Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Wednesday, April 29, 2015

Sawi dan Cendawan Tumis Air Chinese Style

Lauk sayur iringan makan tengahari semalam.... Sejak pertama kali buat, terus jadi kegemaran keluarga lauk sayur ni... 

Sibuk macam mana pun mesti masak... yang ringan2 dan mudah2 jer... yang berat2 beli... bukan malas tapi tak berkesempatan lama2 di dapur.

Layan je la resepi simple nih....

Bahan2 :

4 pokok sawi siew pak choy
1 paket cendawan tiram kelabu
1 inci halia - dihiris halus memanjang
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk pati ayam 
@ 1/4 drp. 1 ketul kiub ayam
2 sudu makan tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :
Sawi di potong dua. Cendawan di siat2  sahaja. Tumis halia. Bila dah kekuningan masukkan sebuk lada hitam, serbuk pati ayam dan 1/2 cawan air. 

Lepas tu masukkan cendawan dan sos tiram. Kacau dan biarkan mendidih. Seterusnya masukkan sawi. Bila sawi dah agak layu masukkan tepung jagung yang dibancuh tadi. 

Perasakan dengan gula dan garam. Bolehlah di hidangkan.


p/s : Dah diubahsuai.... bercitarasa melayu.... gitu!


Have a nice day! :)

Sunday, April 26, 2015

KUIH LAPIS

Ari ni tergerak hati nak buat kuih... kuih apa yer.... Fikir punya fikir, kuih apa yang tak pernah buat lagi... huhu!

Satu cabaran tuh... so, tengok2 resepi cari2 yang senang tapi sedap. Aku pilih kuih lapis la....  Apa lagi.. terjah blog  yatiememories la.

 Aku guna resepi dari blog nih... sebab hasilnya tak pernah menghampakan... cuma sebab aku ni jenis tak cermat, tak la jadi secantik yang dia buat.

Macam biasa... janji sedap dan boleh di ngap... bukan nak buat jual, makan sendiri je.. hehe!

Untuk tengok blog yatiememories... klik sini..


Bahan-bahan :
(loyang 7x7x3inci)

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
1 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
3 cawan air
Secubit garam
pewarna merah, hijau,oren (boleh guna apa2 warna kegemaran)
perisa yg di gemari, merah-ros, oren-jagung, hijau-pandan ( x taruh pun xpe)


Cara Penyediaan :

Satukan ketiga2 jenis tepung, garam dan gula. Masukkan air dan santan pekat. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian dan boleh tambah perisa (x taruh pun xpe) .


Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang. Masukkan 1 cwn adunan hijau dan kukus selama 5 minit/ sehingga adunan keras sikit. Lapiskan pula 1 cwn adunan merah dan kukus lagi selama 5 minit/sehingga keras sikit dan di ikuti adunan seterusnya. 

Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. Lapisan terakhir saya kukus selama 20minit.
Setelah masak, angkat dan biarkan kuih sejuk. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah dipotong guna pisau plastik supaya cantik. 


**setiap hendak melapis, pastikan takde air di permukaan kuih. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan buangkan air di permukaan, barulah tuang adunan seterusnya. Ini bagi mengelakkan warna lapisan kuih tidak bercampur.



p/s : Hubby x berkenan plak ngan kaler biru tu... pelik katanya.. Okey la lenkali letak kaler merah putih jer...hehe!


Have a nice day! :)

Thursday, April 23, 2015

Nenas Masak Lemak Cili Api Bersama Ikan Masin

Hari ni... masak lagi... masak lemak cili api. Suka le my hubby. Peberet diaaa! Aku masak nenas dengan ikan masin.... sedap, wa cakap lu!

Busy...sekarang ni berniaga online le pulak. Asyik mengadap laptop je la jawabnya. Siang malam ni la kerja aku.... Alhamdulillah ada rezeki untuk kami sekeluarga.

Tak dapat nak panjang2 cerita... banyak kerja udah  menunggu... layan resepi dan gambar...!


Bahan2:

1 paket isi ikan masin
1  biji nenas
15 biji cili api 
1cm isi kunyit 
2 biji bawang merah
1 batang serai
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Ikan masin dipotong kecil2. Nenas juga dipotong kecil.bBawang merah, bawang putih, isi kunyit dan cili api ditumbuk lumat. Tumbuk juga sekali bawang merah. 

Serai ditik. Ikan masin  yang  telah dipotong kecil tadi masukkan dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititk. Selepas itu masukkan nenas yg telah dipotong kecil2. Masukkan secawan santan pekat serta secawan air. 

Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Tapi jangan banyak2 nanti x sedap plak. 

Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.


p/s : Sedap gitu..... menambah nasi lg... hihi!



Have a nice day! :)

Monday, April 20, 2015

Nasi Goreng Sambal Tumis

Semalam masak nasi goreng jer.... makan la untuk sarapan pagi dengan tengahari sekali. Petang nanti baru nak masak untuk makan malam. Sibuk punya pasal... nak pergi ambik barang2 order nak packing siap2 ... esoknya pagi2 antar pos... ari ni la tu...

Bila masak nasi goreng nih... hubby ngan anak2 suka sangat.... kiranya tak tolak langsung.. Selesai, licin... habis di makan.... Kena masak nasi goreng selalu le kan!

Layan je resepi nih...



Bahan2 :

2 mangkuk nasi 
3 sudu besar ikan bilis
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar 
1 ulas bawang putih 
2 sudu makan cili giling
1 sudu kecil asam jawa
2 biji telur
Sedikit sayur kobis
1 biji bawang merah
2 sudu makan kicap
1/4 drp seketul kiub ayam
1/4 cawan air
Sedikit minyak masak
gula dan garam secukup rasa

Cara2 :

Goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan. Hiris bawang putih,bawang merah dan bawang besar. Tumis bawang merah, dan bawang putih. 

Bila dah kekuningan, masukkan cili giling. Goreng sampai agak garing. Masukkan air dan asam jawa. Biar sedikit mendidih. Masukkan bawang besar dan separuh ikan bilis goreng. Masak sampai pecah minyak.

Masukkan kobis yang telah di hiris halus. Masukkan telur dan kacau2kan sebati. Masukkan nasi dan percikan kicap. Kacau rata. 

Perasakan dengan garam dan gula.  Masukkan ikan bilis goreng selebihnya. Kacau rata dan sekata... Bila dah siap bolehlah dihidangkan.


p/s : Variasi sambal tumis dan nasi goreng yang sedap....



Have a nice day! :)

Friday, April 17, 2015

Ayam dan Kentang Bersambal

Semenjak satu folder gambar masakan terdelete aritu... mood nak ambil gambar masakan terjerumus ke laut rasanya. Sudahnya, bila nak update blog nih tercari2 gambar yang sesuai dan belum dimasukkan lagi...

Nampaknya, kenalah aku memaksa diri ambik jugak gambar masakan aku tu... kalau tidak.... tak bern3 lah blog nih... Aku sekarang ni plak sibuk berniaga online.... Mana nak update jualan dan nak update customer lagi.... huhu... sibuknya... tak sudah...sudah!!!

Okeylah... letak jelah gambar dan resepi yang selalu dibuat.... janji ada n3...hehe!


Bahan2 :

5 ketul ayam 
4 biji kentang
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar cili giling
2 keping asam keping/gelugor
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa 
minyak masak secukupnya 


Cara2 :
Ayam dipotong2 kecil dan digoreng garing. Kentang dikupas kulit, dpotong baji dan digoreng hingga lembut. .Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar dihiris.

Tumiskan bahan tumbuk sehingga kekuningan. Masukkan cili giling. Tumis sehingga agak garing dan masukkan sedikit air. Masukkan juga asam keping.Selepas tu masukkan bawang besar yg telah dihiris.

Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan ia mendidih sekali lagi. Dah masak, Masukkan ayam dan kentang yg telah digoreng . Dah siap... bolehlah dihidangkan.


p/s : Bila berlaukkan ayam... anak2 tak pernah tolak... semua sedap... katanya.



Have a nice day! :)

Monday, April 13, 2015

Bingka Susu

Dalam sibuk2 ni... aku myempatka diri buat kuih ni kelmarin.... Sesekali buat sendiri juadah minum petang. Selalunya beli je goreng pisang kat tepi jalan....

Zaman gst ni... perbelanjaan makin meningkat, pendapatan tak meningkat.... malah makin  menurun adalah...  Orangramai makin berhati2 berbelanja... So, akupun kena berjimat dan berhemat jugaklah...

Resepi cedok dari blog yatimemories... katanya resepi asal dari kak fida... serius sedap banget!


BAHAN A : -
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat manis
50 gm gula pasir (opt)
1 cawan tepung gandum - diayak
2 biji telur

BAHAN B :-
500 ml air
100 gm mentega / majerin
50 gm tepung kastard
1/2 sk esen vanilla
1/2 sk garam

Cara-cara

Satukan bahan A dan ketepikan. Satukan bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan.

Masukkan bahan A ke dalam adunan yang dimasak, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.

Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing.

Biar kuih benar2 sejuk di dalam loyang, potong dan boleh dihidangkan. Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk jika ingin dimakan dingin.


p/s : Teringat kuih binka mak kat kg.... org kg panggil kuih bengkang!



Have a nice day! :)

Saturday, April 11, 2015

Pekasam Goreng Cili Api

Sibuk... sibuk.... sibuk mengadap lappy. Nak masak pun xde masa... masak simple2 je...xde masa. Almaklum dah bukak jualan online... sementara kedai offline aku tutup tuh.

Kelmarin goreng ni je.... selain dari lauk sayur sepinggan tuh je... jadilah. Habis jugak nasi seperiuk dek penangan aku dan anak2.. sedap! Suka...suka....

Okeylah... xlarat membebel.. kita layannnnn...!!!


Bahan2 :

Sepeket ikan pekasam
1 biji bawang besar
4 biji cili api
Minyak masak secukupnya

Cara2 :

Bawang besar dimayang halus. cili api dopotong dua. Ikan pekasam digoreng di dlm minyak yg cukup2 je utk masukkan ikan. 

Ikan tak perlu dibasuh, terus je digoreng dengan serbuk berasnya sekali. Apabila bahagian bawahnya dah hampir masak, terbalikkan. Hancur sikit tu, biasa la.

Masukkan bawang  besar dan cili api bersama. Ketepikan sikit ikan untuk memberi ruang menggoreng bawang dan cili api. 

Bila ikan dan bawang dah agak garing, bolehlah diangkat dgn minyaknya skali dan dihidangkan


p/s : Hmmm... makan sampai x ingat dunia... tapi xboleh selalu, nnti tekanan darah naik!



Have a nice day! :)

Wednesday, April 8, 2015

Ikan Cencaru Masak Lemak Cili Api Dengan Kacang Panjang

Sedihnya ari ni.... dalam sibuk2 nak masukkan gambar masakan dari hp ke laptop, tiba2 tertekan delete. Habis padam semua gambar.... Ala... sedihnya, penat ambik gambar, kumpul gambar hilang sekelip mata je..... sob...sob!

Pujuk hati sendiri.... xpe2 nanti kita kumpul lagi... tapi beringat, lepas ambik terus masuk lappy... untuk safety. Agak sibuk ari ni menguruskan brg2 jualan online yg nak dipos... alhamdulillah dah selesai dah! Skrg menyibukkan diri updated brg2 online lagi.... harap2 rezeki dtg lagi.

Ari ni... masak lemak cili api lagi.... itu je la yang diulang2... Sedap gitu dan sesuai selera sekeluarga. Hmmmm.... layan gambar dan resepi lagi....hehe!


Bahan2 :

1 ekor ikan cencaru
1 ikat kacang panjang

12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Ikan cencaru  dibuang kulit kerasnya dan dibersihkan. Kacang panjang dipotong2 sepanjang kira2 1 setengah inci. Masukkan bahan tumbuk dan serai yang telah dititik ke dlm periuk . Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. 

Bila dah mendidih, masukkan kacang panjang dan ikan serta secawan lagi santan pekat. Masukkan juga asam keping. 

Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.


p/s : Bolehlah,  janji sedap dan menyelerakan.......!



Have a nice day! :)

Sunday, April 5, 2015

Apam Susu

Semalam buat nih.... Jadilah jugak. Boleh di makan oleh seisi keluarga. Godek2 resepi blogger yang meletup top tu... yang gambar dia cantik sesangat tuh. Aku x reti buat macam tu... ambik gambar sesedap rasa jer....

Hmmm... sekejap jer... dah abis. Ramai dah org buat apam nih... aku baru terhegeh2 buat. Resepi ni aku copy dari blog azlita masam manis.... Resepi oleh Sabrina Khan.... Rujukan dari Nana Aboy.

Kita layan......!!!


Bahan2...

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovellete
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung
Pewarna yang di sukai

Cara2 :


Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam. Mula-mula satukan tepung bersama baking powder kemudian di ayak. Ketepikan. Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovellete dan esen vanilla.

Kemudian putar sampai gebu dan adunan bertukar ke warna putih. Masukkan susu pekat manis. Putar lagi hingga sekata. Tambahkan pula minyak jagung dan putar lagi. Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi.

Kaup balik adunan rata. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna. Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang di sukai jika suka. Gaul rata.

Sediakan loyang 8 inc dan sapukan mentega pada loyang. Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis. Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit

Angkat apam setelah masak. Keluarkan dari loyang. Potong bila ianya telah sejuk.

* tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya wap air tidak jatuh atas apam.


p/s : Minyak jagung xde.... aku belasah je minyak masak...hihi!


Have a nice day! :)

Saturday, April 4, 2015

Daging Masak Kicap Lada Hitam Dan Kentang Campur Tomato

Kengkadang tu memang buntu fikir apa nak masak... Puas fikir nak makan apa yer....Ikan dah jemu, ayam dah sudah.... sardin... telur apatah lagi. Dah jadi makanan ruji gayanya.

Akhirnya aku masak daging plak.... Nak yang mudah dan senang jadilah lauk ni. Sebab dagingnya sikit.... aku tambah kentang.

So... layan gambar ngan resepi dulu....!


Bahan2 :

300g daging
3 biji kentang
1 biji tomato
1 biji bawang putih
1cm halia
1 biji bawang besar 
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan cili giling
sedikit pes asam jawa
2 sudu besar kicap 
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2 : 

Daging dipotong kecil dan direbus dengan 2 cawan air sehingga daging empuk dan air daging tinggal kira2 secawan. Kentang dihiris nipis dan digoreng sehingga kekuningan. Tomato di potong baji enam bahagian 

Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris dan ditumbuk. Goreng sehingga kekuningan. Masukkan serbuk lada hitam dan cili giling. Tumiskan. Masukkan  pes asam jawa, kicap dan bawang besar. 

Masukkan daging dan airnya sekali. Masukkan juga kentang. Diikuti garam dan gula dan rasakan kesesuaian rasanya. Biar hingga agak pekat. Akhir sekali masukkan tomato. Sudah siap bolehlah diangkat dan dihidangkan.



p/s : Hmmm.... sedap ler pulok!!!



Have a nice day! :)

Thursday, April 2, 2015

Tomyam Sardin.... sedap jugak!

Nak masak itu, ini.... semuanya tak cukup bahan. At last masak jugaklah walau kurang bahan. Nasib baik sedap dan menepati selera anak2.

Sibuk jugaklah sekarang nih... tapi tetap cari masa updated blog... Hmmm, masak simple2 pun jadilah tepek kat blog nih....

Kita layan je la...

Bahan2 :

1 tin sardin
1 paket pes tomyam adabi
2 bji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang seleri
1 btg serai
5 biji cili padi
2 biji limau kasturi
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara2 :


Bawang putih. bawang merah dimayang halus. Bawang besar dan karot juga dihiris.Cili padi cuma dititik.

Tumis bawang merah dan bawang putih. Bila dah kekuningan, masukkan sedikit air dan pes tomyam.

Masukkan juga cili api, serai, bawang besar dan seleri. Biarkan merenih seketika. Selepas tu masukkan air secukupnya utk membuat kuah.

Bila kuah dah mendidih, masukkan sardin dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula. Bila dah mendidih sekali lagi, tutup api dan perahkan air limau kasturi kedalam periuk, kacau2 bolehlah diangkat.





p/s : Tak cukup bahan nih dan buat cara mudah sebab tersangat sibuk!!!



Have a nice day! :)

Wednesday, April 1, 2015

PRODUK JUALAN ~ Coklat Moist Doorgift


Saya menerima tempahan membuat kek coklat moist yang di isi dalam bekas plastik kecil untuk doorgift serta boleh dijadikan hadiah buat yang tersayang, cenderahati majlis pertunangan, majlis perkahwinan, birthday gift dan sebagainya.. 

Harga

RM1.00 sebekas

Minimum order 50 bekas

Order 5 hari awal sebelum pick up date
Order jumlah yg banyak 2 minggu sebelum pick up date

Penghantaran boleh dilakukan di sekitar Shah Alam dan kawasan berdekatan denganya.

Berminat untuk order SMS/CALL /WHATSSAP : 017-2387594 (ANNURBEAUTY CAKE and CATERING)


** Deposit DIPERLUKAN untuk confirm order / WITHOUT DEPOSIT I ASSUME THAT THE ORDER IS NOT CONFIRMED / Deposit tidak akan DIKEMBALIKAN jika pihak anda membatalkan order.



Have a nice day! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...