Breaking

Thursday, May 21, 2015

Thursday, May 21, 2015

PERIA GORENG

Haiyya... bisnes online ni baru nak mula.... belum lagi sales terpaksa huru-hara tuh! Hari2 memang ngadap laptop tapi tak sempat updated blog nih! Tu la dia....

Kali ni nak share resepi mudah...... yang aku sorang je suka.... hubby ngan anak2 memang tak suka...Haha... mencebik dorang bila tengok lauk ni terhidang....

Xpe2... ramai lagi yg suka... kat luar tu ramai penggemar nih! Layannn.....


Bahan2 :

1 biji peria sederhana besar
3 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan serbuk kari
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya

Cara2 :

Hiris peria nipis2. Buang biji dan empulur yang warna putih2 tu. Rendam dengan air garam lebih kurang 15 minit. Lepas  tu basuh 2-3 kali utk membuang masin tu.

Gaul peria dgn tepung beras, tepung gandum dan serbuk kari. Gaul biar semua bahan tu bersalut dgn peria. Goreng dgn minyak panas sehingga garing.

Dah masak bolehlah dihidangkan dgn nasi panas dan kari ikan....


p/s ; Utk yg tak suka tu, biasalah... pada penggemar peria...uhhh marveless!!


Saturday, May 16, 2015

Saturday, May 16, 2015

SPAGHETTI CARBONARA WITH SAUSAGE

Sekarang ni cuti semester.... anak2 semua ada kat rumah. Hari2 masak banyak2, tak cukup je lauk. Dah jemu yang tu je.. anak2 mintak masak western plak...

Apa lagi.. aku mulalah masak spaghetti...Buat cara senang dan bahan2 yang mudah2 je... Janji ada rasa ngan rupa dah... tekak sendiri ngan anak2 yang nak makan... Kejap je dah selesai... Anak suka sesangat... sedap aje hehe...

Dah penat. nih... layan je la resepi ntah apa2 ni....


Bahan2 :

1 paket spaghetti
1 paket sosej
1 tin susu cair
1 tin cendawan butang
2 biji cili merah
2 biji tomato
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu makan serbuk lada hitam
6 keping kepingan cheese
1 sudu makan oregano 
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya.

Cara2 :

Spaghetti drebus sehingg lembut bersama sesudu kecil minyak masak dan secubit garam.Bawang putih di cincang halus. Bawang besar, cili merah dan tomato dipotong dadu. 

Sosej dan cendawan dihiris. Tumiskan bawang putih sehingga wangi. Masukkan sosej, tomato, bawang besar, cendawan dan cili merah. 

Kacau rata. Lepas tu masukkan susu cair. Masukkan juga serbuk lada hitam, serbuk oregano dan garam.

Masukkan cheese yang telah disiat. Kacau sehingga pekat. Masukkan spaghetti yg telah direbus lembut. Kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.

Siap.... boleh terus dihidangkan...


p/s : Spaghetti carbonara bercitarasa melayu.... walla!

Tuesday, May 12, 2015

Tuesday, May 12, 2015

Pucuk Paku Dan Ikan Masin Masak Lemak Cili Api

Sejak terjebak dalam bisnes online nih...'terjebak' tuh.... busy yang amat aku... tak berkesempatan aku nak updated blog nih hari2... 

Alhamdulillah ada rezeki aku dalam bisnes nih... apapun, hobi mengupdated apa yg aku masak kat blog ni akan terus berjalan.... walaupun tak se aktif dulu2 tuh... hehe!

Masakan yg aku nak update ni.... masakan kampung je.... resepi pilihan my hubby... makan hari2 pun xpe, cuma tukar jenis bahannya je....

Bahan2 :

2 ikat pucuk paku

3 ekor ikan masin
15  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Pucuk  paku dibersihkan dan diambil hanya daun2 dan batang yg lembut. Ikan masin dibersihkandan dipotong. Masukkan pucuk paku dan ikan masin ke dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititik. 

Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air. 

Ckit je tau... takut nanti tersangat cair plak. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.


p/s : Apalagi... laju je hubby ngan anak2 makan,sesuai ngan citarasa le tu!

Sunday, May 3, 2015

Sunday, May 03, 2015

KUIH ROS a.k.a KUIH LOYANG

Kelmarin petang, tetiba je aku teringin nak makan kuih rangup2, manis gitu.... So, belek2... fikir2 sesuatu. Tengok2 apa yang ada kat dapur tuh.... Hmm, tengok tepung beras ada.. santan kotak pun ada sekotak... 

So, sekonyong2 tu jugak ku bancuh tepung dengan santan tuh...... Maka jadilah kuih ni yang tak secantik mana nih. Tapi sedap jugaklah buat krup krap masa tengok tv bebearapa har nih...

Tak larat nak membebel panjang... penat berdiri lama kat depan kuali tak hilang lagi... kita tengok gambar dan resepi..


Bahan-bahan:-

1kg tepung beras
4 biji telur
3 cawan gula
1 kotak santan (200ml)
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:-

Telur dipukul - bagi kuning dan putih campur sekata. Masukkan telur, gula ke dalam tepung. Masukkan santan.dan air.gaulkan semuanya .. 

Mula-mula tepung akan berketul sedikit..kacau jer sampai tak berketul dan gula dah tak terasa di tangan...jangan terlampau pekat dan jgn terlampau cair...

Tapiskan tepung, Panaskan minyak dan acuan. Bila minyak dan acu sudah cukup panas...mula lah menggoreng..

Bila nak menggoreng...dan tepung dah lekat di acu...jgn terus letak di atas kuali...biar dipegang dulu...dalam 20 sec dipegang, baru letakkan di atas kuali...kalau terus letak...klu tepung agak cair...akan berlubang..

Biarkan dalam acu sampai dah boleh jadi bentuk bunga...kalau cepat sangat keluarkan dari acu...nanti tak cantik. 

Sesetengah kuih akan berminyak...kalau berminyak...tepung tu dah cair sangat...klu ada tepung beras lg...masukkan sedikit...klu tak ada..terpaksa la tos kan minyak...

Biasanya guna tisu utk dapur tu....tisu tu cepat serap minyak...letak tisu atas n bawah kuih. Guna lidi sate tuk membalik dan mengangkat kuih...lagi senang...



p/s : Hmm ok la... boleh2 jer!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...