Just Klik!

Sunday, November 15, 2015

Nasi Goreng Untuk Makan Tengahari.....


Ari minggu lah katakann... rasa nak bermalas-malas kat tempat tido jer... hihi. So, menu tengahari ni nasi goreng je lah. Mlm nanti masak yang berat plak. 

Hmmm... tak dpt la nak bermalas2 ... banyak kerja nih,busy2 ngadap pc...  niaga online le kata kan :)

Bahan2 :

2 mangkuk nasi 
2 sudu besar ikan bilis - goreng
1 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - cincang
2 sudu makan cili giling
2 biji telur
4 tangkai kacang panjang
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap
Sedikit minyak masak
gula dan garam secukup rasa

Cara2 :

Tumis bawang besar, bawang putih. Bila dah kekuningan, masukkan cili giling. Goreng sampai agak garing. Lepas tu masukkan sos tiram. Masukkan juga kacang panjang. Biar sedikit masak. 

Masukkan telur dan kacau2kan sebati. Masukkan nasi dan kicap. Kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.  Masukkan ikan bilis goreng. Kacau rata dan sekata... Bila dah siap bolehlah dihidangkan.


p/s : Jom makan..... nyum3!


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...