Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Monday, October 26, 2015

Char Kuay Teow... Request Dari Anak2....

Musim cuti semester  ni... semua anak ada kat rumah. So, anak2 request nak  makan char kuay teow. Kalau makan kat kedai dah berapa tu. Boleh rabak poket... 

Aku mula mencari kerajinan nak masak ni... Anak2  nak yang berkuah.  Tak jadi masaalah. Paste tu aku  lebihkan sikit airnya. Boleh jadi kuah nanti... hihi

Sedap aje anak2 makan. Bagi markah penuh.... kata diorang.  Bolehlah untuk makan sendiri.... 

Siap sekali jeruk cili hijau tu..... Buat cara yang segera jer....nanti bagi resepi sekali.


Bahan2 :

Untuk paste
200 gm udang ( lebih pun tak pe!!! )
250 ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sudu besar sos tiram
6 sudu besar kicap masin
1 kiub pati ikan bilis – saya letak pati ayam...bolehla!
2 sudu kecil garam ( jika sos tiram masin boleh kurangkan 1 sudu )
1 sudu makan gula


Untuk Kuey teow
kuay teow
cili kisar
Isi kerang - ikut banyak mana yang disukai
taugeh dan kucai - ikut sukalah nk taruh banyak mana
telur



Cara buat paste :

Besihkan udang. Asingkan kulit dan kepala udang. Simpankan isi udang utk buat kuay teow. Rebus kulit dan kepala udang. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya. 

Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Bahan ni boleh simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.  Bila nk masak senang xyah buat paste lagi.

Cara untuk masak Kuey Teow (Resepi utk 1 pinggan) :

Tumis 1 sudu makan cili kisar hingga garing Masukkan 4 sudu besar paste tadi. Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan secekak kuey teow, kucai dan taugeh. Pecahkan 1 biji telur, kacau dan bolehlah di angkat.

 Proses memasak kue teow ni dalam 3-4 minit saja… pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak kuey teow ini!!!. 

Resepi jeruk cili hijau

Bahan :
Cili hijau
Cuka
Gula
Garam
*agak2 je semua bahan ni yer..

Cara :
Potong cili hijau dan rebus dengan sedikit air sehingga bertukar warna. Campurkan bahan2 lain secukup rasa. Agak2 je la. Jangan terlebih masin plak. Dah siap... boleh dimakan bersama char kuay teow.

p/s : Fuyoo .... licin  sepinggan penuh semua...masak dua round...kat kedai tak dapat macam tu..!


Have a nice day! :)

Thursday, October 15, 2015

APAM NASI ENO

Dah lama teringin nak makan apam... walau kemalasan tahap gaban, aku merajinkan diri buat apam ni. Senang jer sebenarnya..... tapi kalau tak malas.... tak menjadi. Godek2 resepi.... cari resepi apam yang bubuh serbuk eno plak. Biar ada rasa manis2 masam sikit. Sedap tuh... 

Jumpa dalam youtube resepi ni. Walau gula dari 1/4 cawan dah taruh 1/2 cawan.... masih kurang manis rasanya. Kalau buat lagi kena tambah gula...... Tapi masih boleh dimakan jugak. Resepi ni dapat sikit je apamnya. Oh yer... air pun aku tambah sebab telalu pekat plak rasanya...

Tapi tu la....kenapa la, apam yang aku buat tak nak mekar tersenyum. Rasanya tak pernah aku buat apam jadi mekar.... entahla kenapa... Dah besarkan api sekuat-kuatnya dan masukkan masa air tengah mendidih. Tak jadi jugakkk...haish!


Bahan2:

1 cawan nasi
11/2 cawan tepung beras
1 cawan air (ditambah 1/2 cawan)
1/4 cawan gula (ditambah 1/4 cawan) 
1 sk yis
1/2 sk eno (habiskan 1 paket)

Cara2 :

Blend nasi, air,gula dan yis bersama-sama. Blend sampai nasi betul2 halus. Lepas tu masukkan bahan yang diblend dalam mangkuk. Maasukkan tepung dan gaul sebati.

Perap selama sekurang2nya 4 jam atau semalaman. Sediakan kukusan. Sapu acuan dengan sedikit minyak. Nanti taklah apam melekat kat acuan. Setelah diperap masukkan eno dan kacau rata. 

Isikan adunan dalam acuan. Kukuslah kuih apam. Pastikan air kukusan betul2 mendidih. Buatlah sehingga habis.

Kukuslah selama 15 hingga 20 minit. Bolehlah diangkat. Boleh dimakan begitu saja atau dengan kelapa parut...



p/s : masak gaya amatur punya.... jadilah!   ^-^ peace!



Have a nice day! :)

Monday, October 5, 2015

Masak Lemak Cili Api Ikan Keli Goreng

Dah lam blog ni x berentry... bukan tak masak.... kemalasan melanda. Bila ada kerajinan sikit, masak kuih kurang menjadi. Hahaha....  Tak dapatlah tunjuk kat sini..... haish!

So, entry masak yang tak semenggah yang ada... gasak la engkau.... Tepek je la kat sini... Apa orang nak kata... ada aku kesah..!

Macam biasa... my hubby suka masak lemak cili api.... dan  anak2 suka ikan keli. Aku plak suka peria yang pahit. Jadilah kombinasi masakan ni....



Bahan2 :


1 biji peria (sederhana besar)  - potong kecil2
3 ekor ikan keli -goreng garing
15  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Peria yang  telah dipotong kecil tadi masukkan dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititk. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. 

Bila dah mendidih, masukkan ikan keli yang telah digoreng dan secawan lagi santan pekat. masukkan juga asam keping. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. 

Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.



p/s : Untuk mengurangkan pahit peria rendam peria yang telah dipotong2 dalam air dicampur garam lebih kurang dalam 5 minit....Suka sangat peria nih!



Have a nice day! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...