Just Klik!

Wednesday, February 11, 2015

Masak Tumis Sayur Kobis Panjang

Huhu.... Semenjak skrg ni aku rasa dah semakin berkolaborasi ngan blog2 aku nih.... Dah macam2 yang aku selidik dan bongkar mengenai buat blog dapat duit, duk di rumah dapat duit dengan blog, job di rumah danmacam2 lagikkkkk!!

Nantilah..... akan aku pelajari dan fahami satu persatu.... secepat yang boleh. Bolehlah aku berkerjaya dari rumah jerr...hihi!

Okeylah... teruskan dengan acara masak memasak.... resepi kali ni aku masak sayur yang mudah jer...!


Bahan2 :

1/4 dari sebiji kobis panjang
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
beberapa ekor ikan bilis
1 sudu makan sos tiram
1/4 dari 1 ketul kiub pati ayam (jika suka)
1/4 cawan air
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2:

Kobis panjang  di potong2 dan dibersihkan. Bawang merah, bawang putih dihiris halus, Cili merah dipotong serong.  

Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis. Masukkan sos tiram dan kobis panjang. Masukkan air dan pati ayam. 

Masak hingga mendidih. Sesuaikan rasa garam dan  gula. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.



p/s : Mudah disiapkan....!

Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...