Just Klik!

Sunday, November 1, 2015

KUIH LOMPANG .... Tak Berhias Kelapa Parut


Kuih lompang ni mudah je nak buat. Cuma kemalasan nak mengeluarkan kukusan dari gerobok tu la. Kelmarin aku merajinkasn diri la jugak. Dah takde bahan nak makan  pepetang tu le..

Gula merah tu aku pakai gula perang... warnanya cair je... so, aku tambah pewarna merah. Tu  la kaler  tu jadi camtu... Tapi  xpe, yang penting rasa...

So... walau kejadiannya tak begitu memuaskan... Dah la takde kelapa parut tapi  sekali ngap, sedap jugak.... Sekali hadap minum petang.... licin!

Bahan A :
1/2 cwn gula pasir
1/2 cwn gula merah
4 cwn air
* Didiihkan dan buat air gula

Bahan B :
1 1/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
1/2 sudu kecil air kapur (bancuh dan tapis)
Sedikit kelapa muda diparut dan digaul dgn sedikit garam

Cara cara:
Bancuh tepung dengan air kapur. Tuang air gula yang telah suam ke dalam tepung sambil dikacau rata. Tapis adunan ke dalam bekas.

Didihkan air dalam kukusan. Lumurkan sedikit minyak pada acuan lompang.

Tuang adunan ke dalam acuan kuih lompang sehingga penuh. Kukus selama 25 minit atau sehingga masak.

Dah siap.... Bila dah sejuk, bolehlah dihidangkan.

p/s :  Lain kali nak buat betul2 dan buat cukup segala bahan...tak la togel jer... hihi!


Have a nice day! :)

2 comments:

Sheila Adziz said...

dah lama tak makan kuih lompang ni.... sedap...

Maria Firdz said...

Lama tak makan kuih ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...