Breaking

Wednesday, December 29, 2010

Wednesday, December 29, 2010

Malasnya Nak Updated Blog...

Semenjak dua menjak ni malasnya nk updated blog..... aku sekarang lebih2 pulak dengan game2 bebudak kat facebook tu... boring sesangat-sangat. Dah tu pening giler dengan persiapan sekolah anak2. Dah tu sakit jiwa dengan macam2 hal dan permintaan anak2. semuanya nak complete... Sudahnya bajet lari lintang-pukang. Mana nak cari duit lagi.

Thursday, December 23, 2010

Thursday, December 23, 2010

Tetamu nak datang.....

Ari ni ada tetamu nak datang...... mak dengan adik aku. Bercuti kt sini beberapa hari.... dari Ipoh. Alahai ! aku ni sibuk. Camne le nak layan tetamu tu. Harap mereka memahami.... pandai2 le layan diri.
Kembang-kuncup la...la...la!

Monday, December 20, 2010

Monday, December 20, 2010

Persiapan Sekolah

Risaunya.....dalam seminggu dua ni sibuk balik ngan sekolah anak2...Persiapan x buat lagi.... tersekat-sekat je.. maklum macam2 hal. Banyak benda nak beli n bayar tu.... pening kepala sekejap. Entahlah....

Wednesday, December 15, 2010

Wednesday, December 15, 2010

Ikan Gapi

Apa yang nk dibuat semlm dah buat dah...! Ari ni nk cerita apa pulak.... tengah berfikir ni.....

Ha! dah dpt idea.....nak bela Ikan Gapi jugak.... Dulu pernah bela... seronok!!

Ikan ni x susah jaganya.... Satu hal yang bagus ikan ni beranak-pinak. Jadi kalau dah mati x payah susah2 nk beli lg... sebab ikan membiak. Tp jgn pakai filter yang besar cukup je dengan filter yg boleh  perangkap kotoran yang simple je. Nanti baru boleh ikan ni membiak. Kalau tidak benih ikan akan termasuk dalam perangkap.X payah beli akuarium besar. Beli je pasu kaca bulat yang sesuai. Beli batu2 dan pasir., filter, kapas wayar oksigen dan dll. Nantilah nk ajak hubby gi tengok kt kedai ikan hiasan.
pasu macam inilah...

Tuesday, December 14, 2010

Tuesday, December 14, 2010

Pokok Palmaku Dah Kudung ....

Baru semalam merancang nk tanam pokok bonsai..... ari ni pokok palma yang kt rumah tu kudung daunnya di kerjakan anak2... Bengang giler.... Nak tau, haram mereka nak mengaku. Si bongsu kata tak buat, kakcik pun tak ngaku..... abang ngah apatah lagi. Pendek kata mati-matian diorang tak ngaku.... pening sekejap. Nak buat camne lagi!!! Dah bagi warning..... usik lagi siap aku kerjakan..!!

Ini gambar je.  Macam nilah sebelum  kudung daunnya.
Apapun jangan patah semangat... itu azam aku... nak tanam juga pokok2 lagi. Tp belum mula lagi......! :0

Monday, December 13, 2010

Monday, December 13, 2010

Nak bela pokok bonsai.....

Sibuknya.... n banyak sungguh cabaran dan dugaan minggu ni. Bergenang air mata ini... Alhamdulillah! dpt juga ku tempuhi segalanya. Semoga minggu seterusnya akan terus berlalu dengan perkara2 yang baik2 je minggu ni.Dah macam2 hal ni.... x sempat nk berfacebook n berblog. Ari nilah baru hati ni tenang setelah  segala masalah yang timbul berlalu pergi..

Skrg ni selalu je tension n pening x pasal2. Sejak seminggu dua ni aku dah fikir nk cari satu hobi yang boleh hilang tension. Aku teringatkan hobi lama...bila tengok pokok2 kt kedai monyok je jarang bersiram... aku nk tanam pokok lah. Tp bukan pokok biasa....pokok bonsai yang di isi dlm pasu2 comel.. dulu aku dah pernah buatpun...waktu rumah lama ada belajar dengan jiran sebelah rumah. Kt sini adalah aku beli satu pokok bonsai masa mula2 duduk sini. Dek kerana sibuk x berapa terjaga. Aku nk jaga elok2 n nk tambah koleksi.

Buat bonsai ni x susah cuma memakan masa sikitlah. Pokok bonsai adalah sesuatu benda yang hidup...jd kenalah bersabar sikit nk bagi pokok tu besar... inilah yang excitingnya menanam dan memelihara pokok ni. Melihat tunas pokok tumbuh dan berkembang tu sesuatu yang sangat indah dan seni.... Lepas tu kena trim dan buang mana2 tunas dan daun yang x dikehendaki dan bubuh baja sebulan sekali... Ikat dan bentukkanya sikit biar serupa dengan pokok besar yang kt tepi jalan, tanam lumut kt bawah pokok tu lagi!... Semua tu mesti kena caranya... biar nampak antik dan cantik...

Bila ya! nk start hobi exciting ni... esoklah.!!! Nanti nk gi tengok pokok2 melati kt tepi sekolah belakang kedai. Ambil beberapa rantingnya n tanam dulu.. Dah berakar nanti boleh bentuk jadi bonsai.

Wednesday, December 8, 2010

Wednesday, December 08, 2010

Sakit Kepala....Tensionnya...

Dah tension ni...x penah2 main game bebudak...cupcake...ntah apa2 ni...Bukannya apa nk realese tension je. Boring pun ada..... Sakit kepala ni berdengung je... apa lagi nk buat ni... panadol dan segala macam ubt dah telan dah...

Monday, December 6, 2010

Monday, December 06, 2010

Hobi masa kt rumah lama.....

Dulu masa kt rumah lama aku ada hobi ni.... suka kumpul rumah English cottage yg kecik2 tu.... Dh banyak jugalah aku kumpul. Tp masa pindah... ada yang cicir dan pecah. Tinggal ajelah dua tiga biji lagi je. Skrg dah tak minat lagi sebab dah sibuk.... dulu duduk rumah je jaga anak kecil.

Friday, December 3, 2010

Friday, December 03, 2010

Dah kering Idea.....

Ntah apa2 jelah.... skrg ni sejak baik demam ni x de idea langsung nk di tulis. Otak ni macam dah blur je. Apa lagi ni yang x kena, entahlah..... :( peliknya!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...