Just Klik!

Friday, June 26, 2015

PUDING ROTI MARBLE

Dah lama x berupdated.... hihi! Bukannye ape bisnes online punya pasal.... Belum huru-hara, baru ngada-ngada.... dah macam2 hal yer!

Masak tu mesti..... tapi nak ambil gambar masak tu dah rasa lemau ckit. Tambah2 bulan puasa ni... lagi lemaunye melampau-lampau....

Ada xde ini la gambar juadah yang ada.... kuih puding roti yang dah di upgrade. Jadilah buat juadah buka puasa...

Okeylah.... layannnnn.........!!!


Bahan-bahan
7 keping roti/ 5 ketul roti burger
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Pewarna
Sedikit kismis

Cara2:
Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata. Sapu butter pada roti, potong kecil2.

Tuang adunan ke atas roti dan gaul lebih kurang. Bahagikan adunan ke dua bahagian. Satu bahagian di campur pewarna. 

Isi adunan berselang-seli warna dalam loyang yang telah di sapu butter. Tabur kismis.

Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.




p/s : Boleh di makan begitu saja atau bersama kuah kastad...... :))


Have a nice day! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...