Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Monday, February 16, 2015

Pajeri Nenas..... peberet tuh!

Antara masakan peberet kami sekeluarga.... selalu buat dan biasa buat. Sedap.. siap bertambah2 nasi anak2 aku..hehe!

Dah pernah update n3 tentang pajeri ni kat blog... antara masakan terawal yg telah aku updated. Nak betul2 sedap ... nenas mesti yangsederhana masak.. tak muda dan tak terlalu masak...

Kalau muda, gulai akan jadi masam dan kalau masak plak masakan akan jadi terlalu manis, banyak berair dan cepat basi.

Untuk memudahkan semua ... aku letak gak resepi untuk kesekian kalinya....


Bahan2 :

1 biji nenas
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu makan ikan bilis
1 paket kecil serbuk kari kari ikan
1 paket kecil kerisik
1 sudu makan cili giling
2 cawan santan
1/2 cawan air
Sedikit rempah ratus ( kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang)
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Nenas di buang kulit,  dibersihkan dan dipotong-potong . Bawang merah, bawang putih, halia ditumbuk lumat. Tumbuk juga ikan bilis separuh lumat.  

Tumiskan rempah ratus bersama bahan tumbuk. Bila dah wangi, masukkan cili giling. Masukkan pula serbuk kari dan air. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan  kerisik dan santan. 

Bila dah dah mendidih masukkan nenas. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Bila  dah agak nak kering kuahnya, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Bahan2 :

1 biji nenas
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu makan ikan bilis atau udang kering
1 paket kecil serbuk kari kari ikan
1 paket kecil kerisik
1 sudu makan cili giling
2 cawan santan
1/2 cawan air
Sedikit rempah ratus ( kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang)
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Nenas di buang kulit,  dibersihkan dan dipotong-potong . Bawang merah, bawang putih, halia ditumbuk lumat. Tumbuk juga ikan bilis separuh lumat.  

Tumiskan rempah ratus bersama bahan tumbuk. Bila dah wangi, masukkan cili giling. Masukkan pula serbuk kari dan air. Tumis sampai pecah minyak. 

Masukkan  kerisik dan santan. Bila dah dah mendidih masukkan nenas. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 

Bila  dah agak nak kering kuahnya, bolehlah diangkat dan dihidangkan.


p/s : Biasanya lauk iringan... ikan kembung goreng jer.


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...