Just Klik!

Saturday, February 28, 2015

Masak Kicap Lada Hitam Telur Rebus....jerr!!

Ehhh..... nk watpe pe pun serba tak kena je... mood kureng cikit.  Tak pe lah... jadi letih sesangat lah tu... nak gi kl plak lepas ni... klau x sebab nak cari barang... x ku teringin nak gi kl yang jemm gila tuh...

So, masak apa yang ada je la... sedap gak! Layan le resepi....


Bahan2 :

5 biji telur - direbus dan dikopek kulitnya
2 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
1cm halia - tumbuk
1 biji bawang besar - di hiris
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan cili giling
sedikit air asam jawa
1/4 cawan air
2 sudu besar kicap 
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2 : 

Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk sehingga kekuningan. Masukkan serbuk lada hitam dan cili giling. 

Tumiskan. Masukkkan  air asam jawa, kicap  dan bawang  besar. Masukkan telur rebus yg telah dikelar2 ckit. Kacau sampai pecah minyak.. Masukkan air. 

Masukkan garam dan gula dan rasakan kesesuaian rasanya.Biar hingga agak pekat. Sudah siap bolehlah diangkat. Sedia di hidangkan.


p/s :  Makan berhidang dengan sup sayur... pergh... sedap!


Have a nice day! :)

Thursday, February 26, 2015

Rebung Masak Lemak Cili Api..... Sedap tuh!!

Bersemangat berkobar2 nih... Nak updated blog, buat review dan nak start balik bisnes online yang ala2 nak berkubur nih... boleh ke buat semua sekali tu... kengkadang mood macam nak boring jer..!!

Kelmarin masak lauk kegemaran my hubby.... sekaligus kegemaran semua keluarga jugaklah...anak2 kalau lauk rebung memang diorang suka sangat... sedap tuh, bertambah2 nasi.

Tak larat nak menaip dah... berjam dah menaip nih! So, teruskan jelah ngan resepi ulang tayang....


Bahan2 :

1 mangkuk rebung
Segenggam ikan bilis
12  biji cili api - tumbuk
1 cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
2 cawan santan pekat.
2 keping asam keping
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Rebung  dididihkan dalam periuk bersama bahan tumbuk,ikan bilis dan asam keping. Masukkan juga secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. 

Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Tapi jangan banyak2 nanti x sedap plak. Biarkan mereneh. Kacau perlahan-lahan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. 

Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.


p/s : Sedapnya... teringat2 lagi akan kesedapannya... nanti nak masak lagi lah..


Have a nice day! :)

Wednesday, February 25, 2015

Nak Tubuh Yang Mantap, Ramping Dan Cantik Terletak? .... Pakailah @Undeez

Biasalah sekarang ni orang memandang rupa dan wajah... Wajah nak cantik, badan mesti mantap ramping, cantik dan menggiurkan. Mana nak dapat semua tu...  lemak2 yang tepu kat badan kalau boleh nak sorok. Macam mana nak buat tuh?...

Haaa.... @Undeez boleh buat semua ni...di jamin penampilan anda pasti mantap, ramping, cantik terletak dan meletuppp..... gittew... Korang kena rebut peluang ni.... lebih2 lagi sekarang ni boleh dapat harga promosi .... Jangan lepaskan peluang keemasan nih!
Korang nampak tuh perbezaannya bila pakai nih...terus mantap dan jadi ramping.. ..
Camisole dan Panty dari @Undeez memberikan kesan INSTANT SLIMMING.....
Mari2, tengok dulu kelebihan dan mengapa produk @Undeez nih... jadi pilihan...!! Dia ni BUKAN KORSET tetapi hanya baju dalam jadi taklah menyesakkan dada macam korset. Tak panas, sangat SELESA dan menyerap peluh. Saiz available S hingga XL jadi yang berbadan besar boleh pakai. Diperbuat daripada material yang berkualiti... so tahan lama. Sesuai untuk semua wanita, Sesuai untuk wanita di DALAM PANTANG.... Juga sesuai dipakai setiap hari dan paling penting tiada kesan sampingan.



Di sini kita tengok MAKLUM-BALAS dari pengguna.... Korang boleh pakai produk nih tanpa keraguan lagi..!

💋 "The camisole rasa badan FLAT je, LOVE it sangat sangat!" - Moon, Selangor

💋 "Hi dear just nak bagitahu, I REALLY love your product. Nampak macam tak muat tapi okkkkkk sangat! Sebab material dia stretchable dan SELESA!" - Syirah, N. Sembilan

💋 "Kecik je.. Tapi yess memang SELESA.. Hehe.. Puas hati beliiii. First time saya beli online, PUAS HATI dengan service awak. Gambaran yang baik untuk online shop." - Shahidah, Banting

💋 "So SOFT and PRETTY laaa. Hahaaa major love." - Ju, Kuala Lumpur


💋 "Love itt." - Tasha, Moscow



💋 "SELESA sangat pakai." - Ashikin, Kelantan

💋 "NAMPAK KECIL tapi muat. Pastu bila kita duduk memang TAK BERGULUNG, memang SELESA." - Fida, Subang

💋 "Slap That Tummy panty BESTT. SELESA. TAK PANAS." - Adilah, Melaka

…. dan banyak lagi!

Apa lagi yng korang nak kata.....Penghantaran PERCUMA ... so tak de penambahan bayaran... Customer service TERBAIK!!... so di jamin sampai esok... Maklum balas pun bagus... 99.99% maklum balas POSITIF tuh!!

~ Pandanglah lihatlah... tiru macam saya.... ehemmmm.... ehemmmm.... ~


Have a nice day! :)

Tuesday, February 24, 2015

Nasi Goreng Cili Api Bersama Kobis

Ari ni rasa nak demam plak... Bukan boleh jangka. Kiranya aku dah elok je jaga diri, minum air banyak2... tekak dah perit, hidung dah berair dan kepala pun tingtong sikit..... Huwaaaa.. letihhh... nak wat camne?

Ari ni resepi yang nak di share cuma nasi goreng jer... Mudah jer ari ni....lepas ni telan panadol dan nak tidur rehatkan badan dan minda....



Bahan2:

2 mangkuk nasi 
1/4 dari sebiji kobis sederhana besar
2 sudu besar ikan bilis - goreng
1 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - cincang
12 biji cili api - tumbuk lumat
2 biji telur
2 sudu makan kicap
Sedikit minyak masak
gula dan garam secukup rasa

Cara2 :

Tumis bawang besar, bawang putih. Bila dah kekuningan, masukkan cili api tumbuk. Goreng sampai agak wangi dan berbau menyengat. 

Masukkan kobis yg telah dipotong dan dibersihkan. Biar sedikit masak. Lepas tu masukkan telur dan kacau2kan sebati. Masukkan nasi dan kicap. Kacau rata. 

Perasakan dengan garam dan gula.  Masukkan ikan bilis goreng. Kacau rata dan sekata... Bila dah siap bolehlah dihidangkan. 



p/s : Hidangan tunggal, tak payah lauk lain...tp aku suka makan ngan cili sos...


Have a nice day! :)

Sunday, February 22, 2015

Asam Pedas Sardin Bersama Kentang

Cuti raya cina ni macam biasa... berniaga dan terus berniaga... tak tutup pun... cuma aku pergi berniaga kejap2 jer.. Anak bujang aku lah yang jaga.. aku tolong2 dan gantikan bila dia ada hal atau nak cuti.

Kat pasar pun bukan nye ada apa kat pasar tu... ikan pun dah pecah perut dan mata merah... x selera. Baik makan sardin dalam tin jer... Resepi biasa jelah tepek je la kat sini.... Gambar original dari dapur annurbeauty...hihi!


Bahan2 : 

1 tin kecil Sardin
3 biji kentang
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1cm halia
1cm isi kunyit
21/2 sudu besar cili giling
1 sudu besar pes asam jawa
21/2 cawan air
Sedikit minyak
Gula dan garam secukup rasa

Cara2 :

Kentang di buang kulit dan di potong enam bahagian. Bawang merah, bawang putih, halia dan isi kunyit di tumbuk lumat. 

Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah agak kekuningan, masukkan cili giling, pes asam jawa dan 1/2 cawan air.

Masak sampai pecah minyak dan agak garing. Masukkan lebihan air. Bila mendidih masukkan kentang. Masak lagi sampai kentang empuk dan masukkan sardin serta kuahnya sekali. 

Perasakan dengan gula dan garam. Biarkan sebentar. Agak2 dah nk mendidih lagi bolehlah diangkat.



p/s : Masak apa yang ada di dapur je... lepas tu goreng ikan sepat masin... sedap je!


Have a nice day! :)

Wednesday, February 18, 2015

Kacang Buncis Tumis Goreng....

Updated blog lagih... walau masakan yg simple je pun... Janji mesti selalu ada n3 kan2.. Semestinya n3... resepi dan gambar yang original... x gitttew!!

Kacang buncis dulu2 orang kampung aku panggil kacang pen... agaknya bentuknya sikit2 macam pen la tuh! Orang bandar bagi nama kacang buncis sebab banyak buncit2 lah tu... ha..ha.. ha..


Bahan2 :

Secekak kacang buncis 
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih 
1/2 tangkai cili merah 
6-7 ekor ikan bilis
1 sudu makan sos tiram
sedikit minyak masak
1/4 cawan air
1/4 kiub pati ayam (jika suka)

garam dan gula secukup rasa

Cara :

Kacang buncis dipotong2 menyerong. Bawang merah, bawang putih dan cili merah dihiris2.Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih , cili  merah dan ikan bilis bersama-sama.


 Bila dah kekuningan, masukkan kacang buncis. Masukkan juga sos tiram dan air. Biarkan mendidih dan perasakan  dengan garam dan gula. 

Sedia dihidangkan....



p/s : Sejenis hidangan sayur yg berkhasiat...jadilah!


Have a nice day! :)

Monday, February 16, 2015

Pajeri Nenas..... peberet tuh!

Antara masakan peberet kami sekeluarga.... selalu buat dan biasa buat. Sedap.. siap bertambah2 nasi anak2 aku..hehe!

Dah pernah update n3 tentang pajeri ni kat blog... antara masakan terawal yg telah aku updated. Nak betul2 sedap ... nenas mesti yangsederhana masak.. tak muda dan tak terlalu masak...

Kalau muda, gulai akan jadi masam dan kalau masak plak masakan akan jadi terlalu manis, banyak berair dan cepat basi.

Untuk memudahkan semua ... aku letak gak resepi untuk kesekian kalinya....


Bahan2 :

1 biji nenas
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu makan ikan bilis
1 paket kecil serbuk kari kari ikan
1 paket kecil kerisik
1 sudu makan cili giling
2 cawan santan
1/2 cawan air
Sedikit rempah ratus ( kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang)
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Nenas di buang kulit,  dibersihkan dan dipotong-potong . Bawang merah, bawang putih, halia ditumbuk lumat. Tumbuk juga ikan bilis separuh lumat.  

Tumiskan rempah ratus bersama bahan tumbuk. Bila dah wangi, masukkan cili giling. Masukkan pula serbuk kari dan air. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan  kerisik dan santan. 

Bila dah dah mendidih masukkan nenas. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Bila  dah agak nak kering kuahnya, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Bahan2 :

1 biji nenas
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu makan ikan bilis atau udang kering
1 paket kecil serbuk kari kari ikan
1 paket kecil kerisik
1 sudu makan cili giling
2 cawan santan
1/2 cawan air
Sedikit rempah ratus ( kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang)
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Nenas di buang kulit,  dibersihkan dan dipotong-potong . Bawang merah, bawang putih, halia ditumbuk lumat. Tumbuk juga ikan bilis separuh lumat.  

Tumiskan rempah ratus bersama bahan tumbuk. Bila dah wangi, masukkan cili giling. Masukkan pula serbuk kari dan air. Tumis sampai pecah minyak. 

Masukkan  kerisik dan santan. Bila dah dah mendidih masukkan nenas. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 

Bila  dah agak nak kering kuahnya, bolehlah diangkat dan dihidangkan.


p/s : Biasanya lauk iringan... ikan kembung goreng jer.


Have a nice day! :)

Saturday, February 14, 2015

Paprik Ayam Sempoi....!

Dah asyik2 gantung periuk ngan kuali je dek sibuk sangat ngan berniaga dan ber blog.... Balik kerja semalam cari bahan2 untuk masak lauk nih.... 

Letih betul la... so,  ku potong2, ku hiris semua sayur dan main campak2 jer dalam kuali.... Sempoi jer..dah siap...hehe! Hubby kata.. klau masak ceggini selalu kan bagus... bagus pada dia.... balik kerja sama2... di bolehla tengok tv... aku... singsing lengan baju bertapa kat dapur memasak..!!  

Dah siap masak... aku baru nak mandi dan berkemas bagai... dia dah abis makan dan nak masuk tidur. Aku jugak yang tidur paling lambat kul 12 lebih... mana tahan!!

Okey...okeylah... xyah berceloteh panjang... kita layannnn!!!

Bahan2 :

Beberapa keping ayam - potong kecil
1/2 batang lobak merah
4 tangkai kacang panjang
sedikit bunga kobis
2 batang putik jagung
1 biji cii merah
1 biji bawang besar
1 biji tomato - dibelah 6
4 helai daun limau purut - dicarik2
1 batang serai - diketuk
3 biji cili api - diketuk
3 ulas bawang putih - diketuk
1 ketul kiub tomyam
1 sudu besar kicap
6 sudu besar sos cili
2 sudu sos tiram
1/2 cawan air
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan serai hingga berbau wangi. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan lobak merah, kicap, sos cili dan sos tiram. Masak sehingga mendidih.

Masukkkan sayur2, cili merah dan cili api. Kemudian masukkan sedikit air. Biarkan mendidih lagi. Apabila dah mendidih, masukkan daun limau purut, bawang besar dan tomato. Kacau rata. 

Perasakan dengan garam dan gula. Dah masak, bolehlah dihidangkan.



p/s : Selesai masak.... makan jelah.. dengan sambal belacan tomato...sedap!


Have a nice day! :)

Thursday, February 12, 2015

Undeez : Boleh dipercayai.... Wajar dimiliki ....Semua yang bergelar wanita!!!



Satu jenama produk yang boleh dipercayai.... Wajar dimiliki ....Semua yang bergelar wanita Undeez... specialize for undergament & innerwear. Wajib beli undeez ni untuk yang ingin kelihatan ala-ala perempuan melayu terakhir... Jom jom.... scroll entry ni dan anda pasti tertarik untuk memilikinya.... dan memakainya... dijamin penampilan anda pasti mantap dan meletup..... kebabommmmmm!!!

Antara produk  undeez....

a. Black Knight Camisole
 Harga: RM49.00 sahaja
(penghantaran percuma0
Warna: Hitam sahaja
 Size: S, M, L, XL

Ia bukan sejenis korset. Tidak menyesakkan dada, sangat selesa, tetapi memberi efek seperti korset. Bersaiz kecil je tetapi stretchable dan menyerap peluh. Ia menahan lebihan lemak dari terkeluar/ternampak di seluruh badan. Sesuai untuk wanita lepas bersalin (dalam pantang) dan untuk wanita menyusu (kerana bahagian atasnya tidak ketat). Juga sesuai di pakai seharian. 

b. Slap-THAT-Tummy Slimming Panty


 Harga: RM24.00 sahaja 
(penghantaran percuma)
 Warna: Hitam, Cream, Red, Dark Pink, Candy Pink
 Size: S,M, L, XL

Sangat selesa, bersaiz kecil tetapi stretchable dan  menyerap peluh. Dapat menahan lebihan lemak dari terkeluar/ternampak di bahagian love handle/muffin top (bahagian pinggang wanita). Sesuai untuk wanita lepas bersalin (dalam pantang) dan sesuai juga untuk wanita menyusu (kerana bahagian atasnya tidak ketat) Sesuai sangat di pakai seharian. Review 99% reaksi yang positif dari pemakai.

c. Seamless Panty


Harga: RM24.00 sahaja
 (penghantaran percuma)
 Warna: Hitam, Cream, Baby Blue, Baby Pink dan Dark Purple
 Size: S,M, L

Sangat selesa memakainya. Tiada “panty line” semasa memakai maksudnya tiada garisan diluar pakain. Sesuai di pakai seharian.

 Innerwear
Inner magic, Inner ninja, Inner bersilang, Inner glitter, Headband, Plain hand socks, Lace hand socks, Hand socks ibu jari, Socks, Sports Socks, Formal socks for men, Bamboo socks, etc

Harga murah 
(banyak pilihan dibawah RM20.00)
penghantaran percuma

Innerwear undeez mempunyai  banyak pilihan serta warna. Semuanya sangat selesa, lembut dan menyerap peluh. Sesuai di pakai seharian kerana ia cantik terletak je kepada si pemakai.


PROMOTION



Tempoh: 10 Feb 2015 - 14 Feb 2015 (dilanjutkannya hingga 20 February 2015)

Black Knight Camisole & Slap-THAT-Tummy Slimming Panty dengan harga RM60.00 sahaja 
(Save RM13.00, penghantaran percuma)


Haaaaaa..... ini dia maklum balas dari mereka2 yang telah menggunakan dan memakainya...

99% maklum balas POSITIF terhadap Black Knight Camisole dan Slap-THAT-Tummy Panty:

💋 "Kecik je.. Tapi yess memang selesa.. Hehe.. Puas hati beliiii. First time saya beli online, puas hari dengan service awak. Gambaran yang baik untuk online shop." - Shahidah, Banting

💋 "So soft and pretty laaa. Hahaaa major love." - Ju, Kuala Lumpur

💋 "Love itt." - Tasha, Moscow

💋 "Selesa sangat pakai." - Ashikin, Kelantan

💋 "Nampak kecik tapi muat. Pastu bila kita duduk memang tak bergulung, memang selesa." - Fida, Subang

💋 "Slap That Tummy panty bestt. Selesa. Tak panas." - Adilah, Melaka

Undeez.... boleh di lawati di laman web www.undeez.com.my di instagram @undeez....di FB fb.com/undeez.com.my. Juga boleh di hubungi whatssap 019-343 5392.

Keistimewaan undeez yang jarang ada pada yang lain. Penghantaran percuma pada hari yang sama atau keesokan harinya. Terima order 1-2 hari selepas pembayaran. Respon yang cepat. Customer service terbaik. Trusted seller and ready stock.

p/s : Apa tunggu lagi... jangan lupa membeli, yer!..... muahhhhh3...!!!


Have a nice day! :)

Wednesday, February 11, 2015

Masak Tumis Sayur Kobis Panjang

Huhu.... Semenjak skrg ni aku rasa dah semakin berkolaborasi ngan blog2 aku nih.... Dah macam2 yang aku selidik dan bongkar mengenai buat blog dapat duit, duk di rumah dapat duit dengan blog, job di rumah danmacam2 lagikkkkk!!

Nantilah..... akan aku pelajari dan fahami satu persatu.... secepat yang boleh. Bolehlah aku berkerjaya dari rumah jerr...hihi!

Okeylah... teruskan dengan acara masak memasak.... resepi kali ni aku masak sayur yang mudah jer...!


Bahan2 :

1/4 dari sebiji kobis panjang
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
beberapa ekor ikan bilis
1 sudu makan sos tiram
1/4 dari 1 ketul kiub pati ayam (jika suka)
1/4 cawan air
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2:

Kobis panjang  di potong2 dan dibersihkan. Bawang merah, bawang putih dihiris halus, Cili merah dipotong serong.  

Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis. Masukkan sos tiram dan kobis panjang. Masukkan air dan pati ayam. 

Masak hingga mendidih. Sesuaikan rasa garam dan  gula. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.



p/s : Mudah disiapkan....!

Have a nice day! :)

Sunday, February 8, 2015

Masak Lemak Cili Api Sayur Keladi

Bila masak je gulai sayur keladi ni, automatik je aku teriangat cerita nih... " nasi malukut sayur keladi untuk bondaku si ikan kaloi..." siap terbayang nyanyi kt tepi perigi panggil ikan kaloi...hehe.!

Kuat gak lah penangan cerita tu kat aku... kiranya sayur keladi tu kegemaran mak dia lah yer...

Masakan ni aku buat bila pun dah lupa dah... sebab dah banyak gambar masak2 aku yang aku kumpul.... Tak pe...tak pe... ada masa nanti akan ku share kan di sini satu persatu...

Uhhhh...Macam biasa...lemak cili api ni kegemaran hubby.. suka dia bila aku cakap nak masak lemak sayur keladi nih.. rencah ngan ikan bilis jerrr.!


Bahan2 :


5 pokok batang keladi
15  biji cili api - tumbuk
1/2 genggam ikan bilis - dibersihkan
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Batang keladi dipotong2 dan dibersihkan. Selepas  itu batang keladi direbus dan ditoskan airnya dan disiram dengan air. Ini untuk membuang getahnya yg gatal. 

Masukkan bahan tumbuk, ikan bilis dan serai yang telah dititik kedalam periuk. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. 

Bila dah mendidih, masukkan batang keladi yg telah direbus dan secawan lagi santan pekat. Masukkan juga asam keping. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. 

Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.


p/s : Memang sedap.... lauk iringan ikan kembung goreng dan petai jeruk... walla!


Have a nice day! :)

Thursday, February 5, 2015

Telur Dadar Bersambal

Korang nak tau.... inilah antara masakan paling mudah dan cepat aku sediakan bila dah penat dan lapar sangat waktu  balik dari kerja memalam tuh....

Hihi.... hubby ngan anak2 suka.... the very2 simple nih...tp I tak suka u... sob sob! Sanggup  makan nasi ngan kicap tuh! Tekak masing2 kan..,!

Apa2 pun korang boleh cuba...kalau nak..!


Bahan2 : 

2 biji telur
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu makan cili giling
1 keping asam keping
1/2 cawan air
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Telur dpecahkan dalam bekas, di bubuh secubit garam, dpukul sedikit dan di goreng buat telur dadar. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar di mayang halus. 

Tumis bahan tumbuk. Bila dah kekuningan massukkan cili giling. Goreng sampai wangi. Masukkan asam keping, air dan bawang besar. Tumis sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula. 

Selepas tu bolehlah di angkat dan dituang di atas telur dadar.  Sedia dihidangkan untuk di makan.


p/s :  Lauk biasa jerr...!


Have a nice day! :)

Monday, February 2, 2015

Vegetable Soup With Fish Cake

Kelmarin masak ni je.... Beberapa hari nih hampir satu rumah tak berselera makan... Semuanya menunjukkan ciri2 nak demam, batuk2 dan selsema.

Akupun terjangkit sekali la pulak... so, tak larat nak telan yang pedas dan beminyak. Kiranya sup ni sangat2 sesuai untuk kami sekeluarga... 

Waktu ni dah minum air banyak2 dan makan ubat... nasib baik tanda2 demam tu tak melarat....alhamdulillah!!


Bahan2 :

2 pokok sawi
1 paket cendawan
1/2 batang carot
1 ketul kecil bunga kobis
1 paket putik jagung
1 biji tomato
2 batang fish cake
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 pokok daun sup
1 paket sup bunjut
1 ketul kiub ayam
1/2 sudu  teh serbuk lada hitam
Sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
Air sebanyak mana yang disukai
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Fish cake di potong kecil. Sawi, putik jagung, bunga kobis, daun sup, daun bawang dan carot di di potong2. Cendawan pula di siat2dan tomato dibelah empat. 

Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat. Panaskan minyak masak. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang bersama bahan tumbuk.

Bila dah kekuningan, masukkan sedikit air, sup bunjut, kiub ayam  dan serbuk lada hitam.  Renehkan sekejap, tambahkan air lagi. Masukkan fish cake, bunga kobis, putik jagung, carot dan cendawan. 

Didihkan seketika. Masukkan sawi dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula. Bila sawi dan tomato dah agak2 nak layu masukkan daun sup. Lepas tu bolehlah terus diangkat. 


p/s : Bolehla untuk  org yang sakit tekak dan rasa nak demam. Lauk iringan...telur asin dan kicap jew!


Have a nice day! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...