Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Friday, November 28, 2014

Kerabu Ulam Raja

Ari ni nak tunjuk kerabu plak..... Simple je kerabu ni. Sedap tuh tak tau nak kata.... bolehlah, bolehla. Tapi macam biasa.... hubby nyanyi lagu bangau.... 'bukan makanan aku' 3x  katanya rumput rampai ni makanan kambing je... hahaha!

Anak2 aku pun tak berapa suka.... cuma anak perempuan yang besar je okey! Apa-apapun cubalah kalau suka.... Ulam raja ni pemberian seorang kawan... dia duk kawasan kampung nun kat Kuang Selangor. Selalu dia bagi sayur2 kat aku....

Okeylah, kita layan...


Bahan2 :

Secekak ulam raja
5 biji cili cili api
Seinci belacan bakar
3 biji bawang merah
2 sudu besar kerisik
3 biji limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Ulam raja dibersihkan dan dicincang kasar. Cili api ditumbuk lumat bersama belacan. Bawang merah dihiris halus. Limau kasturi di ambil airnya.

Semua bahan tadi digaul bersama kerisik dan perasakan dengan garam dan gula. Dah siap, bolehlah dihidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.



p/s : Selamat mencuba.....


Have a nice day! :)

Friday, November 21, 2014

Masak Lemak Cili Api Ikan Keli Goreng Dengan Rebung

Ari ni masak gulai kegemaran suami... hehe! Masak lemak cili api lagihhh...! Ikan keli di goreng  je ngko... Kalau salai lagi sodapp, tapi mana nk salai nih..... berasap giler la rumah 5 tingkat aku, ada yang panggil bomba plak.. ingat umah terbakar.... haish!

Haiiiih.... goreng pun goreng je lahh! Dah terlanjur ada masa tu.... masak jelah! Ikan keli nih aku potong2 sebelum di masak... anak2 ramai. Kalau tak dipotong2 nanti sekali hadap sekor sorang plak ikan keli tu dek anak2 aku, mau lari bajet tuh!



Bahan2 :
4 ekor ikan keli
1 mangkuk rebung
12  biji cili api - tumbuk
1 cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Ikan keli dbersihkan dipotong2, kalau tak dipotong2 pun ok jugak. Gaul dengan garam, kunyit dan sedikit tepung jagung. Goreng hingga garing. 

Rebung  dididihkan dalam periuk bersama bahan tumbuk. Masukkan juga secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. 

Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Tapi jangan banyak2 nanti x sedap plak. Biarkan mereneh.  Masukkan ikan keli goreng. Kacau perlahan-lahan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. 

Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.



p/s : Wah! sodap sekali hingga makan berpinggan2nih..... menjilat jari u!!!



Have a nice day! :)

Sunday, November 16, 2014

Pucuk Labu dan Sambal Belacan

Ari ni aku nak kongsikan lauk sayur pucuk labu dan sambal belacan..... Sedap nih!  Tengok ni dah kecur air liur. Berpinggan2 menambah nasi.... lupa rancangan nak berdiet...hehe!


Sayur pucuk labu ni di beri oleh kawan yang tinggal kat kawasan kampung di Kuang.... rumah aku mana ada tanah. Kalau tidak... boleh tanam labu, boleh makan pucuk labu dan buah labu sekali...ha ha!


Senang je nak buat semua ni....



Secekak sayur ni rebus dalam periuk. Masukkan air cukup2 paras sayur tu. Tutup periuk dan rebus sampai sayur empuk.

Untuk buat sambal plak.... 4-5 biji cili api dtumbuk bersama sedikit garam dan 1 sudu besar gula. Dah lumat tumbuk sekali seinci belacan bakar. 

Masukkan 2 sudu besar air dan 1 sudu besar pes asam jawa. Gaul sebati. Bolehlah dihidangkan bersama sayur pucuk labu.



p/s : Perghhh.... berasap telinga, tapi sedapppp!!



Have a nice day! :)

Saturday, November 15, 2014

Isi Ayam Masak Lada Hitam bersama Cendawan Hitam

Ari ni nak masak resepi simple tapi rasanya sedap....  Biasalah orang macam aku ni sentiasa sibuk berniaga online dan offline.....nak buat semudah yang boleh..!

Resepi ni dah lama aku dapat..... dari resepi dalam majalah dah berkurun lama dah..... Buku nya pun aku dah tak ingat....

Share jelah lebih kurang resepi tu kat sini.... ingat yer, resepi cuma anggaran... apa2 yang nk ditokok tambah, ikut suka koranglah..!


Bahan2 :

400g isi ayam
15 keping cendawan hitam kering
(direndam 2-3 jam sehingga kembang)
2 sudu besar sos tiram
1sudu makan serbuk lada hitam
2 biji cili merah
1 biji bawang besar
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung
(dibancuh-jika suka)
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Isi ayam dipotong kecil dan dibersihkan. Cendawan hitam di hiris kecil. Cili merah, bawang besar, halia dan bawang putih  dihiris  dan ditumis hingga layu dan kekuningan.

Masukkan ayam, cendawan, serbuk lada hitam dan sos tiram. Gorengkan ayam hingga dagingnya menjadi lembut. 

Masukkan air atau bancuhan tepung jagung. Masak hingga pekat.

Dah masak.... bolehlah dihidangkan.



p/s : Tengok gambar pun dah nampak sedap...kan...kan...!



Have a nice day! :)

Monday, November 10, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

Akhirnya aku terperangkap jugak ngan viral yang tengah hangat meletup-letup kat internet sekarang ni..... Hubby aku pun heran ngan aku yang beriya2 nak memilih mangga muda kt pasar malam....



Dpt jugaklah aku membuat mangga asam boi yg nampak mengecurkan air liur tu..... Dah ku potong2, ku gaul ngan asam boi, gula dan cili api yang di potong2 sesedap rasa.... garam tak payah taruh, asam boi dah masin gila.....simpan dalam peti ais.

Lepas seharian, balik kerja aku pun mengadaplah semangkuk mangga asam boi bersama anak2. Hubby tak makan benda2 cenggini, dia tengok je.

Bolehlah...... sedaplah jugak.... tapi untuk tekak aku ni, lagi best kalau mangga muda cicah ngan kicap campur gula, cili api dan sedikit belacan.... hehehe!



p/s : Tapi abis jugaklah dikerjakan dek aku ngan anak2... siap bawak bekal lagi bagi kengkawan rasa kat tempat kerja.



Have a nice day! :)

Wednesday, November 5, 2014

Slice Cheese Cake Versi Marble.....

Disebabkan teringin punya pasal dalam sibuk2 tu sempatlah aku meyelit masak kek ni.... hehe! Sedap tau...cair di mulut je.

Sekali hadap je, banyak tuh... dek anak dara dan bujangku. Oleh sebab bekas tu besar guna bekas 30cm, yang  biasa dah pakai untuk benda lain, so nampak terkepek ajelah jadinya. Xpelah.... janji sodap!!

Resepi sebenarnya dah pernah buat dulu.... nak tengok, klik sini. Tapi untuk mempermudahkan, kita share jugak resepi kat sini.


Bahan2 :

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila


Cara2 :

Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar. Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. Kacau sentiasa. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul. 

Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila. Gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. 

Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit. Gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya. 


p/s : Sedap sangat..... pada sesiapa yg suka cheese :))


Have a nice day! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...