Just Klik!

Friday, March 29, 2013

Kuih Lapis Labu

Juadah ni adalah juadah minum petang yang aku hidangkan hujung minggu lepas... xde masa di awal minggu nk update blog... skrg nilah baru ada masa... sebab aku cuti. So.. sebab tulah n3 ni tertangguh!

Aku memang jarang sesangat buat kuih camgini... Dah berkurun agaknya x buat kuih berlapis bagai ni... Baru2 ni ada beli labu sebiji... buat sayur separuh jer. Dok terbenam kt peti ais. Terfikir nk buat kuih talam... cari punya cari resepi dlm internet... jumpalah resepi kuih lapis ni... then aku try bagaikan seorang pro...

So... kali ni memang aku ikut segala step bagai... Alhamdulillah, cantik menawan sungguh kejadiannya... bagaikan rumah pangsa bercat kuning dirajaaaaaaaa.... alahai angkat bakul plak aku ni...keh..keh..keh!

Thanks alot pada tuanpunya resepi... yatiememories... kita copy yer!!! Sedap berkrim kuih lapis ni..!

Layannnnnnnnnnnnnn.............!!!



Bahan A

  • 2 cawan air
  • 1 1/4 cwn gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan-disimpul
Bahan B

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 1/4 cwn tepung jagung
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
Bahan C

  • 1/2 cwn santan pekat
Bahan D

  • 1 cawan labu-( yg telah di rebus dan di lecek halus)
Cara Penyediaan Adunan.

  1. Masak bahan A hingga gula larut dan sejukkan.Ketepikan dulu.
  2. Dalam mangkuk lain satukan bahan B. Gaul rata dan masukkan bahan A kedlm B.
  3. Setelah sebati, tapiskan adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian.
  4. Satu bahagian di masukkan bahan C(santan) dan satu bahagian lagi masukkan bahan D(labu)
  5. Bahagikan pula setiap bahagian pada 3 bahagian supaya sama je jumlah cecair adunan iaitu 3 kuning dan 3 putih.
Cara Masak Kuih.

  1. Panaskan kukusan. Alaskan plastik di loyang dan sapu sedikit minyak di sekelilingnya.
  2. Masukkan adunan D(labu) dan kukus selama 5-7 minit.
  3. Lapiskan pula adunan C(santan) dan kukus selama 5-7 minit.
  4. Ulangi sehingga habis.Lapisan terakhir hendaklah dikukus selama 20 minit guna api sederhana supaya permukaan kuih licin dan cantik.
  5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik. Selamat mencuba............ :))


p/s : Sedey ckit.... anak2 kurang gemar kuih lembik2 camgini... me n my hubby jelah yg makan lebih!


Have a nice day! :)

Saturday, March 23, 2013

Pizza Sardin

Kengkadang tu pening gak nk memuaskan hati anak2.... Kawan2nya cerita gi keluar makan pizza... dia nk gak. Hubby plak jenis org lama.... makanan spesis macam ni dia tak suka.. n then dia xkan nk pegi beli pun.

Aku fikir buat ajelah.... aku pun carilah resepi yg mudah2 untuk buat sendiri. Aku buat ikut citarasa dan budget yang murah je... janji anak2 puashati... x mintak beli lagi dah. Resepi doh aku ambil dari blog Nannie Kuzaifah... ada mcm2 jenis pizza kt blog tu ...toppingnyer aku create sendiri...!

Dah masak.... aku tengok elok sangat kejadiannye... anak2 pun suka, siap kata 'mummy kena buat selalu ni....hehe'  sedappppppppppppp!!!!!

'Boleh je.... haha! So, layannnnnnnnnnn!!!



Bahan2 : 

Doh
250 gm tepung gandum
140ml air suam
1 paket mauripan
1 sk gula
1/2sk garam
1sb marjerin
Sedikit oregano
Cara :

Bancuh yis dan gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih. Lepas tu masukkan semua bahan dalam bekas...Gaul guna mixer. Kalau ada BM lagi bagus...senang kerja. Bila bahan doh bergaul, uli hingga tidak melekat di tangan dan masukkan dalam plastik dan golek2kan ia selama 5 - 8 minit. Kalau doh melekat... taruh tepung cukup2 bagi ia tak melekit.

Keluarkan dan uli seketika. Masukkan dalam bekas bertutup dan biarkan selama 40 minit. Apabila kembang tumbuk adunan untuk mengeluarkan angin. 

Canailah adunan tersebut dan diletakan dalam dulang pizza atau bekas yang sesuai yang telah disapu dengan sedikit marjerin. Biarkan seketika selama 40 minit. 


Topping
1 tin kecil sardin
2 sudu besar sos cili
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
2 biji limau kasturi
1 cawan parutan kobis dan carot
5 keping keju kraft

Cara :
Sardin diasingkan dari sosnya. Campurkan sardin dengan bawang besar yang dipotong dadu, cili merah yang dihiris dan air limau kasturi dan hancurkan. Sos cili dicampurkan dengan  oregano dan sos dari sardin tadi. Sapukan keatas adunan pizza. 

Letakkan pula campuran sardin yang telah dihancurkan. Taburkan dengan parutan kobis dan carot. Akhir sekali taburkan keju kraft yang telah dihiris halus.

Sebelum disapu topping cucuk-cucuk dahulu permukaan pizza dengan garfu bagi mengelak pizza ketika bakar mengelembung. Bakar pizza yang telah siap di topping selama 45 minit dengan suhu 180C.


p/s : Buat asal boleh .... peralatan dan bahan2 pun terhad... jadi gak...emmm...sedap!!


Have a nice day! :)

Friday, March 22, 2013

Masak Lemak Putih Labu, Fucuk, Tauhu dan Suun

Ari ni x gi berniaga macam biasa.... dok kat rumah sambil masak2 untuk jualan. Aku masak je....antar kt orang, jualkan. 

Masak pun ckit2 je... masak lemak ni beberapa hari lalu aku buat...not bad, anak2 pun suka. lebih2 lagi kalau digandingkan dengan ikan sambal.

Letih jugak aku ni walau dok kt umah je, so takat ni ajelah aku merepek...!


Bahan2 :

1/2 biji labu
1 paket fucuk tauhu sekali ngan suun
1 keping tauhu
1 biji bawang merah
1 biji cili merah
1/2 helai daun kunyit
sedikit ikan bilis
2 cawan santan
garam dan gula scukup rasa

Cara2 :


Labu  dibuang kulitdan di potong2, fucuk dan suun direndam sebentar sehingga lembut, tauhu dipotong dadu. Bawang merah dan cili merah dihiris. daun kunyit di carik2 sahaja.

Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk. Masukkan juga secawan santan dan secawan air. Didihkan ia sebentar.

Bila dah mendidih masukkan secawan lagi santan. Di kacau sentiasa dan apabila mendidih lagi, masukkan garam dan gula secukup rasa. Dah masak, bolehlah dihidangkan....


p/s : musim sakit tekak... masakpun xleh pedas2 sangat...!!!

Have a nice day! :)

Saturday, March 16, 2013

Croissant Kismis

Ini dia kuih yang aku buat tuk minum petang semalam.... ikut kiranya kureng menjadilah sebab aku ni failed bab2 menguli tepung ni... leceh! Dek kerana nk merasa membuatnye aku cubalah jugak... lagipun resepi ni aku dok derhaka kiri dan kanan.... agak2nyer nilah yg dikata cerdik x boleh dikut... ye x?

Satu lagi sebab aku teringin nk buat macam ni sebab nk letak kismis banyak2.....ngabeskan kismis yg masih banyak dalam simpanan.... patutnyer crossant biasa org buat bentuk tanduk... modified jadi camgini plak.... apa salahnyer mencubakan... kita yang buat dan tenyeh dia...!!!

Gasaklah kalau ada yg nk komplen dan ngata... rugilah, dah penat2 aku buat kalau x share kat blog aku ni... Boleh jadi kenangan mengusik jiwa ni .... Anak2 plak ada yg kata okey je tp ada gak yg kata keras dan tawar ckit..!!!

Oh yer... aku buat setengah je dari adunan ni... itu pun dah rasa banyak...! then resepi ni aku godek dari my resepi. oleh s shamen tp dah aku derhakakan 100% hehe..!




Bahan2 :

500gm tepung gandum
90gm gula
350ml susu suam
340gm butter
15gm yeast
sedikit garam
telur untuk kilatkan croissant
tepung untuk dusting

#  kismis untuk inti kalau nak buat macam yg aku buat...!


Masukkan tepung, gula, garam, yeast & susu kedalam mixer, pukul selama 8-10 minit. Dah siap pukul, tabur2kan tepung sikit (dust), cantik2kan doh tu sikit & biarkan dia naik 2 kali ganda (1.5 - 2 jam). Seeloknya tutup dengan towel basah.

Sementara tunggu doh naik, kita siapkan butter. Letakkan butter di atas cling wrap & tutup dia atasnya dengan cling wrap. Penyekkan dengan tangan sikit, & lepas tu lenyekkan dengan roller pin. (jadikan dia bentuk 4 segi). Tak jadi 4 segi pun takper..Lepas tu simpan mentega tu dalam peti sejuk sekejap sementara tunggu doh naik. (jgn sampai terkeras sangat pulak mentega ni nanti, agak2..) butter ni saya lenyek panjang sangat..kalau u all buat, pendekkan sikit

Bila doh dah ready..kita canai doh supaya jadi 4 segi panjang. letakkan mentega di tengah doh & lipatkan doh tersebut (mcm kita lipat kain) supaya bertemu antara satu sama lain). Pasti kan doh cover kesemua butter yag kat dalam tuu.

Bila dah lipat, kita canai lagi sekali. Kali ni..pastikan lipatan yang bertemu mula2 tadi dalam posisi menegak (12 o'clock & 6 o'clock). Canai memanjang dan lipat lagi sekali. Balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.

Keluarkan dari fridge, canai lagi mcm proses no 3, dan simpan lagi dalam fridge. Bila dah cukup 30 minit..keluarkan dan ulang lagi proses yang sama..dan kali ni..simpan overnite dalam fridge.

 Bila nak mula shaping..keluarkan dari fridge..dah belah dua doh seperti dalam gambar.

Canai nipis doh senipis 0.4 - 0.5 cm dalam bentuk 4 segi memanjang. Kemudian kemaskan bahagian tepi doh degan pisau. Potong doh seperti dalam gambar.

Gulung doh dari bawah ke atas, seperti dalam gambar. Ulang sehingga habis. Rehatkan untuk doh membesar 2 kali ganda. Sapukan telur di atasnya dan bakar (15 minis - 190C).

* Resepi ni banyak guna tepung utk dusting, specially masa nak canai. Make sure kita brush away the dusting before kita kita chill it dalam fridge.



p/s : Part yang akhir tu aku bentang doh, tabur kismis, gulung dan potong2. Rehatkan kejap... sapu kuning telur dan bakar. Banyak yg aku x ikut step dlm adunan ni... doh pun x rehat semlman dlm fridge, adalah rehat dlm 3 jam je... ! Agaknyer tu le sebabnyer.... 


Have a nice day! :)

Wednesday, March 13, 2013

Pais Ikan kembong

Smlm masak lauk ni... sedap..! Membuatkan aku teringat nostalgia dulu-dulu. Mak selalu buat lauk ni.. Senang sangat plak tu..

Dulu2 balut dalam daun pisang, bakar atas bara api... skrg dah modern.. susah nk cari daun pisang. Pakai aluminium foil ajelah...lepas tu bakar dalam kuali .. jadi gak!


Bahan2 :

Ikan kembong
Daun kunyit
Asam keping
Serbuk kunyit
Garam
Aluminium foil utk membalut ikan

* berapa banyak bahan2 tu agak2lah nk banyak mana yer...!

Cara2 :

Ikan dibersihkan, digaul dengan garam kunyit dan di letak bersama asam keping dan daun kunyit yang telah di koyakkan...

Balut dengan aluminium foil dan bakar dalam kuali diatas api yang kecil selama lebih kurang 10-15 minit.

Dah cukup masak, bolehlah dihidangkan...



p/s : Sedap... ada rasa masam-masam dan harum bau daun kunyit.


Have a nice day! :)

Tuesday, March 12, 2013

Kuih Liat a.k.a Lepat Liat x berdaun pisang

Teringin nk makan lepat liat punya pasal.... aku dok siapkan bahan2nya. Hubby  pegi beli daun pisang.... tp haram x jumpa plak. 

So.... jadilah cam gini kuih lepat liat dalam mangkuk kecik2 ni je.... rasa x jauh berbeza.... cuma x berbalut daun pisang. Lepaslah jugak kempunan aku ni... 

Aku masak kuih ni beberapa minggu yang lepas.... dek kesibukan berniaga, baru ari nilah dapat share kt sini.

Resepi lepat liat ni, aku ambil dari my resepi... Lepat Liat Utara oleh hanazmanis. Aku buat separuh je... sekadar nk mencuba. 

Bahan2 :

500gm tepung pulut
200gm gula merah
100gm gula pasir
2 cawan air
2 helai daun pandan 
Sedikit minyak masak untuk sapu
1 biji kelapa parut(putihnya saja - campur sedikit garam)
Daun pisang secukupnya - layur dulu
(Xde daun pisang, guna mangkuk plastik kecil je...)

Cara2 : 

Masukkan air, gula merah, gula pasir dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Sejukkan. 

Gaul tepung pulut dan air gula di dalam bekas hingga sebati kesemuanya. Ambil daun pisang dan lenserkan minyak ke atasnya. Letak satu sudu besar tepung dan isikan sedikit kelapa bergaram tadi. Lipat dengan kemas.

* Untuk versi aku ni... ambil mangkuk plastik kecil, lenser dengan minyak dan isi sesudu makan tepung dalam mangkuk... bubuh kelapa bergaram sebagai inti.... isi balik sesudu makan tepung lagi menutupi inti.

Ulang cara tadi hingga habis dan kukus hingga masak dalam 10 ke 15 minit. Siap untuk dihidangkan.



p/s : Anak2 x pernah tengok kuih ni.. sebok dikatanya dodol. memang sebijik macam dodol pun...hehe!


Have a nice day! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...