Just Klik!

Monday, April 21, 2014

Pai Epal

Ada 2 biji epal fuji kt peti ais tu......terfikir2 kalau buat pai boleh gak. Smlm ada tengok org bubuh  gambar pai kt fb. Tu yg terliur tu. Lagipun dh lama x masak kuih2 atau kek2 apapun sejak air dicatu ni. Klau masak lauk makan tengahari atau mlm pun yg ringkas2 je. Itulah penangan catuan air ni.

Kebetulan kelmarin ada air..... so boleh buatlah ni..! Bahan2 pun sangat mudah dan pakai apa yang ada je. Bolehlah buat minum petang daripada membeli..... mahal tu! Adunan ni dari resepi asas buat pastry biasa. Jadi mcm2 inti boleh jd ngan doh ni. Letak inti kentang dah jadi karipap, letak inti sayur jadi epok2 tapi kalau nak buat sardin gulung letak je sardin dan bakar. 

Saya plak nak letak inti epal jadilah pai epal. Boleh di buat mcm2 bentuk.... bulat, bersegi atau buat macam karipap. Saya buat bentuk bulat je..... Adunan yg akhir tu dh x larat nk terap kecik2.... so jdlah besar gedabak...haha!

Resepi ni main redah je....... so xde tiru specific dari mana2 !


Bahan2 pastry :

120 gm tepung gandum
1 camca teh gula
45 gm marjerin sejuk beku (boh dlm peti ais kejap)
3-4 camca sedang air sejuk

Cara2 : 

Ayak tepung dengan garam, masukkan marjerin yang telah dipotong2. Gaul dan ramas marjerin dengan tepung (hujung jari je) sampai jadi macam serbuk roti.Masukkan air sejuk dan uli hingga dapat doh yg lembut tapi tak melekat. 


Canai, bentuk dan letak le inti.... dah siap, letak dlm dulang dan sapu kuning telur. Bakar sehingga kekuningan dan agak garing.. Bolehlah diangkat. Pai nielok di makan suam2 ckit. Jgn makan panas2.... nnti melecur lidah.



Bahan2 :

2 biji epal
4-5 sudu besar gula merah/gula perang
2-3 sudu besar gula 
2 sudu besar tepung
1/2 cawan air
Secubit sebuk kayu manis

Cara2 :

Epal dibuang kulit dan dipotong dadu kecil2. Panaskan epal bersama serbuk kayu manis dan air.Dah mendidih, masukkan gula merah dan gula pasir. 

Kacau hingga gula larut. Masukkan tepung jagung untuk memekatkan inti. Kacau cepat2 dan tutup api. Tunggu sejuk. Bolehlah jd inti pai epal. 

p/s : Tanya anak.... ok x pai ni, bolehlah.... sedap, sedap, sedap!


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...