
http://from-a-girls-mind.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...