Just Klik!

Monday, March 30, 2015

Gulai Betik Lemak Kuning

Satu hari tu my hubby bawak balik sebiji betik muda, kecik je betik tu... muda benar plak tu. Nak masak lemak kuning katanya. Ikutkan ajelah.

My hubby tolong buangkan kulit dan hiris2kan betik tu... So, aku pun masakkan lah betik tu. Not bad.. sedap jugaklah, masak sayur ni.

Cuma sayur ni tak bolehlah buat pedas macam masak lemak cili api yang biasa... nanti hilang plak kemanisan sayur betik tu.

Okeylah.. kita layan gambar dan resepi...


Bahan2 :
1 biji betik muda
Segenggam ikan bilis
7  biji cili api - tumbuk
1/2 cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Betik muda dibuang kulit, diracik nipis dan dibersihkan. Lepas tu didihkan dalam periuk bersama bahan tumbuk dan ikan bilis. Masukkan juga secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. 

Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Tapi jangan banyak2 nanti x sedap plak. Biarkan mereneh. Kacau perlahan-lahan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. 

Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.


p/s : Cantik je my hubby racik2 betik muda tu...hehe!



Have a nice day! :)

Saturday, March 28, 2015

Puding Roti Kukus

Ni haaaa..... ada roti burger nih, tergolek2 tunggu expired....  Ada masa ni, aku pun try la buat roti kukus. Masa tu.. mintak2  menjadi la...

Hmm.... alhamdulillah menjadi dengan cantiknya... sedap plak tu. Hubby pun x caya roti burger dah jadi kueh. Hehe... !

Resepi ambik dari dari blog nih.... Cuma tukar kepingan roti dengan roti buat burger tu.


Bahan-bahan
5 ketul roti burger
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis
Cara2:
Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata. Sapu butter pada roti, potong kecil2.
Tuang adunan ke atas roti  dan gaul lebih kurang. Isi dalam loyang yang telah di sapu butter. Tabur kismis.
Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

p/s : Huhu.... sedap tu. Nak buat lagi nanti...hihi!

Have a nice day! :)

Thursday, March 26, 2015

Bihun Goreng Pedas


Hari minggu lepas... nak keluar tengahari... so, pagi2 tu aku buat bihun goreng. Sarap sekali ngan makan tengahari sekali. Malam nanti belilah makanan bungkus. Takkan sempat nak masak lagi dah... busy.... busy!

Jadilah... janji selesai kitaorang punya kerja. Nak cepat, ambik gambar pun tergesa-gesa. Layan je lah resepi huru-hara nih...!


Bahan2  :

1 paket bihun
12 ekor ikan bilis
2 pokok sawi
2 keping tauhu
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar cili giling
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu makan pes asam jawa
1/4 cawan air
3 sudu besar kicap pekat
2 biji telur
minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa


Cara2 :


Bihun direndam selama 15 minit dan ditoskan. Sawi di potong2 dan dibersihkan. Tauhu dipotong kecil. Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat. Ikan bilis ditumbuk separuh lumat.

Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk termasuk ikan bilis. Bila dah nampak kekuningan, masukkan cili giling. Tumiskan sampai agak2 garing. Masukkan  sos cili, sos tiram, 1 sudu kicap pekat dan 1/4 cawan air dan pes asam jawa. Masukkan juga tauhu. Kacau2... 

Selepas itu masukkan sawi. Bila dah agak2 layu sikit, pecahkan telur. Gaul2kan sebati. Masukkan bihun dan kacau. Selepas tu masukkan 2 sudu  kicap pekat lagi. Perasakan dengan garam dan gula. Gaul rata2 sampai semuanya bergaul dengan sebati. Dah siap... bolehlah dihidangkan dengan cili padi jeruk jika suka pedas...!


p/s : Sedap jugaklah... puashati!!!


Have a nice day! :)

Tuesday, March 24, 2015

Gulai kari Ikan Tongkol

Antara gulai peberet aku sekeluarga... Berulangkali buat lauk nih.. Sedap, senang dan menepati selera..

Orang perempuan ni celik je mata mesti fikir pasal masak. Apa yang nak di makan seharian.. cukup tak makanan tu... heyyyuh!

Lepas ni nak pergi beli barang dapur.. banyak barang dah xde..  x nak membebel lagi...

Okeylah layan...



Bahan2 :


1 ekor ikan tongkol saiz sederhana
7 biji bendi 
1 biji tomato
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih 
1 cm halia 
2 sudu makan cili giling 
1 pkt kecil serbuk kari
1 sudu makan pes asam jawa
1 cawan air
2 cawan santan pekat
minyak secukupnya
gula dan garam secukup rasa
sedikit daun kari

Cara :

Ikan tongkol dipotong2 dan dibersihkan. Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat. Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. 

Tumis sampai agak garing. Masukkan pes asam jawa dan secawan air. Masukkan serbuk kari sekali. Tumis bahan2 sampai garing. Lepas tu masukkan 1 cawan air dan 1 cawan santan. 

Masukkan juga bendi dan ikan tongkol. Masak sampai mendidih. lepas tu masukkan 1 cawan santan lagi. Perasakan juga dengan garam dan gula. 

Biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan tomato sekejap.Bolehlah diangkat dan dihidangkan.



p/s ; Hmmm.. ulang tayang lagi..!

Have a nice day! :)

Monday, March 23, 2015

Telur Dadar Campur Daun Kunyit, Bawang Merah Dan Cili Api

Lauk iringan yang biasa2 je. Aku suka sangat goreng telur dadar cenggini.... baunya harum sedap dengan adanya daun kunyit dan bawang merah.

Ada plak cili api yang dihiris halus di dalamnya. Bila tergigit terasa pedasnyer tapi sedap. Minum ajelah air walau meleleh air mata... hahaha!

Layannnn..



Bahan2 :

2 biji telur
1 biji bawang besar
1 helai daun kunyit
2 biji cili api
Secubit garam
Minyak masak secukupnya

Cara2 :

Bawang besar di potong dadu kecil. Daun kunyit di hiris halus seperti bunga rampai. Cili api di potong kecil.

Pecahkan telur di dalam bekas. Pukul sebentar dan masukkan bawang, daun kunyit, cili api dan garam. Kacau rata.

Tuangkan ke dalam kuali yang telah dipanaskan bersama minyak masak secukupnya. Dadarkan telur senipis yang boleh dengan menyedok telur  dengan sudu ketepi kuali berulangkali.

Bila sebelah bahagian dah masak, terbalikkan kesebelah bahagian pula. Pastikan kedua2 belah telur garing sepenuhnya.

Dah masak, letak dalam piring dan bolehlah dihidangkan.



p/s : Kalau nak banyak/besar telur dadar... boleh tambah bahan...hmmm, sedappp!


Have a nice day! :)

Sunday, March 22, 2015

Agar-agar Roti Pelangi

Dah agak lama tak buat agar2... Sepeket serbuk agar2 ada terselit di celah2 peralatan dapur. Cuaca panas ni, eloklah buat agar2... Tengok roti ada terletak kat meja...  dah nak expired esoknya.. Eloklah buat agar2 roti.. X gitu...

Godek2lah ... resepi kat internet salin resepi..  mudah, bahan pun sikit je.. tak masaalahnya dah siap salin dah masak.... cari kat internet resepi tu balik tiada yang berpadanan pulak... Eh.. betul ke resepi nih... confuse plak. Nasib jadi...hehe!

Untuk yang empunya resepi thanks... resepi menjadi. Suka resepi ni sebab simple je... x pakai telur, x la muak. Tapi x dapat nak share link awak kat sini.. xhingat betul.. sorry!


Bahan2:

6 keping roti
1 tin susu cair campur air 
jadikan 5 cawan cecair
1 cawan gula
1 paket serbuk agar-agar
pewarna 

Cara2 :

Blend 6 keping roti bersama susu dan air sampai roti benar2 hancur. Tapiskan adunan supaya tiada serpihan roti yang tertinggal.

Masukkan adunan bersama gula dan serbuk agar2 ke dalam periuk. Didihkan adunan sampai mengelegak. Tutupkan api. Bahagikan adunan.dan warnakan ikut warna yang disukai. 

Sediakan loyang. Masukkan adunan berselang seli warna. Tak perlu tunggu adunan sebelumnya keras. Dah siap... sejukkan dalam peti sejuk.

Dah beku, bolehlah dipotong dan dihidangkan.


p/s : Fuyoo... sedap, sejuk kat tekak..hmmm!


Have a nice day! :)

Saturday, March 21, 2015

Lemak Cili Api Ikan Tenggiri Campur Pegaga

Masak lauk ni lagi... dalam sejarah agaknya dah ratusan kali masak lauk nih... Sedap, memang sedap lauk nih... siap menambah nasi berkali2 tu, my hubby.

Sebut pasal pegaga.... ada plak seseorg nak buat video dokumentari pasal jus pegaga dek kerana aku pernah update pasal jus pegaga kat blog nih... ntah dari U mana ntah!

Mula aku nak la... tapi nak ambik video sekali ngan aku tengah buat dan minum jus tu. Leceh la... banyak kerja aku ni, busy.... budak U je... nk charge pun kesian...hmmm... aku tolak la...!

Kita layan la resepi ni utk kesekian kalinya.... hehe!


Bahan2 :

3 ikat pegaga
3 keping ikan tenggiri potong
12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Pegaga dibersihkan dan dibuang  akarnya. Ambil daun dan batang yang lembut sahaja. Ikan tenggiri dibersihkan, digaul garam dan kunyit serta digoreng separuh masak. 

Masukkan pegaga ke dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititik. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. 

Bila dah mendidih, masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan secawan lagi santan pekat. Masukkan juga asam keping. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. 

Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.


p/s: Hmm.... Tak pernah menjemukan lauk nih!


Have a nice day! :)

Thursday, March 19, 2015

Tumis Sardin Dengan Cili Api Campur Kentang

Kelmarin... masak ini ajelah. Nak cepat2 pergi mengemas barang2 ke tempat berniaga. Sedap, pedas dan menyengat.... gitewwww!!

Satu rumah suka sangat lauk nih... cepat je abis... Dah biasa buat ni... dah pernah letak kat blog pun... ulang tayang jer nih!



Bahan2 :

1 tin kecil sardin
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
10 biji cili api
2 biji kentang
1 sudu teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara2 :

Bawang merah, bawang putih dan cili api ditumbuk lumat. Kentang dipotong agak nipis dan digoreng sebentar dan ketepikan.

Sardin diasingkan isi dan kuahnya dan digoreng sekejap. Ketepikan juga.Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi dan garing. Lepas tu masukkkan sedikit air dan pes asam jawa. Kacau sehingga pekat.

Masukkan sardin yg dah digoreng tadi dan kuahnya sekali. Masukkan juga kentang yg telah digoreng.Perasakan dengan garam dan gula. Didihkan sehingga betul2 masak. Kalau terlalu kering boleh taruh ckit air.

Bila semuanya dah dah masak dan rasanya dah okey, bolehlah diangakat dan dihidangkan.


p/s : Masak... masak dan masak... walau resepi ulangan jer..suka aku la..!


Have a nice day! :)

Tuesday, March 17, 2015

Pavlovaku.... Tak Secantik Mana... Rasanya Walla!

Teringin nak makan pavlova yang mewah dengan krim dan buah strawberry yang masak ranum..... Dah kumpul bahan2 dan kirim hubby beli strawberry kat Mydin... aku mula lah mengodek membikin pavlova nih...

Berangan nak buat pavlova mini... senang nak makan.. tak payah potong2 dah. Dah siap bakar.. masa nak mengentel krim bemasaalah... krim tak menjadi... Suruh hubby beli krim lagi... barulah menjadi tapi sememeh... jangan ceritalah...

Okeyla.... walau kureng menjadi... makan sodapp!! Nak tengok n3 pavlova yg aku buat sebelum nih... klik sini.


Bahan2 :

4 biji putih telur
3/4 cawan gula castor (pakai gula pasir~blend je!)
1 sb tepung jagung
1 st cuka makan
1 st esen vanila

Utk topping

Whipping cream secukupnya
Gula pasir~blend (kalau guna cream yg xd gula)
Buah-buahan (pakai strawberry je)

Cara :
Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Pukul sehingga adunan menjadi kembang. Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. 

Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)


Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. 

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk, baru dihias dengan topping

Cara menghias :

Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Letakkan whipping cream kt atas pavlova. Hias ikut kreativiti masing2.

Simpan dalam peti sejuk. Pavlova ni sedap dimakan sejuk.. Sedia untuk dimakan.


p/s : Sedappp... masam, manis bersatu...!!!


Have a nice day! :)

Monday, March 16, 2015

Sambal Petai, Ikan Bilis Sikit Je...

Hmmm.... suka petai! Ada orang tak suka makan sebab bau dia... tapi sekarang ni majoriti ramai yang suka. Itulah sebabnya petai mahal skrg nih!

Kali ni nak buat sambal petai yang betul2 rasa petai je... hehe! Sedap tuh! Resepi macam biasa dah lebih 5-6 kali letak kat blog nih... adjust je mana yg perlu.... xpelah kannnn!

Layannnnn.....!!!
Bahan2 :

3 papan petai 
( di kupas sebiji-sebiji tp belah ckit je 
utk intai takut ada makhluk kt dalamnya)
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu makan cili giling
1sudu makan pes asam jawa
1/2 cawan air
Sedikit ikan bilis - di goreng garing
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Bawang besar dan bawang putih di hiris nipis. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Lepas tu masukkan petai. Goreng lagi sebentar. 

Masukkan pula cili giling. Goreng sampai wap cili berbau semerbak. Masukkan air asam jawa dan tumis sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula. 

Masukkan ikan bilis goreng tadi .Gaul sebati. Selepas tu bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas.... 


p/s : Sedap hingga menjilat jari...!


Have a nice day! :)

Saturday, March 14, 2015

Gulai Taucu Ikan Kembong Bersama Cili Hijau

Kelmarin pergi pasar beli ikan dan sayur sikit... masaklah lebih cikit kali ni...  Kalau tidak, asyik berlauk telur, sardin, telur, sardin... jemu!

Gulai ni anak2 suka sangat.... suka cari kacang taucu tu... sampai berhirup-hirup kuah...huhu! tapi my hubby tak berapa suka... ikut majoriti... makan je la..!



Bahan2 :

4 ekor ikan kembong
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih 
1 cm halia 
1 paket taucu
9 biji cili hijau
1sudu besar pes asam jawa
2 cawan air
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara2 :

Ikan dipotong,dibersihkan dan digoreng. Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus. Cili hijau dibuang bijinya. 

Tumis bawang putih, bawang merah dan halia. Bila kekuningan masukkan taucu. Kacau dan masukkan pes asam jawa dan secawan air. Masukkan pula cili hijau. \

Bila dah mendidih. Masukkan air (Kalau nak banyak kuah, lebihkan air dan tambah sepeket lagi taucu). Bila dah mendidih lagi, masukkan ikan goreng. Perasakan dengan garam dan gula. 

Bila dah siap, boleh dihidangkan.


p/s : Sedap arrh..

Have a nice day! :)

Thursday, March 12, 2015

Asam Pedas Telur Pecah Bersama Kentang

Ha.... ini  aje la lauk makan tengahari kami sekeluarga... Mcm  biasa, tak sempat nak pergi pasar... Hubby ku ni tak suka beli ikan dan simpan beku dalam peti ais lama2. So, inilah jadinya... makan lauk telur ajelah.

So, Kita makan ajelah.. variasi lain dari yang lain... untuk mempelbagaikan masakan... resepi biasa jer... olah balik!

Layan ....


Bahan2 : 

5 biji telur
3 biji kentang
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1cm halia
1cm isi kunyit
21/2 sudu besar cili giling
1 sudu besar pes asam jawa
21/2 cawan air
Sedikit minyak
Gula dan garam secukup rasa

Cara2 :

Kentang di buang kulit dan di potong enam bahagian. Bawang merah, bawang putih, halia dan isi kunyit di tumbuk lumat. 

Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah agak kekuningan, masukkan cili giling, pes asam jawa dan 1/2 cawan air.

Masak sampai pecah minyak dan agak garing. Masukkan lebihan air. Bila mendidih masukkan kentang. Masak lagi sampai kentang empuk.

Pecahkan telur satu persatu secara perlahan2... Kacau dengan lembut agar telur mengeras dengan elok. Biarkan mendidih seketika.

Perasakan dengan gula dan garam. Biarkan sebentar. Agak2 dah nk mendidih lagi bolehlah diangkat.


p/s : Esok lusa nak masak apa la pulak... fikir2... dan fikir!


Have a nice day! :)

Tuesday, March 10, 2015

Nasi Goreng Cili Api Dgn Carot

Nasi goreng ni masak hari sabtu lepas... Masakan yang paling mudah bila tak sempat nak beli barang2 dapur. Ya lah sibuk memanjang.. So masak je la apa yang ada kat dapur tuh

Nasib anak2 tak kisah dan tak cerewet... Apa yang mummy dia masak semua dorang kata sedap jer... aduyai....!


Bahan2:

2 mangkuk nasi 
1 batang carot
2 sudu besar ikan bilis - goreng
1 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - cincang
10 biji cili api - tumbuk lumat
2 biji telur
2 sudu makan kicap
Sedikit minyak masak
gula dan garam secukup rasa

Cara2 :

Tumis bawang besar, bawang putih. Bila dah kekuningan, masukkan cili api tumbuk. Goreng sampai agak wangi dan berbau menyengat.

Masukkan carot yg telah dipotong dan 
dihiris memanjang. Biar sedikit masak. Lepas tu masukkan telur dan kacau2kan sebati. Masukkan nasi dan kicap. Kacau rata. 

Perasakan dengan garam dan gula.  Masukkan ikan bilis goreng. Kacau rata dan sekata... Bila dah siap bolehlah dihidangkan. 


p/s : Masakan yang senang jer nih...!


Have a nice day! :)

Sunday, March 8, 2015

Talam Gula Merah

Teringin nak makan kuih.... Dah berkurun tak buat..hehe! Bukan malas tapi dek kesibukan yang melanda tu lah... Bila ada masa, ada je bahan yang tak cukup...

Kelmarin... bahan dah sedia... bolehlah aku mencuba membuatnya. Akhirnya menjadi lah jugak walau bahagian atas terlembik sikit. Mungkin terlebih bubuh air... aku ni, suka bilas bekas bila ada baki bahan tu... tu la jadinya!

Janji sedap... asal boleh di makan.... anak2 kata okey, kira okeylah... kan anak2 aku tu juri tak bergaji... upah makan je.... hehe! Ingat nak masuk kelas kuih talam la satu hari nanti... bolehla buat cantik2... ni comot je!

Resepi ni ambil dari blog asyifamustaffa.blogspot.com.... sesiapa nak tengok blog tuh ... boleh tengok sini...



BAHAGIAN BAWAH

1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air gula merah ( 1 1/2 cwn gula merah+1/2 cawan gula pasir+1cawan air) dimasak, sejukkan
2 cawan santan cair

BAHAGIAN ATAS

1/2 cwn tepung beras
3 cawan santan
4sdb tepung jagung
1sdk garam
# campur smua bahan dan panaskan sebentar sentiasa digaul sekadar panaskan saja,jgn sampai bergentel.

cara2
sapu sedikit minyak keatas loyang, masukkan bahan A, kukus 10-15 min, gunakan garfu lorekkan atas permukaan lapisan gula merah,kemudian tuangkan bahan yg atas tadi pula. Kukus hingga masak.

Untuk menghasilkan permukaan yg cantik dan rata, penutup kukusan dibungkus dengan kain. Setelah betul2 sejuk baru boleh dipotong.


p/s : Banyak resepi kuih ni kat blog... aku pilih resepi kuih ni sebab resepi ni aje la xde guna air kapur - kapur xde... masa pindah rumah aritu dah buang sebab dah masuk lipas..

Have a nice day! :)

Saturday, March 7, 2015

Masak Lemak Putih Sayur-sayuran

Dua hari lepas my hubby beli macam2 jenis sayur ... nak masak lemak putih katanya. Ada bayam, petola, bunga kobis, tauhu, pucuk tauhu dan soohun...

Masak je la....  kami sekeluarga memang selalu masak sayur, jadi untuk tidak menjemukan kenalah dipelbagaikan  masakan tu... berkhasiat dan sedap gak!

Kita layan ....!


Bahan2 :

1 ikat bayam
1 biji petola
1 paket fucuk tauhu sekali ngan suun
1 keping tauhu
1 biji bawang merah
1 biji cili merah
1/2 helai daun kunyit
sedikit ikan bilis
2 cawan santan
garam dan gula scukup rasa

Cara2 :

Bayam di buang batang keras diambil daun dan pucuknya saja.  Petola dibuang dan dikikis  kulit kerasnya dan di potong2. 

Fucuk dan suun direndam sebentar sehingga lembut, tauhu dipotong dadu. Bawang merah dan cili merah dihiris. daun kunyit di carik2 sahaja. 

Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk. Masukkan juga secawan santan dan secawan air. Didihkan ia  sebentar.

Bila dah mendidih masukkan secawan lagi santan. Di kacau sentiasa dan apabila mendidih lagi, masukkan garam dan gula secukup rasa. 

Dah masak, bolehlah dihidangkan.


p/s : Masakan ulangan je sebenarnya... dah pernah letak resepi ni kat blog.


Have a nice day! :)

Thursday, March 5, 2015

Ikan Bilis Goreng Kicap

Ini lauk tak semenggah yang biasa sangat aku buat bila memalam tak cukup lauk atau tak selera makan...  Selain telur goreng atau telur dadar...... hehe!

Lauk ini jugalah selalunya menjadi penyelamat waktu bersahur di bulan ramadan... kalau dah tak larat nak masak... waktu sahur tuh!

Sedap je kat tekak aku... suka!! Buatnya pun senang...!!! Okeylah kita layan resepi tak boleh belah nih!


Bahan2 :

Ikan bilis - ikut suka sendiri nak banyak mana
Bawang merah - ikut suka jugaklah
Cili api - nak pedas taruh banyak2
Kicap - pun ikutlah mana nak
Minyak masak - ikut kesesuaian ikan bilis tuh

Cara : 

Ikan bilis dibersihkan... Bawang merah dihiris halus. Cili api pun dihiris tapi hiris menyerong. Goreng Ikan bilis bersama minyak sampai separuh garing je... 

Masukkan bawang dengan cili api. Gaul rata2 dan goreng lagi sampai ikan bilis dan bawang sampai garing. Angkat sekali bersama minyaknya tuh... 

Di dalam pinggan percikkan kicap secukup rasa... dah siap, boleh makan bersama nasi.



p/s : Korang nak gelak suka atilah... bukan semua org pandai masak.. haha!



Have a nice day! :)

Monday, March 2, 2015

Macoroni Tuna Bolognaise

Juadah hari minggu ari tu... Anak2 cakap dah lama mummy tak masak. Masak je lah bukannya susah pun. Sebab tak cukup bahan.. guna bahan yang ada ajelah... janji makan.. Jimat bajet pun ada jugaklah.

So... dah makan... taste not bad. Anak2 kata sedap gitu.. Resepi tulis lebih kurang jelah.. busy!


Bahan2  :

1 paket macaroni
1/2 botol sos tomato
1 tin tuna pedas
1/2 batang carot 
1/2 tin cendawan dlm tin
2 biji tomato

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih 
5 biji cili api
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Secubit oregano
1/4 cawan air
Sedikit keju kraft keping2 
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara2 :

Macoroni direbus dan ditoskan airnya. Bawang besar, bawang putih, tomato, carot dan cendawan di potong dadu kecil2. Cili api dihiris halus. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili api. Bila dah naik bau, Masukkan sos tomato. Kacau2 sebati. Masukkan juga carot, cendawan dan tomato. Teruskan digaul sebati. 

Masukkan serbuk lada hitam dan oregano. Selepas tu masukkan tuna pedas. Tambahkan air serta garam dan gula secukup rasa. Masukkan kepingan keju disiat kecil2, Kacau sehingga mendidih dan semua bahan betul2 sebati. Bolehlah diangkat

Untuk hidangan... taruh macoroni kedalam pinggan dan letakkan kuah tadi. Lepas tu bolehlah ditaburkan lebihan keju yang telah disiat2 kecil. Sedia untuk di makan.


p/s : Bolehlah tu, macoroni bercitarasa melayu...!


Have a nice day! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...