Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Tuesday, March 17, 2015

Pavlovaku.... Tak Secantik Mana... Rasanya Walla!

Teringin nak makan pavlova yang mewah dengan krim dan buah strawberry yang masak ranum..... Dah kumpul bahan2 dan kirim hubby beli strawberry kat Mydin... aku mula lah mengodek membikin pavlova nih...

Berangan nak buat pavlova mini... senang nak makan.. tak payah potong2 dah. Dah siap bakar.. masa nak mengentel krim bemasaalah... krim tak menjadi... Suruh hubby beli krim lagi... barulah menjadi tapi sememeh... jangan ceritalah...

Okeyla.... walau kureng menjadi... makan sodapp!! Nak tengok n3 pavlova yg aku buat sebelum nih... klik sini.


Bahan2 :

4 biji putih telur
3/4 cawan gula castor (pakai gula pasir~blend je!)
1 sb tepung jagung
1 st cuka makan
1 st esen vanila

Utk topping

Whipping cream secukupnya
Gula pasir~blend (kalau guna cream yg xd gula)
Buah-buahan (pakai strawberry je)

Cara :
Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Pukul sehingga adunan menjadi kembang. Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. 

Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)


Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. 

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk, baru dihias dengan topping

Cara menghias :

Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Letakkan whipping cream kt atas pavlova. Hias ikut kreativiti masing2.

Simpan dalam peti sejuk. Pavlova ni sedap dimakan sejuk.. Sedia untuk dimakan.


p/s : Sedappp... masam, manis bersatu...!!!


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...