Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Tuesday, February 24, 2015

Nasi Goreng Cili Api Bersama Kobis

Ari ni rasa nak demam plak... Bukan boleh jangka. Kiranya aku dah elok je jaga diri, minum air banyak2... tekak dah perit, hidung dah berair dan kepala pun tingtong sikit..... Huwaaaa.. letihhh... nak wat camne?

Ari ni resepi yang nak di share cuma nasi goreng jer... Mudah jer ari ni....lepas ni telan panadol dan nak tidur rehatkan badan dan minda....



Bahan2:

2 mangkuk nasi 
1/4 dari sebiji kobis sederhana besar
2 sudu besar ikan bilis - goreng
1 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - cincang
12 biji cili api - tumbuk lumat
2 biji telur
2 sudu makan kicap
Sedikit minyak masak
gula dan garam secukup rasa

Cara2 :

Tumis bawang besar, bawang putih. Bila dah kekuningan, masukkan cili api tumbuk. Goreng sampai agak wangi dan berbau menyengat. 

Masukkan kobis yg telah dipotong dan dibersihkan. Biar sedikit masak. Lepas tu masukkan telur dan kacau2kan sebati. Masukkan nasi dan kicap. Kacau rata. 

Perasakan dengan garam dan gula.  Masukkan ikan bilis goreng. Kacau rata dan sekata... Bila dah siap bolehlah dihidangkan. 



p/s : Hidangan tunggal, tak payah lauk lain...tp aku suka makan ngan cili sos...


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...