Just Klik!

Sunday, April 5, 2015

Apam Susu

Semalam buat nih.... Jadilah jugak. Boleh di makan oleh seisi keluarga. Godek2 resepi blogger yang meletup top tu... yang gambar dia cantik sesangat tuh. Aku x reti buat macam tu... ambik gambar sesedap rasa jer....

Hmmm... sekejap jer... dah abis. Ramai dah org buat apam nih... aku baru terhegeh2 buat. Resepi ni aku copy dari blog azlita masam manis.... Resepi oleh Sabrina Khan.... Rujukan dari Nana Aboy.

Kita layan......!!!


Bahan2...

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovellete
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung
Pewarna yang di sukai

Cara2 :


Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam. Mula-mula satukan tepung bersama baking powder kemudian di ayak. Ketepikan. Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovellete dan esen vanilla.

Kemudian putar sampai gebu dan adunan bertukar ke warna putih. Masukkan susu pekat manis. Putar lagi hingga sekata. Tambahkan pula minyak jagung dan putar lagi. Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi.

Kaup balik adunan rata. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna. Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang di sukai jika suka. Gaul rata.

Sediakan loyang 8 inc dan sapukan mentega pada loyang. Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis. Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit

Angkat apam setelah masak. Keluarkan dari loyang. Potong bila ianya telah sejuk.

* tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya wap air tidak jatuh atas apam.


p/s : Minyak jagung xde.... aku belasah je minyak masak...hihi!


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...