Just Klik!

Wednesday, February 13, 2013

Ikan Kembung Rebus Masak Sambal

Dah namanya mood cuti kelmarin.... masak pun xde mood jugak. Bukan itu je, makan pun xde mood rasanya... dah lapar sangat barulah nk sibuk ke dapur... Mood nk menulis n3 pun ntah kemana... aiyaaa, seksa jiwa raga....!!!

Alkisahnya hidangan ini jelah yg aku sediakan....!


Bahan2 :

5 ekor ikan kembung rebus - digoreng garing
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar cili giling
1 sudu makan pes asam jawa
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya


Cara2 :
Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar dihiris. Tumiskan bahan tumbuk sehingga kekuningan. Masukkan cili giling. Tumis sehingga agak garing dan masukkan sedikit air. Masukkan juga pes asam jawa.

Selepas tu masukkan bawang besar yg telah dihiris. Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan ia mendidih sekali lagi. Dah masak, Curahkan kuah sambal keatas ikan kembung yg telah digoreng garing sebelumnya. Dah siapppppppp... bolehlah dihidangkan.


p/s : Hidangan kegemaran keluarga....xde lauk lain pun xpe!


Have a nice day! :)

1 comments:

Amie said...

Sedapnya... entah berapa tahun tak jumpa kembung rebus!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...