Breaking

Friday, April 19, 2013

Solok Lada

Dah lama teringin nk makan nasi kerabu.... dgn  solok lada. X dpt lagi.... At last aku buat sendiri... tp aku buat solok lada jelah...sebab x de masa... sibuk manjang.

Sedap dan puas makan.... lenkali aku nk buat siap dgn nasi kerabu sekali... ntah bila tu, x tau lagi. Senang je buat nyer....bahan2 pun simple je... 

Aku buat ni dari hasil tengok resepi kt buku org tanam cili.... x beli pun buku tu... ambik resepi je salin dlm hp...hehe!


Bahan2 :

12 biji cili hijau
3 ekor ikan kembung
1 cawan kelapa parut
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Secubit garam dan gula


Cara2 :

Cili hijau di belah jangan sampai putus dan dibuang bijinya. Ikan kembung direbus atau dikukus.Dah masak, ambil isi ikan sahaja. Bawang merah dan bawang putih di tumbuk lumat bersama isi ikan.

Bila dah hancur, tumbuk kelapa parut sekali. Gaul bersama garam dan gula. isikan bahan tumbuk ke dlm belahan cili hijau. kukus sehingga masak dan cili hijau dah bertukar warna.

Dah siap bolehlah dihidangkan dengan nasi kerabu atau nasi biasa pun boleh...!



p/s :  Sedap...erk! :)))

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...