Breaking

Monday, February 17, 2014

Monday, February 17, 2014

Daging Dendeng

Kehilangan kata2 plak nk berbicara...... Cuma aku berharap akan mempunyai sedikit masa utk mengupdated blog.......skurang2nya sekali seminggu. Hahhhhh........ nk aktif ber blog lg.... hehe!

Daging ni ingatkan nak masak rendang...... Santan plak xde... Tukar plan, godek2 resepi dari buku2 lama. Jumpalah resepi ni. Sedap gak.... ala-ala rendang rasanya, ada gak rasa2 sambal ckit.

Jom layan.....


Bahan-bahan :

1/2 kg daging
1" halia
2 btg serai (diketuk)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih 
2 cawan air
4 sudu cili giling
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu makan gula merah
sedikit asam jawa
sedikit kicap

Cara-cara :

Daging di bersihkan digaul sedikit garam dan direbus lama dgn serai dan halia hingga lembut. Potong nipis2 dan gorengkan daging tersebut. Angkat dan ketepikan. Tumbukkan daging di dalam lesung supaya lembut.. Tumbuk bawang merah dan bawang putih. 

Tumiskan bahan tumbuk bersama cili giling dan rempah kurma hingga garing. Masukkan gula merah, sedikit kicap dan sedikit air asam jawa. Masakkan hingga kering dan sesuaikan rasa masin dan manis. Masukkan daging dan digaul rata.

Sedia dimakan dgn nasi. Boleh juga dimakan dgn pulut dan ketupat.



p/s : Sedappp....

Wednesday, February 12, 2014

Wednesday, February 12, 2014

Masak Lemak Cili Api Cendawan Kukur dgn Terung Pipit

Setelah ditimpa macam2 masalah dan  tuntutan kehidupan... barulah terdaya mengupdated blog. Huh, letihnye. 

Hidangan yg aku paparkan dah lama aku buat. Dah x teringat bila tarikhye....lupa dek kesibukan yang menggila. Cendawan Kukur susah nk jumpa.... musim hujan dan kt btg getah tumbang je benda ni tumbuh...sedap. Terung pipit ni ada rasa pahit2 ckit.... pada aku sedap je..... Tp anak2 ngan hubby x makan... diorg x sukalah tu!

Kita layan resepi dulu....


Bahan2 :

Secawan cendawan kukur
Sedikit terung pipit
segenggam ikan bilis
9  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Mula2 cendawan kukur dibersihkan betul2 dari sampah dan pasir serta bersihkan terung pipit dari tangkai. Lepas tu masukkan bahan tumbuk, ikan bilis, terung dan serai yang telah dititik ke dalam periuk.

Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Didihkan.  Bila dah mendidih, masukkan cendawan kukur tadi dan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi..

Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.



p/s : Sedap gitu.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...