Breaking

Saturday, January 31, 2015

Saturday, January 31, 2015

Pandan Layer Cheese Cake

Minggu lepas teringin nak makan desert yang manis2 sedap gitew... So, terjadilah kek ni.. mula2 nak buat kek coklat tapi baru lagi buat moist kek awal tahun baru ari tu....kita tukar citarasa...huhu!

Dari resepi chocolate layer cheese cake ambil dari blog yang dah lama terpendam.... blog dayangjack... dapurku sayang... terjadilah resepi ku ini....

Hurm... tak kalah rasanya dengan kek coklat... dengan wangian pandan yg memikat dan cheese yang lemak berkrim.... masih terbayang kesedapannya....!

Kalau nk tengok resepi asal dari dayangjack... klik sini


Bahan2 :

Lapisan Pandan:
  • 170g tepung tepung gandum (diayak)
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 170g mentega
  • 3 biji telur gred B
  • 220g gula kastor
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • 1 sudu kecil esen pandan
Lapisan Keju :
  • 250g krim keju (pada suhu bilik)
  • 1 biji telur
  • 300g gula kastor
  • 1 esen vanilla
  • 2 sudu makan tepung gandum

Cara membuat :

Lapisan pandan :

Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dengan kelajuan perlahan. 
  
Masukkan pula esen pandan dan pewarna hijau dan putar lagi. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dengan spatula. Setelah itu, putar dengan pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan. 

Lapisan Keju :

Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim. Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata. 

Masukkanesen vanilla. Putar lagi. Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati.

 
Cara mengukus :

Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega. Adunan pandan di bahagi tiga dan adunan keju hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. 

Mula-mula tuangkan lapisan pandan ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik. 

Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit. Setelah itu, masukkan pula adunan pandan. Ulangi proses hingga habis kesemuanya. Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit. 

Setelah masak, tutupkan api. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.


p/s : Kalau korang nak lapisan keju tu tebal bolehlah tambah... aku beli yang kecik je... keju mahal woo...!

Thursday, January 29, 2015

Thursday, January 29, 2015

Rendang Ayam..... zasss, siap sudah!!!

Lauk rendang ayam ni aku masak ari minggu ari tu..... balik dari GM KL lepas membeli barang2 jualan. Letih.... tp nak makan punya pasal zasss..sepantas kilat je dah siappp... Itupun sebab hubby tolong..lagipun semua benda di blend jer...hihi!

Rendang yang aku buat ni, biasalah n9 style... klau perak style kang hubby tak suka plak, nak wat camne. Selalunya pakai ayam pencen, masak lama ckit... Yg ini dah kering airnya lebih kurang je dah boleh angkat. Nanti hancur berkecai plak isi ayam tuh!

Oklah... macam biasa kita layan gambar ngan resepi!



Bahan -Bahan:

1/2 ekor ayam 
2 cawan santan pekat
1 sudu besar kerisik
1 helai kunyit (di koyak)
3 btg serai (di titik)
1/2 bungkus serbuk kari daging 
1 btg kulit kayu manis 
3 kuntum bunga lawang 
2 keping asam keping 
1/2 sudu teh gula 
garam secukup rasa 
secawan air 


Bahan Kisar:

6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih 
2 btg serai 
3 inci halia 
1 inci kunyit hidup 
1 inci lengkuas 
10 tangkai cili kering & 1 sudu besar ciling giling 
15 biji cili api 
secubit jintan manis dan jintan putih 

Cara Membuat:

Ayam di potong2. Masukkan bahan kisar, serbuk kari, serai titik, daun kunyit, kulit kayu manis, bunga lawang. Selepas tu masukkan santan, kerisik dan asam keping.

Bila kuah dah mendidih dan nampak dah nak pekat, baru masukkan ayam. Perasakan dengan garam dan gula. Masask hingga ayam lembut dan kuahnya kering. 

Sedia di makan dengan nasi panas2.





p/s : Sewaktu  n3 ni ditulis....  lauk ayam tu pun dah lama habis!!!

Tuesday, January 27, 2015

Tuesday, January 27, 2015

Sawi Goreng Dengan Cendawan Hitam

Lauk sayur lagi.... kali ni sawi plak, campur dgn cendawan hitam. Sawi ni memang antara sayur yang aku suka... rasanya tu pahit2 sedap... hermmmmm!!!

Lagipun sayur2 hijau ni penuh ngan oksigen... bagus untuk kulit kita... 

Layan jelah resepi biasa2 ni....



Bahan2 :

1 ikat sawi
6 tangkai cendawan hitam
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
beberapa ekor ikan bilis
1 sudu makan sos tiram
1/4 sudu kecil pati ayam (jika suka)
1/4 cawan air
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2:

Cendawan hitam direndam seharian dan dibelah 4. Sawi di potong2 dan dibersihkan. Bawang merah, bawang putih dihiris halus, 

Cili merah dipotong serong. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis. Masukkan sos tiram, sawi dan cendawan hitam. 

Masukkan air dan pati ayam. Masak hingga mendidih. Sesuaikan rasa garam dan  gula. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.



p/s : Jangan lupa makan sayur banyak2... berkhasiat gitewww!


Sunday, January 25, 2015

Sunday, January 25, 2015

Sambal Tomato Ku Yang Ummph!!!

Inilah dia lauk iringan ku aritu.... bersama tomyam kepak ayam tempohari. Simple dimple jerrr....tapi rasanya ummph!!! 

Makan plak bersama nasi panas...wallaaaaaaa!!!


Bahan2 :

1 bji tomato yang masak ranum - potong dadu
Cili api - ikut sendiri, kalau nk pedas bubuh banyak2
Segenggam ikan bilis - dibersihkan
Belacan - jika suka, x bubuh pun xpe
1 sudu kecil pes asam jawa
2 sudu besar air masak
Secubit garam dan sesudu teh gula

Cara2 :


Cili api ditumbuk lumat bersama garam dan gula. Dah lumat, masukkan belacan dan ikan bilis. Ikan bilis ditumbuk agak2 kasar sedikit. 

Masukkan tomato dan pes asam jawa dan digaul sebati. Tambahkan air Dah siap, bolehlah dihidangkan.



p/s : Nk lebih ummph... tambah 1 sudu makan budu...power gitewww...haha!


Thursday, January 22, 2015

Thursday, January 22, 2015

Tomyam Kepak Ayam jelah!

Kesibukan memang sentiasa melanda... balik berniaga malam kelmarin, beli kepak ayam 4 ketul je ngan sayur2 campur.

Potong2,basuh2 n campak2 je semua dlm periuk... dah siap...hehe! Masak ckit je pun.... tuk makan malam jer.... Uihh! ayam pun mahal skrg ni, setengah ekor je dh belas hinggit...ish3!

Lauk iringan ...... goreng telur dadar ngan sambal tomato.... jadi le. Itupun menambah nasi anak2 makan..... hehe!

Dah le tu membebel...kita layan gambo ngan resepi..!


Bahan2 :

4 ketul kepak ayam - potong kecil2 
1 paket pes tomyam 
1 paket Cendawan
1/2 batang Karot
Sedikit Bunga kobis
2 keping batang seleri
1 biji tomato
2 sudu besar sos tomato
1 batang serai
5 biji Cili Api
Bawang Merah/bawang besar
Bawang putih
3 biji limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Cara2 :

Mula2 didihkan air. Agak2lah dalam 2 cawan setengah gitu. Klau nk lebih kuah pun boleh. Sementara tu hiris bawang2 tu. Hiris jugak sayur-sayuran. Cili Api dan serai dititik. Masukkan kepak ayam, serai, cili api dan bawang2 kedalam air rebusan yg mendidih tadi.

Lepas tu masukkan pes tomyam dan sos tomato. Dah mendidih lagi, masukkan sayur yg dihiris tadi kecuali tomato. Perasakan dengan garam dan gula. 

Bila sayur dah empuk, baru masukkan tomato yg dibelah empat. Tutup api, dan masukkan air limau kasturi.. Kacau2 dulu sebelum  dihidangkan.


p/s ; Batang seleri tu.... kalau ada daunnya masukkan sekali, sedap!

Tuesday, January 20, 2015

Tuesday, January 20, 2015

Masak Lemak Cili Api Daging Bersama Kentang

Masak lauk ni lagih... Dah berkali2 aku share kat blog kesayangan aku nih... Lauk sedap dah tentu ada permintaan dan dah tentu nak buat lagi dan lagi....

Yang pasti lomak cili api nih kegemaran my hubby...kan3! Tak kisahlah nk ulang tayang berapa kali... janji gambar masakan gambar ori dan terkini... tak ceduk dari blog orang lain...original dari dapur annurbeauty...hehe!

Okeyla... penatla celoteh panjang! Kita paste resepi tu kat sini... sonang kojo den!

Bahan2

300gm daging  - potong kecil2
3 biji kentang
12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Daging  yang  telah dipotong kecil tadi masukkan dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititk. Biarkan mereneh lama agar daging tak liat. X payah taruh air masa rebus ni . Air daging akan keluar dengan sendirinya. 

Selepas itu masukkan kentang yg telah di kupas kulit dan dipotong-potong. Masak lagi sampai kentang empuk.  Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. masukkan juga asam keping. 

Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Tapi jangan banyak2 nanti x sedap plak. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.



p/s : Daging tu pastikan potong x ikut iranya nanti liat plak...!


Friday, January 16, 2015

Friday, January 16, 2015

Ikan Senangin Masak Kari....lorr!

Berpeluh2 balik kerja malam2 menyiapkan masakan nih... Walau penat tapi puashati dapat menyiapkan makanan untuk  keluargaku ini. Makan malam ramai2 sambil berbual mesra...Senang hati bila anak2 puji, sedap katanya...hihi...!

Sebenarnya jarang aku masak ikan senangin ni... yang biasa aku masak selalunya ikan cencaru, tongkol, kembung dan selar je... hurm, tak biasalah makan ikan2 yang mahal ni... maklum nak jaga kewangan. Tapi sekali-sekala tak apalah.

So, kita teruskan... layannn!!!


Bahan2 :

3 ekor ikan senangin
5 biji bendi
1 biji tomato 
2 biji bawang merah 
1 ulas bawang putih
1 cm halia
2 sudu makan cili giling 
1 pkt kecil serbuk kari
1 sudu makan pes asam jawa
2 cawan air
2 cawan santan pekat
minyak secukupnya
gula dan garam secukup rasa
sedikit daun kari

Cara : 

Ikan senangin  dibersihkan dan dipotong2.  Bendi dipotong pangkal  dan hujung. Tomato dipotong baji. Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat bersama. 

Tumiskan bahan tumbuk bersama daun kari. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan pes asam jawa dan secawan air. Masukkan serbuk kari sekali. 

Tumis bahan2 sampai garing. Lepas tu masukkan 1 cawan air dan 1 cawan santan. Masukkan juga bendi dan ikan senangin. Masak sampai mendidih. lepas tu masukkan 1 cawan santan lagi. 

Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan tomato sekejap. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.


p/s :  Masakan biasa yang rasanya luarbiasa, bila masak dengan penuh kasih sayang dan makan beramai2..... lorr!

Tuesday, January 13, 2015

Tuesday, January 13, 2015

Tumis Kicap Telur Mata Kerbau...

Sejak anak dah sekolah ni pagi2 sebelum pergi kerja kena masak lauk untuk anak2 makan tengahari. So, hari pertama sekolah kelmarin aku dah abis idea dan letih tak cukup tidur.... terjadilah masakan ni... simple jer!

Sebenarnya dah sibuk macam2 hal anak2 bersekolah nak disiapkan, barang dapur lupa nak beli...  apa yang ada ajelah... bolehlah.... anak2 pun suka aku masak telur macam ni... siap suruh buat lagi! Telur ikut banyak mana korang nak... aku buat 4 biji je... cukuplah tu!

Bahan2 :

4 biji telur
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
3 sudu besar kicap
11/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara2 :

Telur digoreng mata kerbau sebiji sebiji. Bawang merah dan bawang putih dihiris halus. Cili merah dipotong menyerong.

Tumis bahan2 yang dhiris dan dipotong menyerong. Dah naik bau dan kekuningan masukkan air. Masukkan kicap. Didihkan dan perasakan dengan garam dan gula.

Kuah dah masak, curahkan atas telur mata kerbau tadi... Dah siap, bolehlah dihidangkan.


p/s : Senang je kan .....hehe!


Sunday, January 11, 2015

Sunday, January 11, 2015

Dah join advertorial.MY plak Blog Masakan nih...hehe!


Dah jemu memasak ke woooi.... beralih ke lain plak! Xdelah...cuma nah tukar mood je, cari peluang tambah duit belanja dapur.... Nanti boleh lah beli bahan masakan yang mahal2 dan peralatan yang canggih2 sekarang ni.... tak gitewww!

Hurm.... baru2 ni dapat tahu ada laman internet yang wawarkan  boleh cari duit tambahan dengan review produk atau apa2 aje oleh pengiklan kat blog kita. Excited lah aku... advertorial.MY huhu!.. Aku dah join dah! Tapi xde kerja yang mudah.... kini terpaksalah aku menggilap kembali skil karang-mengarang yang dah lama aku tinggalkan masa zaman sekolah berkurun dulu....hehe!


Nak join tak.....?  Senang je... klik je kat sini!. Lepas tu isi maklumat yang diperlukan. Tunggu email pengesahan, lepas tu klik link pengesahan yang dorang emailkan dan korang boleh login menggunakan password dalam email yang sama.

Nanti korang kena bayar duit pendaftaran sikit... sekali je tu yang kena bayar. Insya'allah bebaloi dengan faedah2 yang korang boleh dapat dengan advertorial.MY ni. Takkanlah dalam banyak2 pengiklan tu tak de yang berminat dengan blog kita kan?

Dah daftar dan dah bayar kat advertorial.MY .... jangan lupa submit blog korang.... Ceritalah yang baik2 tentang blog korang tuh! Macam blog aku ni... blog masakan... so, aku kalau boleh nak pengiklan yang berkisar tentang makanan, masakan, perencah masakan, produk masakan dan makanan yang sangat2 sesuai dengan blog nih... yang lain2 tu boleh jugaklah dipertimbangkan.



Opps.... satu lagi yang aku lupa... letaklahlah harga untuk job yang korang nak buat tu.. tapi jangan lah demand sangat...kang xde plak job yang sangkut... hihi! Bak kata pepatah "Ukur baju di badan sendiri"... kita kayuh pelahan-lahan untuk permulaan. Akan datang cerita dah lain...

Apa tunggu lagi..... meh le kome... join advertorial.MY sama2 kita.... ha! dah keluo ayat peghak pekat aku tu...keh..keh..keh! 


p/s : So... nanti, tunggulah kemunculan  aku dengan masakan yang canggih2 bila dah dapat duit review tu.... x sabo nih!

Tuesday, January 6, 2015

Tuesday, January 06, 2015

Tumis Kangkung Bersama Cendawan Hitam

Bila masak makanan tengahari mesti aku selitkan satu hidangan sayur.... barulah makanan seimbang dan berkhasiat untuk seisi keluarga. Kiranya aku amalkan sejak dulu2 lagi. Sejak anak2 masih kecil dah aku ajar makan sayur2 ni.... 

Hasilnya semua anak2 ku suka makan sayur... kalau xde diorg plak yang tanya. So.... inilah antara hidangan sayur yg selalu aku buat... anak bujang aku yg sorang tu suka sangat cendawan hitam tu... huhu! 

Sibuk jugak ni.... memasak untuk keluarga tu tetap ikhlas ku lakukan... hihi!

Layan....


Bahan2 :

1 ikat kangkung
6 tangkai cendawan hitam
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
beberapa ekor ikan bilis
1 sudu makan sos tiram
1/4 sudu kecil pati ayam (jika suka)
1/4 cawan air
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2:

Cendawan hitam direndam seharian dan dibelah 4. Kangkung di potong2 dan dibersihkan. Bawang merah, bawang putih dihiris halus, 

Cili merah dipotong serong.  Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis. Masukkan sos tiram, kangkung dan cendawan hitam. 

Masukkan air dan pati ayam. Masak hingga mendidih. Sesuaikan rasa garam dan  gula. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.


p/s : Sebagai lauk sampingan...sedap gak erk!

Friday, January 2, 2015

Friday, January 02, 2015

Moist Chocolate Cake, Sambut Tahun Baru.....

Tahun baru dah menjelma...xde rasa apa2. Macam mimpi jelah, tahun dah bertukar. Yang pasti hidup perlu diteruskan... walau apapun cabarannya... huhu..!

Termenung sana sini mengenangkan pencapaian tahun lepas yang entah apa2 tu... nak menyedapkan hati dan jiwa..... maka terhasil lah sebiji kek coklat kegemaran anak2....

So... kepala pun dah pening dengan macam2 hal, sebelum mood terbantut kita layan jelah resepi kek ni....!

Pernah buat kek ni dulu.... klik sini.

Bahan2 :

4 biji telur
1 tin susu cair
1 sdt esen vanila
1 1/2 ketul butter
2 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat

Cara:


Masukkan butter dlm periuk.. cairkan.. guna api sederhana.. Kemudian masukkan susu cair.. kacau sebati.. Pastu masukkan gula kastor pulak.. kacau lg.. Masukkan esen vanilla. kacau kesemuanya biar sebati dan tutup api.. pindahkan adunan ke dalam bekas lain atau pun guna je periuk tu pun boleh..


Sementara tu, dlm bekas lain lak sila pukul telor ayam tu guna whisker.. pukul agak2 kembang aje .. takyah nak beriya2 sgt pukulnya.. hehehe.. Kemudian, tuang sikit demi sedikit ke dalam adunan td.. kacau sebati..

Pastu lak baru masukkan bhn2 yg di ayak td ( tepung + serbuk koko + soda bikarbonat + baking powder ).. Masuk sikitt demi sikit... gaul sampai semua adunan sebati.. Pastu masukkan adunan ke dalam loyang..

Masuk paras stgh dr loyang je tau sbb kek ni naik tinggi.. sblm tu jgn lupa griss kan loyang dgn butter.. kang melekat kang kek tu kalo loyang tak di griss.. Tutup dgn aluminium foil utk elak kek terkena titisan air dr pengukus.. tak pun balut je penutup pengukus tu dgn kain..

Kukus kek sampai masak.. aku kukus dlm sejam je kot dgn api yg sederhana.. maksudnya api tak besar sgt dan tak kecik sgt..

Make sure pengukus di panaskan dulu sblm masukkan adunan kek td.. air dlm periuk kukusan pun jgn sikit sgt, kang kering lak sblm kek tu sempat masak.. paham ehh..

Dah siap... sejukkan... boleh gak dihias ikut citarasa dgn krim atau coklat cair... ikut kreativiti masing2... 


p/s : Setakat ni jelah yg boleh dibuat....curah coklat cair tabur rainbow rice..cantik gak...hehe!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...