Breaking

Wednesday, September 23, 2015

Wednesday, September 23, 2015

KUIH KASWI

Sehari dua lagi nak raya dah! Biasa la raya haji takde persiapan apa2. Lepas raya baru nak buat rendang. Kalau dapat tulang, boleh buat sup. 

Kelmarin buat kuih kaswi..... ambik dari blog yatie memories lagi. Sedap sangat. terlagi2 memakannya. Akan datang, nak buat lagi. 

Nak resepinyer.... share dari blog sana...... klau nak tengok blog tu, klik sini...



Bahan-bahan :

1 cawan gula
1 cawan gula merah
5 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras (saya tambah 2 s/b lagi)
sedikit garam
3 sudu besar air kapur
1 sudu besar coklat emulco (utk kuih nmpk gelap)
Daun pandan
Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
Kelapa parut + garam

Cara-cara :

Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Ketepikan.Ayak semua tepung.Tambahkan selebih 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
Masukkan air kapur.
Masukkan coklat paste. Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji, sentiasalah di kacau guna whisk dlm 3 minit.

Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi. Tuang bancuhan tepung dalam acuan dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.

Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.

Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama.



p/s : Sangat berpuashati dengan kejadiannya....hihi!


Monday, September 21, 2015

Monday, September 21, 2015

Karipap Rangup

Bukan selalu aku buat kuih.... lebih2 lagi sekarang. Sejak pindah rumah yang sekarang nih... mood buat kuih ke, kek ke dah jadi ke laut perginya....

Almaklum, dapur kat rumah ni kecik bebeno.... Kalau nak membuat kena mengadun kat ruang tamu.... banyak peralatan memasak letak dalam bilik.... nak cari kemain susah lagi....

Tapi ari minggu ritu... tergerak ati nak membuat..... anak2 pun semua dah ada kat rumah balik bercuti.... apalagi, ajak anak2 gotong royong membuat... best gak. Lepas tu gotong royong makan...

Ambik resepi dari blog yatie memories... tapi maaf  tak dapat letak link.. blog tu loading tak abis2.. tak tau kenapa.... dari henpon je amik resepi nih....



Bahan :

500gm tepung gandum
50gm tepung beras
50gm tepung ubi
1sb gula
1sk garam
3 sb marjerin*
1/4 cwn minyak masak*
(*panaskan)
1 cawan air

Cara2

Campurkan kesemua bhn2 kering. Tuangkan minyak panas dan gaul rata. Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut. Bahagikan doh kepada bebola kecil. Leperkan dan isi dengan inti kegemaran.Tutup dan kelim kemas2.

Buat sehingga habis. Goreng dengan minyak yang banyak sehingga garing. Angkat dan toskan. Seeloknya goreng dengan api yang sederhana. Kata yatie, karipapni lebih rangup jika digoreng 2 kali. Walau di goreng lagi, karipap ni tetap tak berminyak...

Tapi tak  sempat dah nak goreng lagi dah kena ngap...hehe!

Inti simple (resepi sendiri)

Bahan2

6 biji kentang
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit halia
1 sb cili giling
2 sb serbuk kari daging
1/4 dari seketul kiub pati ayam
Garam
Gula
Minyak masak
Sedikit air

Cara2

Kentang di dipotong dadu dan direbus dengan sedikit air sehingga empuk. Bawang merah, bawang putih dan halia dicincang halus. 

Tumiskan  bahan yang dicincang sehingga kekuningan. Masukkan cili giling dan serbuk kari. Goreng sehingga naik minyak, jika perlu tambah sikit air. 

Masukkan kentang bersama airnya sekali. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau dan goreng sehingga betul2 kering.

Boleh la di buat inti...



p/s : Seronok jugak belajar kelim karipap dengan anak2.... ada aktiviti.....hehe!


Friday, September 18, 2015

Friday, September 18, 2015

Masak Kicap Lada Hitam Daging Tetel Bersama Kentang

Kemarin... masak lauk daging kicap. Walau resepi simple tapi sedap. Bertambah2 nasi ke pinggan..... Cara masak sama jer dengan telur kicap kegemaran keluarga tu.... Cuma kena rebus daging tetel tu lama iaitu sehingga daging lembut, tidak liat dan boleh dikunyah.....

Agar masak tu tak terasa lama..... Cuci dan rebus dulu daging tetel tu... Sementara tunggu daging lembut buatlah kerja lain untuk memasak.... macam hiris bawang.... kupas kentang dan goreng. Boleh juga buat satu hidangan sayur dan goreng ikan masin.

Dah siap semua... daging tetel pun dah lembut... bolehlah terus memasak hidangan ni plak.... Okeyyy.. kita layan resepi....


Bahan2 :

300g daging tetel
3 biji kentang
1 biji bawang putih
1cm halia
1 biji bawang besar 
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan cili giling
sedikit pes asam jawa
2 sudu besar kicap 
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2 : 

Daging tetel dipotong kecil dan direbus dengan 2 cawan air sehingga daging lembut, tidak liat dan boleh dikunyah. Kalau air kering, tambah air lagi. Kentang dihiris nipis dan digoreng sehingga kekuningan.  

Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris dan ditumbuk. Goreng sehingga kekuningan. Masukkan serbuk lada hitam dan cili giling. Tumiskan. Masukkan  pes asam jawa, kicap dan bawang besar. 

Masukkan daging dan airnya sekali. Masukkan juga kentang. Diikuti garam dan gula dan rasakan kesesuaian rasanya. Biar hingga agak pekat.  Sudah siap bolehlah diangkat dan dihidangkan.


p/s : Hidangan iringan, tumis sayur taugeh dan ikan masin goreng.....

Thursday, September 17, 2015

Thursday, September 17, 2015

Seawal 7 Hari Dengan Zizani Secret Soap.... Kulit Cantik Jelita, Meletop Gitteww!!!

Ada masalah kulit.??... Tompok jeragat, kesan parut, tona tidak sekata, kulit kusam, berjerawat, kekeringan kulit dan kesan awal penuaan wajah... rungsingkan...? Macam2 produk dah cuba tapi tak serasi dan tak ada tanda2 nak hilang..... camne nak buat lagi... erk!


Haaaaa...... boleh guna produk ni... ZIZANI SECRET SOAP...menggabungkan rahsia kejelitaan dan kesempurnaan kulit, wajah dan tubuh badan... seawal 7 hari sahaja. Oleh itu, jangan pandang sebelah mata. Buka mata luas-luas..... Bak kata pepatah orang putih tu.. 'Don't Judge The Books By Its Cover'. Belum guna, belum pakai.... belum tahuuuu.....

Baca dulu kelebihan produk ZIZANI SECRET SOAP nih....

1. Membantu mencerahkan tona wajah, parut dan tompok jeragat

2. Membantu mengawal kulit berminyak dan berjerawat

3. Membersih wajah dan badan dengan sempurna tanpa mengeringkan kulit

4. Membekalkan kelembapan semulajadi sepanjang hari tanpa kesan berminyak

5. Membantu mengurangkan kesan penuaan kulit seperti kedutan dan garis halus

6. Membekalkan antioksida yang penting untuk kulit melawan kesan UV matahari

7. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif

8. Formulasi natural yang unik, tanpa pengelupasan, tanpa paraben dan SLS

Keberkesanannya telah terbukti dengan testimon para  penggunanya tauuuu.... Jangan tak tauuu!

TESTIMONI PENGGUNA





ANTARA TESTIMONIAL LAIN
” Saya dah cuba Sabun zizani ni..mula-mula ingat macam sabun yang lain. Tapi lepas beberapa hari nampak kelainan pada muka. Jerawat dah mula mengecut. Saya amat sarankan pada yang ada masalah jerawat cuba sabun ni ”
~ Kak Seri, Cheras

” Muka saya selalu gelap dan kusam setiap hari. Setelah mencuba sabun ni..nampak perubahan pada muka dah mula cerah..dan sentiasa lembap setiap hari selalunya kering ”
~ Abg Mei, Hulu Langat

Harga??? Murah jerrr.... bukan 100, bukan 80. bukan 50, bukan... bukan.... bukan 30.... bukannnn....
RM29 jer satu.... pos percuma.. mana nak dapat lagi ... 'alah membeli, menang memakai'..tuh!




Sesiapa yang nak jadi stokis, amat di alu-alukan...

Apa tunggu lagi,.... beli dan gunakan ... Selesai masalah kulit, jiwa tenang hati pun senang.... 

DAPATKAN ZIZANI SECRET SOAP SECARA ONLIE DI :

Jadi Pengedar - http://zizanisecret.com/index.php/stokis/

Nak  kulit cantik, ingatlah / gunalah... ZIZANI SECRET SOAP.... walla.!!

Monday, September 14, 2015

Monday, September 14, 2015

Rendang Ayam Pencen N9

Masak rendang ayam pencen plak lagi ..... Macam biasa, style n9 la... Kalau rendang ayam.... lebih suka ayam pencen, tak mudah lerai isi2 nya.

Tapi nak masak lama sikit, kasi isi dia lembut dulu. Macam cara org buat.... Ada taruh soda bicarbonat, rebus dengan cuka dan macam2 lagi.

Aku buat macam biasa jer.... rebus lama2 dengan bahan2 rencah rendang tuh... Dah kering, taruh santan... masak macam biasa. Hasilnya lembut elok jer ayam tu...  Dah selalu buat dah...!

Nak resepi... layannnn!


Bahan :

1 ekor ayam pencen
4 cawan santan pekat
1 helai kunyit (di koyak)
1 helai daun kunyit (di hiris halus)
4 btg serai (di titik)
1/2 bungkus serbuk kari daging - lagi bagus kalau guna rempah asli yg beli kt kedai di pekan rembau
1 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 keping asam keping - rendang asal rembau x letak so kalau x letak pun boleh
1/2 sudu teh gula - jika suka
garam secukup rasa
semangkuk air

Bahan Kisar:


8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih 
3 btg serai
3 inci halia 

1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas 
15 tangkai cili kering & 2 sudu besar ciling giling
15 biji cili api
secubit jintan manis & jintan putih

Cara Membuat:
Ayam di potong kecil2. Masukkan ayam, bahan kisar, serbuk kari, serai titik, daun kunyit, kulit kayu manis, bunga lawang dan semangkuk air. Kacau sampai hampir kering. 


Selepas tu masukkan santan dan asam keping serta garam dan gula.Masak hingga ayam lembut dan kuahnya kering. 

Jika daging ayam belum lembut masukkan secawan air lagi dan kacau sampai kering. Sedia di hidangkan ..... Makan dengan nasi putih, pulut atau lemang...... sedap!




p/s : rendang yang marvelous..... !

Tuesday, September 8, 2015

Tuesday, September 08, 2015

Sambal Udang Petai Dan Kesedapannya.....

Udang dan petai memang serasi  bersama bila digandingkan.... Buat sambal atau masak lemak cili api memang terangkat dan menggecurkan air liur. Hari ni nak cerita tentang masakan aku nih... Dah selalu masak juadah tengahari lauk nih....

Resepi senang jer.... buat macam biasa  tapi ada tips2 yang aku nak kongsi untuk menjadikan lauk ni lagi tambah sedap.... Tentulah sambalnya yang terasa segala bahan2nya...


Bahan2 :

2 papan petai 
1/2 kg udang 
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
3 sudu makan cili giling
1/2 sudu makan pes asam jawa
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Petai dibersihkan dan dibelah sedikit. Udang dibersihkan dan dibuang kepalanya. Udang boleh juga digoreng sebentar. Sebelum tu gaul dengan garam dan kunyit. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar di mayang. 

Tumis bahan tumbuk dan petai. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Goreng sampai wangi. Masukkan pes asam jawa, bawang besar dan udang. Masukkan juga sedikit air. Tumis sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula. 

Selepas tu bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Tips untuk sambal yang sedap

1. Sambal direnih agak lama dengan api kecil sehingga berwarna gelap. Kalau masih warna kemerahan tu kengkadang baunya macam rumput baru dipotong. Walau bubuh  banyak cili, kepedasannya tak begitu terasa sebab dah digoreng lama... 
2. Gula di bubuh agak banyak sehingga terasa kemanisannya, tapi janganlah terlalu manis macam nak buat air pulak.
3. Bawang besar pun kalau boleh banyakkan sikit, baru la sedap..

p/s : Gerenti sedap.... gittew!

Saturday, September 5, 2015

Saturday, September 05, 2015

Roti Jala Dan Kuah Kari Ikan Tongkol

Masa hari merdeka aritu semua anak2 ada kat rumah... so, aku merajinkan diri masak sarapan nih. Sebab kari semalam pun ada lagi.... boleh makan dengan kari tu.... Sesuai sangat!!

Inila dia roti jala je... Aku bukanya pandai buat nih. Alhamdulillah, ini la hasilnya. Menjadi la jugak.... Ambil resepi ni dari FB la... oleh Norsha Adam rasanya.

Resepi dia sekilo tepung gandum... aku buat separuh jer...1/2 kilo.  Cukupla banyak tu... tapi susu cair tetap 1 tin, campur air cukup 5 cawan.

Hurm... menjadi, menjadi  adunannya, biarpun pakai kuali leper biasa... melekat la jadinya tapi sikit jer. Kalau pakai non stick pan mesti  mudah kerja... Thanks to empunya resepi yer...



Bahan2 :

1 kg tepung gandum
1 tin susu cair + air
(jadikan 10 cawan)
6 biji telur A
Sedikit garam
Pewarna kuning @ kunyit
4 sb minyak atau butter cair

Cara :

Campur semua bahan  dalam satu mangkuk. Blend dan tapis adunan. Lenser kuali atau pan dengan minyak. Boleh kirai dlm kuali tu. Buat la sampai habis.

Dah siap... boleh makan dengan kari atau kuah durian.. sedap tu!


Oh ya.... sesiapa nak resepi kari ikan tongkol... klik SINI

p/s : Anak2 suruh buat lagi.. hadoiii, nanti la bila terbit kerajinan lagi!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...