Just Klik!

Wednesday, July 24, 2013

Pasta Spiral Chicken Carbonara

Cuti rehat dari meniaga ari minggu aritu aku masak spesel ckit.... Projek makan makanan org putih plak. Yelah... dah macam2 aku masak... kali ni pekena plak menu ni..

Buatnye ikut cara akulah.... lain dari yg lain... Selalunya pakai fettucini atau sphageti. Apa2pun mende ni sama je... asal jadik!!!

Anak2 memang suka.... my hubby je yg x pernah nk merasa... klau suh rasa mesti di nyanyi lagu bangau... bukan makanan aku 3x... kah..kah.. kah...! X kira2 kita nk buat gak... nk mkan gak... ayah gi makan resin (bekal buka puasa free)  kt tempat kerja ayah tu... kata anak2...!!!

So, aku pun buatlah.... Org buat pakai cendawan butang... aku guna cendawan yg senang jumpa, cendawan tiram. Orang taruh  cili capsicum, saya buh  cili merah je.Org buat pakai keju parut.... aku belasah je keju chedar keping2 tu.... bolehlah!!!


Bahan2 :

1 paket pasta spiral
(direbus hingga lembut)
2 keping ayam bahagian dada
(di buang tulang dan dicincang halus)
1 tin susu cair
1 paket cendawan tiram
(di hiris kecil2)
2 biji cili merah
(di buang biji dan dihiris halus)
2 biji tomato
(di potong dadu)
2 biji bawang besar
(dipotong dadu)
2 ulas bawang putih
(dicincang halus)
1 sudu makan serbuk lada hitam
6 keping keju chedar
(disiat kecil)
1 sudu makan oregano
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya.

Cara2 :

Tumiskan bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam, tomato, cendawan cili merah dan susu cair. Kacau rata. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk oregano dan garam.

Masukkan keju. Kacau sehingga pekat. Masukkan pasta spiral yg telah direbus lembut. Kacau rata.

Siap.... boleh terus dihidangkan...



p/s : Simple dan x banyak kerenah... sedap je!
Have a nice day! :)

Tuesday, July 23, 2013

Bubur Kacang dan Nangka

Ini juadah pemanis mulut berbuka 3 hari lepas. Aku suggest buat bubur kacang.... dia plak suggest nk taruh nangka dlm bubur tu....

Jadilah bubur kacang dan nangka..... sedap dan lain dari yg lain ni...


Bahan2 :

1 paket kecil kacang hijau 
6 ulas nangka - dibuang biji dan dipotong kecil2
2 cawan gula
2 cawan santan
Air (sukatan ikut suka)
Secubit garam
2 helai dain pandan

Cara2 :

Kacang hijau  direbus bersama daun pandan sampai kembang. Dah kembang, masukkan gula, nangka, santan dan garam. Biarkan mendidih. Dah mendidih... bolehlah diangkat dan dihidangkan.


p/s : Sedap sehingga licin semangkuk.... x cukup, tambah semangkuk lagi...heh!


Have a nice day! :)

Sunday, July 21, 2013

Bubur Ayam

Dah lebih 10 hari berpuasa.... perut pun dah rasa sebu je. Untuk meneutralkan keadaan, aku masak yg lembut2 je kelmarin. Anak2 plak mengadu sakit tekak dan x sedap badan. Sesuai sangatlah hidangan berbuka aku tu.

Xnak berceloteh panjang2 kt sini... hentam sajalah apa yg ada..!!!



Bahan2 :

1 cawan isi ayam cincang- ambil dari seketul 
dada ayam dibuang tulang
1 cawan beras
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2  sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan ikan bilis
1/4 batang carot
1 biji kecil kentang
1 batang kecil kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Sedikit daun sup
3 cawan air
Minyak masak , garam 
dan gula secukup rasa

Cara2 : 

Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk bersama ikan bilis. Carot dan kentang di potong dadu. Rebus beras bersama air sehingga beras hancur dan kembang. 

Masukkan  ayam, carot dan kentang. rebus lagi. D dlm periuk lain, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sebentar. Masukkan bahan tumbuk. Bila dah naik bau, angkat dan curahkan kedlm beras yang kembang tadi menjadi bubur. 

Kacau2 dan masukkan serbuk lada hitam. Perasakan dengan garam dan gula. Dah siap.. taburkan daun sup yg telah dihiris halus ...Dan bolehlah dihidangkan untuk berbuka puasa. 




p/s : Not bad.... sedap! Nk ngulang makan sekali lagi ... tengok2 dh tinggal serdak periuk je!


Have a nice day! :)

Thursday, July 18, 2013

Mihun Sup Ayam

Aku memang busy gilerrrr.... Balik  dari tempat niaga memang cukup2 time je. Tp walau macam mana sibuk sekalipun aku tetap masak juadah berbuka untuk anak2.

Memang jadi kebiasaan anak2 kalau berbuka tu xnak makan nasi.... kekadang je tukar menu nasi. Selalunya aku buatkan makanan yg lengkap satu set macam mee, mihun kuetiau dan seangkatan dgnnya.

So, aku masak satu resepi simple... Buat sup ayam campur kek ikan, kemudian letak kuah banyak2 and then makan dengan mihun. Sedapyerrrrr..!!!

Dah banyak kali rasanya aku buat sup ayam.... tp aku nk share jugak resepi ulang-kali aku ni.... hehe!


Bahan2 :


1 paket mihun - di celur dgn air panas sebentar dan tapis.
2keping daging ayam - bhgn dada
1/2  paket kek ikan
2 pokok sawi
1/2 batang carot
1 ketul kecil bunga kobis
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 paket sup bunjut
1 ketul kiub ayam
1 sudu  teh serbuk lada hitam
Sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
Air sebanyak mana yang disukai
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Ayam di dipotong kecil2. kek ikan dihiris nipis, sawi, bunga kobis, daun sup, daun bawang dan carot di di potong2. 

Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat. Panaskan minyak masak. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang bersama bahan tumbuk.

Bila dah kekuningan, masukkan sedikit air, sup bunjut, kiub ayam  dan serbuk lada hitam.  Renehkan sekejap, tambahkan air lagi. Masukkan ayam,kek ikan, bunga kobis, dancarot. 

Didihkan seketika. Masukkan sawi . Perasakan dengan garam dan gula. Bila sawi agak2 nak layu masukkan daun bawang dan daun sup. Lepas tu bolehlah terus diangkat. 

Siap sedia untuk dimakan bersama mihun yg telah dicelur lembut. Mihun sup amat sedap dimakan bersama sambal kicap.


Sambal kicap

Bahan2 : 

8 biji cili api
5 ulas bawang putih
3 biji limau kasturi
3 sudu besar kicap pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Tumbuk lumat cili api dan bawang putih. Perahkan limau kasturi dan gaulkan dgn kicap.perasakan dgn garam dan gula. Dah siap....!


Have a nice day! :)

Saturday, July 13, 2013

Kuetiau Goreng Basah

Dah lama xde n3 baru.... dah lama gak menyibukkan diri dgn niaga je, sampai xde masa nk berblog lagi. Payahnya nk cari masa yg terluang ni... terkejar2 buat semua kerja... balik lambat plak tu, asyik terperangkap dlm jammed yg teruk je.

Ari ni cuba gak buat n3 yg tunggang langgang ni. Dah ari k3 pose... juadah yg nk aku tunjukkan disini adalah juadah ari pertama pose... buat pun kelam kabut je.... betul2 cara yg mudah x banyak bahan.

Cuba jelah buat ... seadanya... sedap gak.!!! kata anak2.. hehe!


Bahan2 :

2 bungkus kuetiau
Semangkuk tauge
Secekak kucai
2 keping fish cake
2 biji telur
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 hiris halia
2 sudu besar cili giling
5 sudu besar cili sos
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu makan sos tiram
Garam, gula dan minyak masak secukupnya

Cara2 :

Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat. Tauge dibersihkan dan dibuang akar serta kulit hitamnya. Kucai dibersihkan dan di potong2. Tumiskan bahan tumbuk, dah wangi dan kekuningan... masukkan cili giling. Bila campuran cili giling dah wangi masukkan cili sos, kicap pekat dan sos tiram. Kacau, kacau dan kacauuuu..

Lepas tu masukkan fish cake yg telah dihiris nipis. Masukkan juga sayur kucai dan tauge. Kacau hingga sayur2 tu agak2 layu. Masukkan telur. Akhir sekali masukkan kuetiau. Kacau hingga bergaul rata dan sebati. Di samping tu masukkan gula dan garam secukup rasa. Dah siap.... bolehlah dihidangkan.


p/s : Resepi kuetiau yg paling simple. Xde seafood  yg biasa org lain buat... xde bajet pun ye n lagi satu sebab alergik...


Have a nice day! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...