Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Friday, May 10, 2013

Puding Tembikai

Dah lama x buat n3 kt blog ni.... bukannya sebab x masak tp broadband aku ada masaalah teknikal selama hampir seminggu. Dah hampir2 nk beli broadband baru... hampeh betul!

Lepas tu plak line lembap gila.... nk bukak n nk edit blog x boleh..... mana idakmye, kuar pun sekerat2 je... gambar kt tenet ni... tambah quata barulah boleh! Lepas ni xnak kasi anak2 main game lagi... seksa!!!

Dah banyak aku masak  xdpt nk muatkan kt blog lagi... lepas ni sessi mengupdated plak!!!

Ini versi pencuci mulut yg aku buat bulan lepas.... lama dah mengidam nk buat ni... baru kinilah tertunai cita2 tu... Resepi dari blog Secubit Garam ... Nor Azmihah Muhammad. Blog dia ni banyak masakan yg best2 tau. Aku diantara penggemar blog ni...selalu intai2 resepi kt blog dia... kiranya dia ni my idola bloggerlah!!!

Layan......!!!


Bahan2 :

1 pkt agar2 12gm
3 kpg roti (buang kulit)
4 1/2 cawan air
6 sudu besar gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1 sudu teh vanila
pewarna merah/hijau


Cara-Cara:

Masak agar2 bersama gula dan air. Hingga agar2 dan gula hancur. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan. Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus.

Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.

Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn. Biar keras sedikit. Lepas tu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit.

Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk. Simpan ke dalam peti sejuk.

Dah sejuk.... bolehlah dipotong dan dihidangkan.




p/s : Oppps.... lupa lak.... untuk biji tembikai, aku masukkan kismis yg di potong kecil2. X cantik... so lainkali  nk cuba benda lain plak!!!



Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...