Just Klik!

Monday, February 2, 2015

Vegetable Soup With Fish Cake

Kelmarin masak ni je.... Beberapa hari nih hampir satu rumah tak berselera makan... Semuanya menunjukkan ciri2 nak demam, batuk2 dan selsema.

Akupun terjangkit sekali la pulak... so, tak larat nak telan yang pedas dan beminyak. Kiranya sup ni sangat2 sesuai untuk kami sekeluarga... 

Waktu ni dah minum air banyak2 dan makan ubat... nasib baik tanda2 demam tu tak melarat....alhamdulillah!!


Bahan2 :

2 pokok sawi
1 paket cendawan
1/2 batang carot
1 ketul kecil bunga kobis
1 paket putik jagung
1 biji tomato
2 batang fish cake
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 pokok daun sup
1 paket sup bunjut
1 ketul kiub ayam
1/2 sudu  teh serbuk lada hitam
Sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
Air sebanyak mana yang disukai
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Fish cake di potong kecil. Sawi, putik jagung, bunga kobis, daun sup, daun bawang dan carot di di potong2. Cendawan pula di siat2dan tomato dibelah empat. 

Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat. Panaskan minyak masak. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang bersama bahan tumbuk.

Bila dah kekuningan, masukkan sedikit air, sup bunjut, kiub ayam  dan serbuk lada hitam.  Renehkan sekejap, tambahkan air lagi. Masukkan fish cake, bunga kobis, putik jagung, carot dan cendawan. 

Didihkan seketika. Masukkan sawi dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula. Bila sawi dan tomato dah agak2 nak layu masukkan daun sup. Lepas tu bolehlah terus diangkat. 


p/s : Bolehla untuk  org yang sakit tekak dan rasa nak demam. Lauk iringan...telur asin dan kicap jew!


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...