Breaking

Wednesday, September 7, 2011

Wednesday, September 07, 2011

Apam Pisang


Pisang lagi...... Nk mengabiskan stok pisang dari kg. Kali ni buat apam pisang plak. aku buat utk minum petang smlm.

Walau nampak kurang menjadi..... tp hubby n anak2 kata sedappppppp!! Kembang hidung aku kena puji.

Belum sempat aku nk ngulang makan....... dah licinnnnn!!!!

Resepi ni aku cedok dari myresepi oleh Junis11

Aku buat ikut cara aku je.... kalau nk tengok yg canggih boleh tengok resepi asal.

'Apam Pisang'

Bahan2 :

6 - 7 biji pisang emas (dilecek)
4 - 5 sudu besar gula  (ikut suka manis)
1 biji telur
3/4 sudu kecil soda bikarbonat
tepung gandum secukupnya(ikut bancuhan macam buat cucur/jemput pisang)

Cara2 :

Campur pisang yg sudah dilecek, gula, telur, soda bikarbonat dan tepung. Gaul sebati. Isikan kedalam loyang yg disapu sedikit minyak. Kukus sampai permukaan kuih berwarna perang gelap lebih kurang 20-25min. sejukkan dan hidang.

p/s : Simple jer cara buat kuih ni.... sorry, gambar kurang jelas sebab kamera buat hal.

Wednesday, September 07, 2011

Sayur Kangkung Goreng jerrrrrrrrr.........


Waktu bulan puasa sayur mayur ni aku jarang masak, cuma beli timun buat ulam je yg selalu aku buat. Maklum waktu tu tekak ni memilih sikit. Skrg ni mulalah aku start balik melebihkan sayuran dlm diet harian keluarga. Untuk jaga kesihatan............ kiranya.

Smlm aku masak sayur kangkung. Walaupun mudah tp pastinya kami sekeluarga berselera makan.

'Sayur Kangkung Goreng'


Bahan2 :

1 ikat kangkung
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
beberapa ekor ikan bilis
1 sudu makan sos tiram
1/4 drp seketul kiub ayam (jika suka)
1/4 cawan air
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2:

Kangkung di potong2 dan dibersihkan. Bawang merah, bawang putih dihiris halus, Cili merah dipotong serong.  Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis. Masukkan sos tiram dan kangkung. Masukkan air dan pati ayam. Masak hingga mendidih. Sesuaikan rasa garam dan  gula. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Tuesday, September 6, 2011

Tuesday, September 06, 2011

Pengat Pisang

Balik dari kg beberapa hari yg lepas, keluarga aku kt kg bekalkan cempedak ngan pisang sebagai buah tangan. Bukannya ckit tp seguni cempedak dan tiga jenis pisang. Kira dlm tiga tandan lah tu. Dalam kereta asyik bau cempedak je sepanjang perjalanan. Sampai je kt rumah........ terus goreng cempedak. Masa tu pisang belum masak lagi. Sampai dah x larat nk makan cempedak tu, lebih2 lgi aku ni mana boleh makan banyak nanti dtglah semput aku ni. So, buah cempedak tu jadilah buah tangan  waktu  beraya kerumah sedara mara hubby aku di Shah Alam ni. 

Pisang masa tu belum masak. Skrg ni semua dah masak dah.... So. smlm aku pun buatlah pengat pisang. Pisang yg aku buat pengat ni namanya  pisang abu atau kt sini org panggil pisang kapas. Ari ni aku ingat nk buat kek pisang plak.... stok pisang banyak lg dan mcm2 jenis plak tu.

Inilah resepinya...... 'Pengat Pisang'

Bahan2 :

Sesikat pisang abu/kapas  - dlm 10 biji
1 keping gula kabung
1/1/2 cawan gula
2 cawan santan pekat
1 cawan air
2 helai daun pandan - simpulkan

Cara2 :

Pisang dibuang kulit dan dipotong kecil2. Rebus pisang bersama air, gula dan gula kabung sehingga gula kabung hancur . Masukkan santan  dan daun pandan. Kacau dan tunggu sehingga mendidih. Bolehlah diangkat. Pengat ini elok dihidangkan semasa ia sejuk.

Monday, September 5, 2011

Monday, September 05, 2011

Sambal Kicap Ikan Tongkol dengan Kentang


Dah lepas raya ni mood pun slow je..... kemalasan jangan cakaplah. Mood memasak pun kureng, letih je. Apapun ari ni aku layan ikan tongkol je. Dah jemu berayam, daging n rendang dan lemak2 bagai....

Masakan yg simple dan  utk mengecas selera......

'Sambal Kicap Ikan Tongkol dengan Kentang'

Bahan2 :


2 ekor ikan tongkol saiz agak sederhana 
2 biji kentang
2 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
1cm halia - tumbuk
1 biji bawang besar - di hiris
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan cili giling
sedikit air asam jawa
1/4 cawan air
2 sudu besar kicap 
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2 : 

Bersihkan ikan, potong kepingan  dan digoreng. Kentang dihiris nipis dan digoreng juga. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk sehingga kekuningan. 

Masukkan serbuk lada hitam dan cili giling. Tumiskan. Masukkkan  air asam jawa, kicap  dan bawang  besar. Kacau sampai pecah minyak.. Masukkan air. 

Masukkan garam dan gula dan rasakan kesesuaian rasanya.Biar hingga agak pekat. Sudah siap bolehlah diangkat. Gaulkan dengan ikan dan kentang yg digoreng tadi. Sedia di hidangkan.

p/s : resepi sendiri..... dan lauk yg mudah jerrrrrrrrrr!.
Monday, September 05, 2011

Raya sakan???? X juga..... tp berayalah kehulu kehilir....!!

Dah lama sangat aku rasa x berblog ....  lappy ni pun baru ari ni aku bukak. Dah berabuk dan bersawang beg lappy aku ni. 

3 - 4 hari sebelum raya aku dah x boleh ngadap lappy dah. Sibuk sesangat. Aku ambik tempahan buat makanan berbuka puasa dan makanan hari raya 2 hari sebelum raya. So.. aku kena cari bahan masakan. Survey kiri dan kanan kt pasaraya dan pasar borong utk cari  bahan mentah yg sesuai dengan budget. Lepas tu nak kena masak plak.

Malam raya ku x tidur langsung..... bukan sebab excited nk beraya tp masak nasi impit, kuah kacang dan rendang ayam utk jamuan hari raya pekerja2 Ledang Unggul Sdn Bhd yg x dpt bercuti raya di Masjid Negeri. Aku kena jadi tuan rumah menghidangkan juadah hari raya kt pekerja2 tu.




Inilah gambar2 jamuan hari raya yg aku kendalikan di suatu sudut di Masjid Negeri Shah Alam..... 

Balik je dari Masjid Negeri dlm kul 12 tghari.... mulalah datang mengantuk yg x terhingga. Kami sekeluarga tertidur di hari raya kat umah sehingga pukul 5 ptg. Nasib x sampai  ke malam..... dek keletihan yg amat sangat.

Bangun tido je... terus pek baju2 utk bertolak ke utara.... kampung halamanku di Sungai Siput Perak. Kami sanpai di sana dlm pukul 8.30 mlm. 


Sampai2 je kt kg anak2 terus sibuk main bunga api ngan sepupu2 dia kt laman rumah .............!

Raya kedua..... pagi2 lagi dah bersiap pergi menziarah sedara mara kt Bota kiri, Bota Kanan dan terus sampai ke Sitiawan, Sri Manjung dan Lumut. Bestnya tengok pekan Lumut... dah lama x dtg ke sana. Macam2 perubahan ada.... ramai org plak tu.

Raya Ketiga.............. bersiap2 nak balik ke Shah Alam. Sebelum tu singgah rumah adik dulu kt Kg Serikaya, Bota Kiri. Dah makan2 baru bertolak ke Shah Alam ikut jalan Seberang Perak terus ke Kuala Selangor.... Ini yg aku suka........beli siput mentarang n buah mangga kt tepi jalan  di Sekincan.

Aku sampai rumah dlm pukul 6.30 ptg. Penat jangan kiralah. Boleh tahan jugak  jauhnya laluan tu.... dengan kesesakan lagi.  Ramai dah balik dari kg agaknya. 

Oklah! kt sini dulu...... nanti cerita lg!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...