Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Thursday, February 21, 2013

Daging dan Kentang Masak Lemak Cili Api

Hummmmmmm............ masakan peberet lagi!! Apa lagi nak masak...itu yg direquest dek my hubby!!!
Masak jelah.... peberet anak2 gak!! Dah pernah pun letak resepi ni sebelum ni... tp  ulang tayang jelah lagi... dan lagi... hehe

Mlm ni masa banyak dihabiskan ajar anak2 buat homework, letih n agak sakit kepala sikit  nengok keletah anak2 yang x rajin buat keje ni..! 

Okeylah x larat nk layan celoteh ni panjang2...  



Bahan2


300gm daging  - potong kecil2
3 biji kentang
12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Daging  yang  telah dipotong kecil tadi masukkan dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititk. Biarkan mereneh lama agar daging tak liat. X payah taruh air masa rebus ni . Air daging akan keluar dengan sendirinya. 

Selepas itu masukkan kentang yg telah di kupas kulit dan dipotong-potong. Masak lagi sampai kentang empuk.  Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. masukkan juga asam keping. 

Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Tapi jangan banyak2 nanti x sedap plak. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.



p/s :  Dah namanye lauk peberet...  nambah nasik lah...!


Have a nice day! :)

Wednesday, February 20, 2013

Ikan kembung Goreng Berkuah Kicap

Masak je lah........ ini juadah tengahari beberapa hari lepas.... Sibuk? Taklah sesibuk mana.... Jadi suri rumah ni kenalah beramiginasi bab masak memasak ni... hehe! Kalau tidak...? Bengong gak dibuatnyer... xder idea ni..!

Layan resepi mudah ni jelah....!



Bahan2 :


4 ekor ikan kembung - di potong dua
2 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
1cm halia - tumbuk
1 sudu teh lada hitam - tumbuk
1 biji bawang besar - di hiris
1 sudu makan cili giling
1 sudu teh pes asam jawa
1 cawan cawan air
2 sudu besar kicap 
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2 : 

Goreng ikan. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam yang telah ditumbuk sehingga kekuningan. Tumiskan. Masukkkan  pes asam jawa, kicap  dan bawang  besar. 

Kacau sampai pecah minyak.. Masukkan air. Masukkan garam dan gula dan rasakan kesesuaian rasanya.Sudah siap bolehlah diangkat. Curahkan ke atas ikan goreng tadi. Sedia di hidangkan.



p/s : Lauk biasa2 je.... tapi sedappp!



Have a nice day! :)

Monday, February 18, 2013

Roti Telur Goreng

Menu sarapan pagi semalam ni...... Senang je nk buat. Sedap dan berkhasiat jugaklah. Selalu gak aku buat menu ni... tp kali nilah baru terdetik ati aku ni nk snap gambo...

Xde ape yg nk di katakan lagi .... kita layan jelah menu ni!!!


Bahan2 :

6 keping roti sandwich
2 biji telur
Secubit garam
Minyak masak secukupnya

Cara : 

Telur dipukul bersama garam. Celupkan sekeping roti di dalam adunan telur dan goreng di dalam kuali bersama dua sudu minyak masak yg sedang panas. Goreng hingga roti bewarna keperangan.

Ulang proses ini beberapa kali sehingga roti habis digoreng. Dah masak.. sedia dihidangkan.



p/s : Sedap dimakan bersama mayonis.


Have a nice day! :)

Saturday, February 16, 2013

Red Forest Cake

Nampak macam kek Red velvet kan....! Tapi sebenonya bukan. Asalnye teringin nk makan kek.... tp bahan2 nya x cukup. Malas nk gi kedai plak tu. Jenuh fikir nk letak nama apa kek ni... so aku letak nama cam gini... bolehlah tu...!!

Aku belek2 lah buku2 resepi lama... jumpalah resepi kek gulung black forest. X payah pakai susu dan butter pun guna ckit je... Aku ambil resepi ni dari majalah Rasa september 2009.

Tp... aku xde acuan kek gulung menggulung  ni... yg ada cuma acuan kek biasa. Jadilah tu... walau aku tau kek ni akan jadi rendah dan nipis je nnti. Putar dan putar adunan dah separuh siap.. terperasan plak pewarna merah.... taruhlah plak... Dah jadi warna merah ala2 red velvet. 

Bila dah masak..... aku toppingkan dengan whipping cream lebihan buat durian crepe dulu tu. Lama dah tu... tp whipping cream tu okey lagi nmpaknya... paipkan bentuk bunga tu pun pakai acuan biskut dahlia je... gelak sekejap... hehe.. Kelakau gilerrrrrrrrrrrrrrr....

Disini diturunkan resepi kek aku ni....


Bahan2 :

100gm tepung gandum
100gm gula halus
60gm mentega - dicairkan
20gm serbuk koko
5 biji telur
1 sudu teh ovalatte

# tambah 1 sudu teh pewarna merah

Cara :

Putar telur, gula halus dan ovalette sehingga kembang. Setelah itu masukkan serbuk koko dan tepung gandum. Kacau sehingga kembang. Masukkan mentega yg telah dicairkan. Kacau rata. 

Masukkan adunan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 180c selama lebihkurang 20 minit. Setelah kek masak, sejukkan dahulu, barulah dihias...

Kalau nk buat kek gulung... gunakan loyang bersaiz 10x14inci. 







p/s: Anak2 kata...lepas ni x payah beli kek lagi... suh mummy buat je.... (aku tersengih sorang2) Mana idaknye... bahan hiasan pun x cukup..kalaulah ada ceri ...meletop!


Have a nice day! :)

Friday, February 15, 2013

Sayur Sawi Goreng Dengan Cendawan

Inilah resepi masak sayur goreng yang paling senang. Resepi ni aku ambil dari buku masakan cina. Masakan Cina la kiranya ni....

Sebenarnya masakan ni dibuat dengan cara lain... iaitu sawi tu kalau boleh cari yg kecik2 je... celur dan susun dalam pinggan. Cendawan aku guna cendawaan tiram ... dlm buku tu guna cendawan kecik2 halus mcm taugeh tu.. celur jugak sekejap. buat kuahnya lepas tu siram atas sawi dan cendawan yg telah disusun cantik.

Aku buat cara mudah sebenarnya...tp bagi sesiapa yg nk buat cantik utk jamuan makan, memang sesuai dihias cantik. Klau nk makan sendiri tu, x kisah..buat cara mudah jerrrr!



Bahan2 :

4 pokok sawi siew pak choy
1 paket cendawan tiram kelabu
1 inci halia - dihiris halus memanjang
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk pati ayam @ 1/4 drp. 1 ketul kiub ayam
2 sudu makan tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
1/4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :
Sawi di potong dua. Cendawan di siat2  sahaja. Tumis halia. Bila dah kekuningan masukkan sebuk lada hitam, serbuk pati ayam dan 1/2 cawan air. 

Lepas tu masukkan cendawan dan sos tiram. Kacau dan biarkan mendidih. 

Seterusnya masukkan sawi. Bila sawi dah agak layu masukkan tepung jagung yang dibancuh tadi. Perasakan dengan gula dan garam. Bolehlah di hidangkan.


p/s :  Kita buat yang mudah2 je.... sedap gak!

Have a nice day! :)

Wednesday, February 13, 2013

Ikan Kembung Rebus Masak Sambal

Dah namanya mood cuti kelmarin.... masak pun xde mood jugak. Bukan itu je, makan pun xde mood rasanya... dah lapar sangat barulah nk sibuk ke dapur... Mood nk menulis n3 pun ntah kemana... aiyaaa, seksa jiwa raga....!!!

Alkisahnya hidangan ini jelah yg aku sediakan....!


Bahan2 :

5 ekor ikan kembung rebus - digoreng garing
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar cili giling
1 sudu makan pes asam jawa
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya


Cara2 :
Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar dihiris. Tumiskan bahan tumbuk sehingga kekuningan. Masukkan cili giling. Tumis sehingga agak garing dan masukkan sedikit air. Masukkan juga pes asam jawa.

Selepas tu masukkan bawang besar yg telah dihiris. Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan ia mendidih sekali lagi. Dah masak, Curahkan kuah sambal keatas ikan kembung yg telah digoreng garing sebelumnya. Dah siapppppppp... bolehlah dihidangkan.


p/s : Hidangan kegemaran keluarga....xde lauk lain pun xpe!


Have a nice day! :)

Saturday, February 9, 2013

Banana Streusel Slice

Ini juadah minum petang beberapa hari lepas. Kebetulan suatu petang hubby bawa balik sesikat pisang dari tempat kerja...

Terdetik idea nk buat resepi ni... nk buat kek pisang xde susu plak. Itulah jadinya... modified dari resepi  apple streusel slice yg pernah dibuat dulu.. resepi masa tu dlm bahasa Inggeris. Nk resepi klik sini.

Untuk minum petang... bahagian bawahnya lembut gebu .. diatasnya berderai je. Siap plak ada rasa pisang... sedap nyer...! 




Bahan2 :

Lapisan  bawah
180g mentega - dilembutkan
3/4 cawan gula halus
2 biji telur - dipukul sedikit
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu teh serbuk kayu manis - tak bubuh
5 biji pisang emas-dihiris 

Lapisan atas
1/4 cawan gula perang - ganti dengan gula halus
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk kayu manis - tak bubuh
30g mentega - dilembutkan

Cara2 :

Panaskan oven kepada 180 ° C. Griskan loyang dengan mentega dan alas dengan kertas minyak. Pukul mentega dan gula halus sampai kembang dan keputihan. Masukkan telur dan pukul lagi.

Ayak tepung, baking powder dan kayu manis, campurkan kedalam adunan mentega. Ratakan di dalam loyang. Susun hirisan pisang diatanya. Tinggalkan sedikit untuk letak di lapisan atas.

Untuk lapisan atas, campurkan gula perang, tepung dan kayu manis ke dalam mangkuk. Menggunakan hujung jari anda, gaul mentega ke dalam campuran tepung sehingga ia membentuk serbu roti. Taburkan keatas hirisan pisang didalam loyang. Susun lebihan pisang.

Bakar selama 50 minit atau sehingga keemasan dan apabila di masukkan pencucuk dalam adunan ia keluar bersih. Biarkan sejuk dahulu barulah dipotong kepingan. Sedia untuk dihidangkan.




p/s : Dah di translate.... huru-hara ckit. harap boleh difahamilah...!


Have a nice day! :)

Friday, February 1, 2013

Tomyam Ayam

Lauk ini ajelah yang terhidang malam kelmarin kt meja... Yang mudah2 jer... Aku buat dari lebihan ayam masa masak kari aritu... Sayur2 tu tambah kemudian.. jadilah tomyam. Asal boleh je ni..

Okeylah tu... jom tengok resepi mudah!


Bahan2 :

Ayam - potong kecil2 (ikutlah nk banyak mana)
1 paket pes tomyam adabi
1 paketCendawan
1 batang Karot
Sedikit Bunga kobis
1 biji tomato
2 sudu besar sos tomato
1 batang serai
5 biji Cili Api
Bawang Merah/bawang besar
Bawang putih
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Cara2 :

Mula2 didihkan air. Agak2lah dalam 2 cawan setengah gitu. Sementara tu hiris bawang2 tu. Hiris jugak sayur-sayuran. Cili Api dan serai dititik. Masukkan Ayam, serai, cili api dan bawang2  kedalam air rebusan yg mendidih tadi.

Lepas tu masukkan pes tomyam dan sos tomato. Masukkan asam keping sekali. Dah mendidih lagi, masukkan sayur yg dihiris tadi kecuali tomato. Perasakan dengan garam dan gula. Bila sayur dah empuk, baru masukkan tomato yg dibelah empat. Tutup api, bolelah dihidangkan.



p/s : Jumlah bahan2 ni aku main agak2 jer... ikut sukalah nk banyak mana dan tambah apa2 lg.. sedap jer!







Have a nice day! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...