Just Klik!

Saturday, May 16, 2015

SPAGHETTI CARBONARA WITH SAUSAGE

Sekarang ni cuti semester.... anak2 semua ada kat rumah. Hari2 masak banyak2, tak cukup je lauk. Dah jemu yang tu je.. anak2 mintak masak western plak...

Apa lagi.. aku mulalah masak spaghetti...Buat cara senang dan bahan2 yang mudah2 je... Janji ada rasa ngan rupa dah... tekak sendiri ngan anak2 yang nak makan... Kejap je dah selesai... Anak suka sesangat... sedap aje hehe...

Dah penat. nih... layan je la resepi ntah apa2 ni....


Bahan2 :

1 paket spaghetti
1 paket sosej
1 tin susu cair
1 tin cendawan butang
2 biji cili merah
2 biji tomato
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu makan serbuk lada hitam
6 keping kepingan cheese
1 sudu makan oregano 
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya.

Cara2 :

Spaghetti drebus sehingg lembut bersama sesudu kecil minyak masak dan secubit garam.Bawang putih di cincang halus. Bawang besar, cili merah dan tomato dipotong dadu. 

Sosej dan cendawan dihiris. Tumiskan bawang putih sehingga wangi. Masukkan sosej, tomato, bawang besar, cendawan dan cili merah. 

Kacau rata. Lepas tu masukkan susu cair. Masukkan juga serbuk lada hitam, serbuk oregano dan garam.

Masukkan cheese yang telah disiat. Kacau sehingga pekat. Masukkan spaghetti yg telah direbus lembut. Kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.

Siap.... boleh terus dihidangkan...


p/s : Spaghetti carbonara bercitarasa melayu.... walla!


Have a nice day! :)

2 comments:

NURUL AQIDAH AZAHAR said...

wah..sedapnya..dh lama tak makan

Sheila Adziz said...

ermm... yum yum... nampak dh sedap ni... leh try... hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...