Breaking

Tuesday, August 9, 2011

Tuesday, August 09, 2011

Masak Lemak Cili Api Ayam dengan Rebung


Haaaaaaaaaaaaaa.............. masak lauk kegemaran hubby aku. Bising dia sebab dah lama x buat masak lemak cili Api. So, aku pun menenyehlah cili api untuk memasaknya.

Masak ajelahhhhhhhhhhh........

'Masak Lemak Cili Api Ayam dengan Rebung'

Bahan2 :

3 keping kepak ayam - potong kecil2 
Semangkuk kecil rebung
12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Masukkan ayam yg telah dipotong kecil2 dan rebung yg telah dibersihkan   ke dalam periuk bersama bahan tumbuk. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. 

Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. Masukkan juga asam keping. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. 

Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.

p/s :  kalau x tahan pedas boleh kurangkan cili api.

Tuesday, August 09, 2011

Bubur Pulut Hitam Durian



Dah hari ke 9 kita berpuasa..... macam-macam dugaan. Panas terik dan sakit tekak lagi. Dugaan yg x terjangka bagi aku apabila ada yg dengki dengan aku. Tp aku xnak memperbesarkan dan xnak menunding jari. Cuma di bulan yg mulia ini aku berharap orang yg x boleh tengok org lain berbaik2 tu di murahkan rezekinya dan diberikan hidayah agar insaf dengan segala tindak-tanduknya yg memualkan.

Kita tinggalkan semjua perkara yg menjengkelkan itu, baik kita sibukkan diri memasak untuk keluarga.....

Antara menu aku untuk berbuka smlm adalah....... jeng! jeng! jeng!

"Bubur Pulut Hitam Durian"

Bahan2 :

1 paket pulut hitam -dlm 1/2 cawan je
1 cawan gula - ikutlah selera sendiri
2 cawan santan pekat
3 cawan air
secubit garam
5 ulas durian - boleh tambah kalau nak lebih.

Cara2 : 

Rebus pulut hitam dengan secawan air sampai kembang. Dah kembang, masukkan gula, santan, air dan garam. Tunggu sebentar. Masukkan pula durian. Biarkan mendidih sehingga durian sebati dengan kuah pulut hitam.

p/s : Mudah jerrrrrrrr......sodappppp!

Monday, August 8, 2011

Monday, August 08, 2011

kuih Badak Berendam


Masak kuih badak berendam jerrrrrrrrr .... pencuci mulut yg senang. Buat lebih ckit sebab nak bagi kengkawan merasa..... kesian sebab dpt tahu dlm fb dia teringin nak makan ni.

Senang jerrrrrrrr, ramai yg tahu buat kuih simple ni. Tp dah x jumpa  daun pandan... pakai pewarna hijau jelah dengan esen pandan. Santan plak guna santan kotak jer. Jadik jugakkkk!

Bahan2 :

Untuk tepung 
2 cawan tepung pulut
perwana hijau
esen pandan
air secukupnya

Untuk kuah
1/2 dari sekotak santan
2 cawan air
sedikit garam

Untuk inti 
1 cawan kelapa parut
1 keping gula melaka
1/2 cawan gula pasir
sedikit garam

Cara2 :

Untuk tepung
Bancuh tepung pulut bersama air, perwarna hijau dan esen pandan sehingga menjadi doh yang lembut.

Untuk kuah
Campurkan santan, air dan garam secukup rasa, ketepikan...

Untuk inti
Masak kelapa parut bersama gula melaka yng telah dipecah2kan, gula pasir dan sedikit garam. Kacau terus menerus jangan berhenti sehingga gula bergaul sebati dan adunan bertukar ke warna perang. Bila dah siap dan dah sejuk boleh dikepal2 kan kecik2  untuk menjadi inti kuih.

Bentukkan adunan bulat2 dan isikan inti. Letakkan adunan yang dah siap ke dalam bekas atau loyang dan tuangkan kuah santan tadi.

Kukuskan selama lebih kurang 20 minit atau sehingga masak. Dah siap, bolehlah dihidangkan

*******************
my priority.....!
klik SINI
********************
Monday, August 08, 2011

Nasi Goreng Daging Berempah


Dah kepalang boring ni.... nak masak apapun dah blurrrrrrrrrrrrr. Yalah, dah seminggu berpuasa dengan udara yang panas ni mengundang rasa tak sihat je. 

Ari ni nak tunjuk menu masakan semlm...... simple jerrrrrrrrrrrrrrr!

'Nasi Goreng Daging Berempah'

Bahan2 :

4 cawan nasi putih
1/2 cawan daging - yg telah dipotong kecil2
1/2 batang karot
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar cili giling
1/4 dari 1 ketul kiub ayam/daging
1 sudu teh pes asam jawa
sedikit daun kari
1/4 cawan air 
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya.

Cara2 :

Bawang merah dan bawang putih tumbuk lumat. karot dipotong kecil2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi dan kekuningan. 

Masukkan cili giling, rempah kari daging, pes asam jawa dan sedikit air. Masakkan sehingga agak garing. Masukkan daging, kiub ayam/daging, karot  dan daun kari. Kacau2 sehingga daging empuk. 

Apabila daging dah empuk, masukkan nasi putih. Kacau2 dan perasakan dengan garam dan gula. Bila dah sebati dan di kacau rata, bolehlah diangkat.

p/s :  Nasi ni rasa macam nasi yg dah dicampur dengan kuah kari je... sodap gak!

Sunday, August 7, 2011

Sunday, August 07, 2011

Fusilli Carbonara Cendawan


Dah masuk hari ke 7 berpuasa ..... terkejar2 buat itu ini. Satu hari rasa x cukup je. Apapun,,,, alhamdulillah, hidangan untuk keluarga tetap tersedia.

Smlm juadah untuk kami sekeluarga adalah 'Fusilli  Carbonara Cendawan' senang je..... pakai sos dalam tin.

Bahan :
1 paket (500gm) pasta fussili - pasta yg macam spring 
1 tin sos Carbonara Cendawan
2 ulas bawang putih
5 batang sosej
1/2 cawan sayuran campuran dingin beku.
Sedikit air
minyak zaitun secukupnya
garam dan gula secukup rasa.

Cara :

Pasta fusilli di rebus selama 10 minit. Bila dah lembut, toskan.  Bawang putih di hiris dan potong kecil2. Sosej pun di potong kecil2. Sayuran campuran dibasuh untuk mencairkanya. 

Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih. Bila dah naik bau masukkan sosej yang telah dipotong kecil. Masukkan sayur campuran. Kacau2. Selepas itu masukkan 1 tin sos carbonara cendawan. 

Kacau lagi. Kalau rasa terlalu kerimg, masullan sedikit air. Perisakan dengan garam dan gula. Bila dah masak bolehlah diangkat dan gaulkan dengan pasta fusilli. 

Sedia untuk dihidangkan. 

p/s : Boleh jugak bila nak makan baru gaulkan sos dengan pasta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...