Just Klik!

Saturday, November 28, 2015

Apam Kampung Gula Merah

Dah  lama tak makan kuih  apam ni.... Masa kecik2 dulu, selalu mak buat. Sedap makan dengan kelapa parut. Buatnya pun mudah jer. Tak banyak karenah.... dah siap!

Actualy dulu2 aku ada simpan resepi orang dulu2 ..apam  ni dalam buku catatan lama.... tapi dah hilang entah kemana tah... So, godek2 kat google jumpa resepi dari blog yatie memories. Rasanya ia yang seakan2 resepi lama tu. Nak tengok resepi dari blog tu... klik SINI.

Jom layan gambar dan resepi.....




Bahan A 
1/2 cwn gula merah*
1/2 cwn gula pasir*
2 cwn air*
2 helai daun pandan*(* di masak dan sejukkan, tapiskan)

Bahan B
11gm yis mauripan
1/2 cwn air suam
1 sudu kecil gulahalus

Bahan C
4 cwn tepung gandum
secubit garam

Cara-Cara :


Masak bahan2 (A) bertanda* hingga gula larut,tapiskan dan sejukkan. Dalam bekas lain, bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih. Satukan bahan C ke dlm mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yg telah sejuk tadi.(Kacau guna whisk je hingga sebati)


Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi. Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1 jam. Lenserkan loyang  10x10x3 inci dngn sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 10 minit. Kukus adunan selama 40 minit


Biarkan kuih  betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat. Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam.

**Saya guna acuan kecil, saya sapukan minyak sekeliling acuan dan tuangkan 3/4 adunan apam yg di perap sejam tadi  ke dlm acuan. Biar sebentar dlm 5 minit dan kukus selama 20 minit.



p/s : buat untuk minum petang... sedap!

*******************
my dream.....!
klik SINI
********************

Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...