Just Klik!

Saturday, October 26, 2013

Pizza Mini ~ Comel tp agak garing rotinya....

Aku ni bukannya pandai buat roti... x pernah aku buat pun. Buat pizza tu adalah. Dalam proses nk buat mini pizza ni, aku main redah je adunan kulit pizza yg biasa aku buat tu... nk tengok resepi pizza yg biasa buat, boleh klik sini.

So,  mini pizza yang aku buat ni, tang roti ni jadi agak garing dan mengeras ckit. Intinya plak okey je. Ala.... janji jadi dan boleh dimakan... n ada rupa mini pizza yang jual tu...hehe. ni ayat nk menyedapkan hati sendiri ngan anak2 la tu.

Ikutkan xyahlah share kt orang di sebabkan kurang menjadi .... tp utk blog aku ni, aku nk buat kenangan pasal buat roti ni, so aku update lah... 

N then aku letak resepi sekali.... hehe!


Bahan2 : 

Doh
250 gm tepung gandum
140ml air suam~jika suka boleh ganti/campur dgn susu cair/segar
1 paket mauripan
1 sk gula
1/2sk garam
1sb marjerin
Topping
Sosej 
Sos cili
Mayonis
#secukupnya

Cara :
Bancuh yis dan gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih. Lepas tu masukkan semua bahan dalam bekas...Gaul guna mixer. Bila bahan doh bergaul, uli hingga tidak melekat di tangan dan masukkan dalam plastik dan golek2kan ia selama 5 - 8 minit. Kalau doh melekat... taruh tepung cukup2 bagi ia tak melekit.

Keluarkan dan uli seketika. Masukkan dalam bekas bertutup dan biarkan selama 40 minit. Apabila kembang tumbuk adunan untuk mengeluarkan angin. 

Bahagikan adunan tersebut kepada beberapa bahagian dan canailah adunan tersebut menjadi bulatan leper yang  kecil dan diletakan dalam dulang atau bekas yang sesuai yang telah disapu dengan sedikit marjerin.

Hiris sosej menyerong. Sapukan sos cili diatas setiap doh. Susunkan sosej diatanya dan picitkan pula mayonis. 

Bakar adunan dlm 15 minit atau sehingga doh masak.



p/s : Jadilah.... asal boleh dimakan, dlm pada tu... abis gak! Ada orang ckp nk buat roti kena buh bread improver... barulah roti lembut.... okey... lenkali aku buh bila wat roti lagi... dah beli dah!



Have a nice day! :)

Thursday, October 24, 2013

Ikan Tenggiri dan Pegaga masak LemaK Cili Api

Hmmmm.... apa lagi, masak lemak cili api kegemaran hubby ku... Aku... suka jugak! Masak je... apa kesah, janji aku masak aritu...

Dah selalu aku masak lauk ni.... dahpun letak kt blog lama dulu... tp den nk letak gak... ponek den masak...hehe!



 Bahan2 :

3 ikat pegaga
3 keping ikan tenggiri potong
12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Pegaga dibersihkan dan dibuang  akarnya. Ambil daun dan batang yang lembut sahaja. Ikan tenggiri dibersihkan, digaul gram dan kunyit serta digoreng separuh masak. Masukkan pegaga ke dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititik. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. 

Bila dah mendidih, masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan secawan lagi santan pekat. Masukkan juga asam keping. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. 

Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.


p/s : Wah.... podeh n sodap ni! Berpeluh2 makan ...... hidangan iringan, ikan masin goreng dan sambal tempoyak... sodapppp!


Have a nice day! :)

Saturday, October 19, 2013

Sambal Tumis Terung Dan Ikan Bilis

Sedapnyer.... dan sungguh menyelerakan..! Salah satu masakan kegemaran yang biasa dibuat. Mak kat kampung selalu buat jugak.... Kiranya aku belajar masak juadah ni dari dia...!

Senang... mudah dan sedap. Anak2 dan hubby suka je.... xde yg komplen pun!


Bahan 2 :

4 biji terung panjang - potong serong
2 sudu ikan bilis - bersihkan dan goreng
2 biji bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 biji bawang besar - hiris
21/2 sudu besar cili giling  atau 15 biji cili kering - tumbuk lumat
Sebesar ibu jari asam jawa - ambil airnya
Gula dan garam secukup rasa
minyak secukupnya

Cara2 :

Terung panjang digoreng jangan terlalu masak(cukup sekadar lembut). Ikan bilis digoreng sebentar. Bawang merah dan putih ditumis dengan sedikit minyak. 


Bila dah kuning sikit masukkan cili  dan goreng sampai garing. Kalau terlalu pekat tambah sikit air. Masukkan air asam jawa dan bawang besar. Kacau sampai naik minyak. 

Masukkan gula dan garam. Akhir sekali masukkan ikan bilis  dan terung yang digoreng tadi. Kacau sebati. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.



p/s : Blog saya ni hanya ada masakan simple je... harap x boring yer..!


Have a nice day! :)

Wednesday, October 16, 2013

Berdangdutlah Denganku ~ Puding Laici Dangdut Lagi....

Waktu hari2 yang panas minggu lepas, akupun sediakan juadah ini sebagai pencuci mulut dan minum petang. Sedap puding ni... x jemu2 makannya... dah makan terasa nk lagi dan lagi!

Resepinya dah tentulah aku ambil dari seorg chef terkenal iaitu chef hanieliza.

Ramai dah tahu resepi ni.... dah dikenali ramai..! Tp aku share jugaklah resepi kt cni...


Bahan2 :

10 gram agar-agar serbuk
2 liter air ( 8 cawan air)
2 cawan gula ( boleh kurangkan sikit)
1 tin susu cair
1 tin laici (resepi asal 2 tin)

Cara2 :

Masukkan agar-agar, air dan gula ke dalam periuk. Larutkan agar-agar dan gula. Padamkan api. Masukkan susu cair dan air laici. 

Kacau sebati. Masukkan ke dalam acuan. Buah laici boleh dijadikan hiasan atau nak letak dalam acuan pun boleh. 

 Bekukan dan  sejukkan di dalam peti ais.



p/s : Selain isi dalam mangkuk ni.... aku isi dlm mangkuk2 kecil yg org jual dadih tu.... ckit aku bagi kt kawan2 niaga kt spital... sedap kata diorg!


Have a nice day! :)

Saturday, October 12, 2013

Ikan Keli Masak Tomyam

Kengkadang tu buntu jugaklah nk masak apa.... terpaksalah perah otak memikirkan apa lah yg sesuai nk di masak ikan keli ni... Nk masak sambal, cili terlupa beli... Nk masak gulai tempoyak, tempoyak xde... Yg ada.... kiub tomyam dan sayur ckit.... Kes ni beberapa hari lepaslah...

Aku kerjakanlah masak tomyam ikan keli ni.... haha..!!. Resepi ni pernah buat sebenarnya cuma ikannya aku tukar... dari ikan tonggkol dan ikan kembung.... kali ni buat ikan kli plak. Sumber asal resepi dari blog Secubit Garam....!


Bahan2 :

2 ekor ikan keli sederhana besar
1 ketul kuib tomyam
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
4 kuntum cendawan tiram
1/2 batang carot
1 biji tomato

1 sudu besar sos tomato
1 cm halia
1 btg serai
5 biji cili padi

2 biji limau kasturi
Beberapa helai daun limau purut
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara2 :

Ikan keli dibersihkan,dipotong2 dan digoreng separuh masak. Bawang putih, halia, cili padi dan serai dititk. Bawang besar dan carot dihiris. Cendawan disiat2. Tomato pula di belah empat.

Tumis bahan yang dititk bersama. Bila dah kekuningan, masukkan daun limau purut, kiub tomyam dan sos tomato. Masukkan juga carot dan sedikit air. Biarkan merenih seketika. Selepas tu masukkan air secukupnya utk membuat kuah.

Bila kuah dah mendidih, masukkan ikanvkeli. Perasakan dengan garam dan gula. Bila dah mendidih sekali lagi, masukkan tomato. Tutup api dan selepas tu masukkan perahan air limau kasturi. Dah siap bolehlah dihidangkan panas2.

p/s : selalunya ikan x perlu digoreng... tp aku goreng ikan keli ni xnak bagi hancur.



Have a nice day! :)

Tuesday, October 8, 2013

Mee Goreng Mamak

Ini mee goreng mamak aku di pagi minggu.... Xyah gi kedai mamak, masak dan makan kt umah je.. haha!!

Resepi mee ni aku dah lama tau ... Yang lain tu aku main redah je ikut sedap tekak dan sesedap rasa aku je...

Dah lama x buat.... anak2 semua makan dgn lahapnya... Kenyang sampai tengaharilah.  X masak tghari plak sebab gi kenduri kahwin... huhu.. Mlm makan yg ringan2 jelah... Perut pun dah penuh....!


Bahan2 :

1 paket mee kuning
3 biji  bawang merah - ditumbuk
2 ulas  bawang putih - ditumbuk
2 sudu besar cili giling
4 sudu makan kicap
1/2 cawan sos cili
1 biji telur ayam
1 keping tauhu - digoreng dan dipotong dadu

2 keping cucur udang - dipotong2 (xdepun xpe)
2 pokok sawi - dipotong2
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara2 :

Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan kekuningan. Masukkan cili giling dan kacau garing. Masukkan tauhu, cucur udang, sos cili dan kicap. Gaul dan masukkan air. Didihkan sebentar. Masukkan sawi.

Bila sawi dah layu, pecahkan telur. Kacau dan masukkan mee kuning. Kacau lagi serta perasakan dengan garam dan gula.

Dah siap, hiaskan dengan cili merah hiris, bawang goreng dan sehiris limau kasturi.. lepas tu bolehlah dimakan panas2.



p/s : Sedap tau...!


Have a nice day! :)

Thursday, October 3, 2013

Ikan Kerisi Black Pepper

Kelmarin aku masak simple je..... Ikan merah kecil atau ikan kerisi masak lada hitam. Sesaje je letak nama omputih...nk bagi glemer ckit... boleh kan!!! Sedap tu makan dengan nasi putih panas2. 

Badan pun letih dengan kerja2 di siang2 hari.... jadi xnak celoteh panjang2... kita updated je resepi yg x seberapa ni...!


Bahan2 :

4 ekor ikan ikan kerisi  saiz agak sederhana 
2 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
1cm halia - tumbuk
1 biji bawang besar - di hiris
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan cili giling
sedikit air asam jawa
1/4 cawan air
2 sudu besar kicap 
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2 : 

Goreng Ikan. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk sehingga kekuningan. Masukkan serbuk lada hitam dan cili giling. 

Tumiskan. Masukkkan  air asam jawa, kicap  dan bawang  besar. Kacau sampai pecah minyak.. Masukkan air. Masukkan garam dan gula dan rasakan kesesuaian rasanya.

Biar hingga agak pekat. Sudah siap bolehlah diangkat. Curahkan ke atas ikan goreng tadi. Sedia di hidangkan.


p/s : Hias dan makan berulam dengan tomato merah... sedap!


Have a nice day! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...