Breaking

Thursday, April 17, 2014

Gulai Lemak Kuning Labu

Dah masuk bulan ketiga blog ni terbengkalai x ber n3. Banyaknya hal...... Sibuk gila2 plak tu. Ditambah wifi yg buat hal. Skrg ni masaalah wifi xde kot (dh tukar ke wifi baru - Unifi) ...... tinggal aku je kena rajin dan cari masa yg x sibuk.

Masak tu tetap masak dan ambil gambar tp agak kurang buat masa ni..... sebab selalu makan kedai dek air yg kena catu kt Selangor skrg nih..... Masakan ni simple je, stail kg punya. Ada gulai labu dgn ikan masin goreng je makan ngan nasi dah sedap sangat tau!



Bahan2 :

1/2 biji labu
1 keping tauhu
1 biji bawang merah
1 biji cili merah
1/2 helai daun kunyit
sedikit ikan bilis

1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 cawan santan
garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Labu  dibuang kulit dan di potong2. Tauhu dipotong dadu. Bawang merah dan cili merah dihiris. Daun kunyit di carik2 sahaja.

Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk bersama ikan bilis dan serbuk kunyit. Masukkan juga secawan santan dan secawan air. Didihkan ia sebentar.

Bila dah mendidih masukkan secawan lagi santan. Di kacau sentiasa dan apabila mendidih lagi, masukkan garam dan gula secukup rasa. Dah siap masak bolelah dihidangkan.




p/s  : Lauk iringan bersama gulai ni........ ikan sepat masin goreng....perghhhh!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...