Just Klik!

Thursday, January 29, 2015

Rendang Ayam..... zasss, siap sudah!!!

Lauk rendang ayam ni aku masak ari minggu ari tu..... balik dari GM KL lepas membeli barang2 jualan. Letih.... tp nak makan punya pasal zasss..sepantas kilat je dah siappp... Itupun sebab hubby tolong..lagipun semua benda di blend jer...hihi!

Rendang yang aku buat ni, biasalah n9 style... klau perak style kang hubby tak suka plak, nak wat camne. Selalunya pakai ayam pencen, masak lama ckit... Yg ini dah kering airnya lebih kurang je dah boleh angkat. Nanti hancur berkecai plak isi ayam tuh!

Oklah... macam biasa kita layan gambar ngan resepi!



Bahan -Bahan:

1/2 ekor ayam 
2 cawan santan pekat
1 sudu besar kerisik
1 helai kunyit (di koyak)
3 btg serai (di titik)
1/2 bungkus serbuk kari daging 
1 btg kulit kayu manis 
3 kuntum bunga lawang 
2 keping asam keping 
1/2 sudu teh gula 
garam secukup rasa 
secawan air 


Bahan Kisar:

6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih 
2 btg serai 
3 inci halia 
1 inci kunyit hidup 
1 inci lengkuas 
10 tangkai cili kering & 1 sudu besar ciling giling 
15 biji cili api 
secubit jintan manis dan jintan putih 

Cara Membuat:

Ayam di potong2. Masukkan bahan kisar, serbuk kari, serai titik, daun kunyit, kulit kayu manis, bunga lawang. Selepas tu masukkan santan, kerisik dan asam keping.

Bila kuah dah mendidih dan nampak dah nak pekat, baru masukkan ayam. Perasakan dengan garam dan gula. Masask hingga ayam lembut dan kuahnya kering. 

Sedia di makan dengan nasi panas2.





p/s : Sewaktu  n3 ni ditulis....  lauk ayam tu pun dah lama habis!!!


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...