Breaking

Tuesday, December 23, 2014

Tuesday, December 23, 2014

Sambal Ayam Bersama Kentang

Masak je lah hari2... Kekadang tu buntu memikirkan apa yang nak dimasak.... Hari2 mau makan... terpaksalah memasak juga.... Nak membeli bukan boleh hari2 .... makan kos yang banyak jugak. Nak2 pulak ada yang x sesuai selera.....

Memasak untuk keluarga adalah lebih afdal dan dapat pahala jugak tu..... So, agak sibuk jugak ari ni.... masak yang mudah ajelah! Menu ayam sentiasa menyelerakan... Ada beberapa ketul ayam kat peti ais... tambah kentang sekali, jadilah 'sambal ayam bersama kentang'....jer!



Bahan2 :

5 ketul ayam
4 biji kentang
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar cili giling
2 keping asam keping/gelugor
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya


Cara2 :

Ayam dipotong2 kecil dan digoreng garing. Kentang dikupas kulit, dpotong baji dan digoreng hingga lembut. .Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar dihiris. 

Tumiskan bahan tumbuk sehingga kekuningan. Masukkan cili giling. Tumis sehingga agak garing dan masukkan sedikit air. Masukkan juga asam keping.Selepas tu masukkan bawang besar yg telah dihiris. 

Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan ia mendidih sekali lagi. Dah masak, Masukkan ayam dan kentang yg telah digoreng . Dah siapppppppp... bolehlah dihidangkan.



p/s : Ayam.... semua suka.... menyelerakan!

Monday, December 22, 2014

Monday, December 22, 2014

Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi dengan Tulang Ikan Masin

Walla..... memasak lagi kita.... Jenis lauk yang paling digemari suamiku. Aku dan anak2 pun suka jugak. Dah ada anak2 membantu kat tempat berniaga ni, sesekali bolehlah memasak.

Pucuk ubi beli kat pasar je.... bukan tanam sendiri tau! Kalau beli sekali 3 ikat..... lepas tu ambik pucuk nye saja utk dibuat gulai. Entah ape2 je dorang ni.... daun ubi yg keras kematu tu sapa nk makan!

Macam buat masak lemak yang  biasa tu je....cuma bahan2 asas je ditukar.... opps.. layan!


Bahan2:

3 ikat pucuk ubi
3 keping tulang ikan masin
15  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
2 cawan santan pekat.
secawan air
1 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa.
Cara2 :

Pucuk ubi dipilih hanya pucuk dan daun yang lembut. Rebus sebentar dan toskan airnya. Ikan masin dipotong2 kecil sedikit. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Didihkan.

Bila dah mendidih, masukkan pucuk ubi rebus dan ikan masin tadi dan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. 

Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila dah masak boleh tutup api dan dihidangkan.


p/s : Sedappp gitewwww.... ada plak sambal belacan dan ulam jering...perghhhh!


Tuesday, December 16, 2014

Tuesday, December 16, 2014

Nasi Goreng Kailan Ikan Masin

Sibuk, stress dan macam2 hal ada..... Dah settle sementara. Sekarang dah start nak masuk dapur balik. Dan ada sikit2 masa tu.... berkejarlah aku update blog. 

Ari ni masak dua kombinasi..... nasi goreng dan sayur kailan ikan masin. Okeylah tu... dua2 kegemaran sekeluarga. Tak larat  nak celoteh panjang2... kita layan resepi.


Bahan2 :

2 mangkuk nasi 
2 sudu besar ikan bilis - goreng
1 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - cincang
12 biji cili api - tumbuk lumat
2 biji telur
3 pokok kailan
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap
1/4 dari seketul kiub ayam
* Sedikit ikan masin - ikan masin apapun xpe 
(guna ikan gelama kecil, buang tulang dan potong2)
Sedikit minyak masak
garam secukup rasa

Cara2 :

Panaskan minyak dan goreng ikan masin sehingga masak. Lepas tu masukkan  bawang besar dan bawang putih. Bila dah kekuningan, masukkan cili api tumbuk. Goreng sampai agak wangi dan berbau menyengat. 

Masukkan kailan yg telah dipotong dan dibersihkan. Biar sedikit masak. Masukkan juga sos tiram dan  kiub ayam. 

Masukkan telur dan kacau2kan sebati. Masukkan nasi dan kicap. Kacau rata. Perasakan dengan garam.  Masukkan ikan bilis goreng. Kacau rata dan sekata... 

Bila dah siap bolehlah dihidangkan.


p/s : Pergh....Mesra gitewwww! sedapp!

Friday, November 28, 2014

Friday, November 28, 2014

Kerabu Ulam Raja

Ari ni nak tunjuk kerabu plak..... Simple je kerabu ni. Sedap tuh tak tau nak kata.... bolehlah, bolehla. Tapi macam biasa.... hubby nyanyi lagu bangau.... 'bukan makanan aku' 3x  katanya rumput rampai ni makanan kambing je... hahaha!

Anak2 aku pun tak berapa suka.... cuma anak perempuan yang besar je okey! Apa-apapun cubalah kalau suka.... Ulam raja ni pemberian seorang kawan... dia duk kawasan kampung nun kat Kuang Selangor. Selalu dia bagi sayur2 kat aku....

Okeylah, kita layan...


Bahan2 :

Secekak ulam raja
5 biji cili cili api
Seinci belacan bakar
3 biji bawang merah
2 sudu besar kerisik
3 biji limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Ulam raja dibersihkan dan dicincang kasar. Cili api ditumbuk lumat bersama belacan. Bawang merah dihiris halus. Limau kasturi di ambil airnya.

Semua bahan tadi digaul bersama kerisik dan perasakan dengan garam dan gula. Dah siap, bolehlah dihidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.



p/s : Selamat mencuba.....

Friday, November 21, 2014

Friday, November 21, 2014

Masak Lemak Cili Api Ikan Keli Goreng Dengan Rebung

Ari ni masak gulai kegemaran suami... hehe! Masak lemak cili api lagihhh...! Ikan keli di goreng  je ngko... Kalau salai lagi sodapp, tapi mana nk salai nih..... berasap giler la rumah 5 tingkat aku, ada yang panggil bomba plak.. ingat umah terbakar.... haish!

Haiiiih.... goreng pun goreng je lahh! Dah terlanjur ada masa tu.... masak jelah! Ikan keli nih aku potong2 sebelum di masak... anak2 ramai. Kalau tak dipotong2 nanti sekali hadap sekor sorang plak ikan keli tu dek anak2 aku, mau lari bajet tuh!



Bahan2 :
4 ekor ikan keli
1 mangkuk rebung
12  biji cili api - tumbuk
1 cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Ikan keli dbersihkan dipotong2, kalau tak dipotong2 pun ok jugak. Gaul dengan garam, kunyit dan sedikit tepung jagung. Goreng hingga garing. 

Rebung  dididihkan dalam periuk bersama bahan tumbuk. Masukkan juga secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. 

Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Tapi jangan banyak2 nanti x sedap plak. Biarkan mereneh.  Masukkan ikan keli goreng. Kacau perlahan-lahan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. 

Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.



p/s : Wah! sodap sekali hingga makan berpinggan2nih..... menjilat jari u!!!


Sunday, November 16, 2014

Sunday, November 16, 2014

Pucuk Labu dan Sambal Belacan

Ari ni aku nak kongsikan lauk sayur pucuk labu dan sambal belacan..... Sedap nih!  Tengok ni dah kecur air liur. Berpinggan2 menambah nasi.... lupa rancangan nak berdiet...hehe!


Sayur pucuk labu ni di beri oleh kawan yang tinggal kat kawasan kampung di Kuang.... rumah aku mana ada tanah. Kalau tidak... boleh tanam labu, boleh makan pucuk labu dan buah labu sekali...ha ha!


Senang je nak buat semua ni....



Secekak sayur ni rebus dalam periuk. Masukkan air cukup2 paras sayur tu. Tutup periuk dan rebus sampai sayur empuk.

Untuk buat sambal plak.... 4-5 biji cili api dtumbuk bersama sedikit garam dan 1 sudu besar gula. Dah lumat tumbuk sekali seinci belacan bakar. 

Masukkan 2 sudu besar air dan 1 sudu besar pes asam jawa. Gaul sebati. Bolehlah dihidangkan bersama sayur pucuk labu.



p/s : Perghhh.... berasap telinga, tapi sedapppp!!


Saturday, November 15, 2014

Saturday, November 15, 2014

Isi Ayam Masak Lada Hitam bersama Cendawan Hitam

Ari ni nak masak resepi simple tapi rasanya sedap....  Biasalah orang macam aku ni sentiasa sibuk berniaga online dan offline.....nak buat semudah yang boleh..!

Resepi ni dah lama aku dapat..... dari resepi dalam majalah dah berkurun lama dah..... Buku nya pun aku dah tak ingat....

Share jelah lebih kurang resepi tu kat sini.... ingat yer, resepi cuma anggaran... apa2 yang nk ditokok tambah, ikut suka koranglah..!


Bahan2 :

400g isi ayam
15 keping cendawan hitam kering
(direndam 2-3 jam sehingga kembang)
2 sudu besar sos tiram
1sudu makan serbuk lada hitam
2 biji cili merah
1 biji bawang besar
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung
(dibancuh-jika suka)
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Isi ayam dipotong kecil dan dibersihkan. Cendawan hitam di hiris kecil. Cili merah, bawang besar, halia dan bawang putih  dihiris  dan ditumis hingga layu dan kekuningan.

Masukkan ayam, cendawan, serbuk lada hitam dan sos tiram. Gorengkan ayam hingga dagingnya menjadi lembut. 

Masukkan air atau bancuhan tepung jagung. Masak hingga pekat.

Dah masak.... bolehlah dihidangkan.



p/s : Tengok gambar pun dah nampak sedap...kan...kan...!


Monday, November 10, 2014

Monday, November 10, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

Akhirnya aku terperangkap jugak ngan viral yang tengah hangat meletup-letup kat internet sekarang ni..... Hubby aku pun heran ngan aku yang beriya2 nak memilih mangga muda kt pasar malam....



Dpt jugaklah aku membuat mangga asam boi yg nampak mengecurkan air liur tu..... Dah ku potong2, ku gaul ngan asam boi, gula dan cili api yang di potong2 sesedap rasa.... garam tak payah taruh, asam boi dah masin gila.....simpan dalam peti ais.

Lepas seharian, balik kerja aku pun mengadaplah semangkuk mangga asam boi bersama anak2. Hubby tak makan benda2 cenggini, dia tengok je.

Bolehlah...... sedaplah jugak.... tapi untuk tekak aku ni, lagi best kalau mangga muda cicah ngan kicap campur gula, cili api dan sedikit belacan.... hehehe!



p/s : Tapi abis jugaklah dikerjakan dek aku ngan anak2... siap bawak bekal lagi bagi kengkawan rasa kat tempat kerja.


Wednesday, November 5, 2014

Wednesday, November 05, 2014

Slice Cheese Cake Versi Marble.....

Disebabkan teringin punya pasal dalam sibuk2 tu sempatlah aku meyelit masak kek ni.... hehe! Sedap tau...cair di mulut je.

Sekali hadap je, banyak tuh... dek anak dara dan bujangku. Oleh sebab bekas tu besar guna bekas 30cm, yang  biasa dah pakai untuk benda lain, so nampak terkepek ajelah jadinya. Xpelah.... janji sodap!!

Resepi sebenarnya dah pernah buat dulu.... nak tengok, klik sini. Tapi untuk mempermudahkan, kita share jugak resepi kat sini.


Bahan2 :

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila


Cara2 :

Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar. Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. Kacau sentiasa. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul. 

Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila. Gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. 

Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit. Gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya. 


p/s : Sedap sangat..... pada sesiapa yg suka cheese :))

Friday, October 31, 2014

Friday, October 31, 2014

Masak Lemak Cili Api Telur Itik Bersama Belimbing Buloh

Dalam kesibukan yang menggila, aku kini bertukus lumus mengerjakan blog ni. Ha...ha.... buatlah apa yang patut. Masak tetap masak sebab perut perlu di isi.

Masak lemak cili api ni memang kegemaran hubby..... anak2 pun suka. Dapat pulak padanan yang sempurna, telur itik dengan belimbing buloh..... apalagi memang disukai sangat2lah...hihi

Entah bila kali aku buat masak ni pun dah lupa.....bulan lepas ke bulan lepas yang dulu lah tu.... !


Bahan2:

5 biji telur itik 
15 biji buah belimbing buloh - belah dua
12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Bahan tumbuk dan serai di masukkan dalam periuk bersama belimbing buloh yg telah dibelah dua. Masukkan  secawan santan pekat serta secawan air. Renehhkan sehingga mendidih.

Bila dah mendidih, pecahkan telur dengan berhati-hati agar kuning telur tak pecah. Masukkan telur satu persatu dan kacau perlahan-lahan. Bila telur dah mengeras, masukkan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Tapi jangan banyak2 nanti x sedap plak. 

Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.


p/s : Fuyoo.... sedap tu!!

Monday, October 27, 2014

Monday, October 27, 2014

Kepah Sambal Tumis dengan Kentang

Haiyaa.... sibuk dan letihnya ari ni. Tinggal sedikit semangat je yg membuatkan aku beriya2 mengupdated blog... Sabarlah duhai hati!! 

Masakan kepah ni bulan lepas kot aku buat.... sedap giler, kata anak bujang sorang aku ni... siap ratah lagi...!

Layan je lah!

Bahan2 :

300 gram isi kepah
3 biji kentang
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sudu besar cili giling
1 sudu makan pes asam jawa
minyak secukupnya
garam dan gula secukup rasa.

Cara :

Kepah dibersihkan. Kentang dihiris nipis dan  digoreng. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk. Tumiskan bahan tumbuk. 


Bila dah kekuningan, masukkan cili giling. Goreng sampai naik minyak. Masukkan pes asam jawa dan setengah cawan air. 

Masukkan isi kepah. Perasakan dengan garam dan gula.Bila dh agak kering, masukkan kentang. Gaul rata dan bolehlah dihidangkan.


p/s : Sekejap je dah selesai lauk ni....alhamdulillah!

Friday, October 24, 2014

Friday, October 24, 2014

Kuetiaw Kungfu... Ikut Cara Ku

Anak2 ari ni kita makan kuetiaw kungfu je.... ! Mula la aku berkungfu di dapur menyiapkan juadah ni... tengok buku resepi jerrr.... ada barang2 yang tak cukup, kita abaikan ajelah.

Sebenarnya itu episod masak2 beberapa minggu lepas... lupa dah bila. Masakan ni aku buat ringkas je.... Udang aku tak taruh sebab xde....allergik gak. Isi ayam yg ada, taruh ajelah. Brokoli pun tak beli.... serbuk lada puti xde,ganti lada hitam.

So, layan je resepi kuetiaw kungfu dari buku masakan Cina Chef Nazira.... tapi aku olah balik sikit sesedap rasa aku jer... hihi! 


Bahan2 :

1 paket kuetiaw
Sedikit isi ayam 
1 paket bebola ikan - potong dua
5 ulas bawang putih - cincang
1 inci halia - hiris memanjang
3 pokok kailan
1/2 batang lobak merah
Seketul bunga kobis
Sepeket putik jagung
2 biji tomato
1 kiub pati ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 biji telur
1 sudu makan tepung jagung -bancuh dgn secawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara2 : 

Celurkan kuetiaw dengan air panas. Angkat dan toskan.Potong2 sayur2an  ikut suka. Panaskan minyak, kemudian tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. 

Masukkan isi ayam, bebola ikan, serbuk lada hitam dan kiub pati ayam. Goreng seketika.

Masukkan bancuhan tepung jagung, lobak merah. putik jagung dan bunga kobis. Kacau hingga mendidih. Kalau nk lebih kuah boleh tambah air.

Masukkan telur yg sudah dpukul. Biarkan 45 saat ataupun sehingga telur nampak mengeras, kemudian kacau. Perisakan dgn garam secukup rasa.


Masukkan sayur kailan dan tomato. Kacau, kacau, kacau.... tutup api. Curahkan atas kuetiaw dan bolehlah dihidangkan.....




p/s : Sesekali makan masakan yang penuh ngan sayur2 bagus gak... sedappp!

Tuesday, October 21, 2014

Tuesday, October 21, 2014

Ikan Tongkol Black Pepper

Dah kering idea nak masak apa yer.....Masak pun terkocoh-kocoh balik kerja. Sampai rumah dari berniaga dah pukul 9 malam. Beli barang apa yang patut kat pasar malam.... Masak jelah apa yg patut.

Ini lauk yang biasa aku masak setiap minggu. Lauk ni aku masak beberapa hari yang lepas. Aku memang suka ikan tongkol. Jadi sesuailah dengan aku...

Layan jelah....


Bahan2 :

2 ekor ikan tongkol saiz agak sederhana 
2 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
1cm halia - tumbuk
1 biji bawang besar - di hiris
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan cili giling
sedikit air asam jawa
1/4 cawan air
2 sudu besar kicap 
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2 : 

Siang, potong2 ikan dan goreng. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk sehingga kekuningan. 

Masukkan serbuk lada hitam dan cili giling. Tumiskan. Masukkkan  air asam jawa, kicap  dan bawang besar. Kacau sampai pecah minyak.. Masukkan air. 

Masukkan garam dan gula dan rasakan kesesuaian rasanya.Biar hingga agak pekat. Sudah siap bolehlah diangkat. Curahkan ke atas ikan goreng tadi. 

Sedia di hidangkan.



p/s : Sedap hingga menjilat jari.

Saturday, October 18, 2014

Saturday, October 18, 2014

Masak Lemak Cili Api Pisang Muda dengan Ikan Masin

Nak cuba mengudated blog ari ni...... Agak susah rasanya. Apakah laptop ni dh berat dek gambar2 yg tersimpan atau laptop ni dah ada virus yang bersarang? Entahlah......

Masakan ni ada nostalgia tersendiri... masa duk rumah bujang masa anak dara dulu. Masa tu kt Pekan Kuale @ Kuala Kangsar..... menyewa di situ. Rumah di pinggir  kampung....  ada pokok pisang kt belakang rumah.... rendah je. Ambil 3 biji buat gulai lemak campur ikan masin... Menu xde duit tunggu cukup bulan... berjimatlah katakan... sedap tuh!

Dengan sesikat pisang emas muda yg ada 7 biji, comel2 je ni.... yg my hubby beli kat pasar, jadilah masakan ni.... sedap.... sesuai selera kampung.


Bahan2:

7 biji pisang muda
2 keping isi ikan masin kurau
12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
2 cawan santan pekat.
secawan air
1 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa.
Cara2 :

Pisang muda disiat kulit luar sahaja dan dipotong2. Ikan masin dipotong2 kecil. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Didihkan.

Bila dah mendidih, masukkan pisang muda dan ikan masin tadi dan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. 

Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila pisang dah empuk boleh tutup api dan dihidangkan.



p/s : Sesekali masak dan makan masakan kampung ni.... terbayang suasana kampung dengan pokok pisang dengan daunnya melambai-lambai ditiup angin.
 

Monday, October 13, 2014

Monday, October 13, 2014

Ayam Masak Merah

Hari ni.... malam ni cuba melapangkan diri mengupdatedkan blog...... masak yang x seberapa je. Tapi masih penat dek kerja2 yang x abis2 sentiaasa.......

Lauk ayam ni adalah kegemaran anak2 tuh.... Senang pun senang membuatnye.... Gambar yang di ambil pun tak sepertinya... tak reti nak kreatif bagai.... alahaiii...!

So, inilah  gambar dan resepi.....!

Bahan2 :

1 ekor ayam
2 sudu besar cili giling
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1 cawan sos tomato
2 biji bawang besar
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk kunyit secukupnya
Minyak masak

Cara2 :

Ayam dipotong2 dan dibersihkan. Gaulkan dengan garam dan kunyit dan gorengkan hingga masak. Bawang merah, bawang putih, halia dan serai di kisar/tumbuk lumat.  

Panaskan kuali dan tumiskan bahan kisar. Dah kekuningan, masukkan cili giling.Goreng hingga pecah minyak. Masukkan pula sos tomato dan kacau sebati. 

Kalau kuah agak kering, masukkan sedikit air. Masukkan pula bawang besar yang telah dihiris kasar. Perasakan dengan garam dan gula. 

Bila kuah dah masak, masukkan ayam goreng tadi. Kacau rata. Dah siap, bolehlah dihidangkan.


p/s : Nyum...nyum.... sedapnye!

Monday, September 29, 2014

Monday, September 29, 2014

Kerabu Mangga Bersambal Kelapa

Aduyai..... klau tak betul2 semangat nk update blog, memang terbengkalai lah jawabnye blog ni. Ada je yang nak dibuat... sibuk tak abis2 tuuuu!!

Kita pergi ke mukadimah asal terus.... kepala pun dh ting-tong.... penat. Masakan kali ni pemecah selera.... ada  rasa masam2, lemak2 dan pedas. 

Ini resepi sendiri.... tak ambik kat mana2.... buat untuk kesesuaian tekak sendiri je.


Bahan2 :

1 bji mangga muda yg hampir masak mengkal - parut halus
Cili api - ikut sendiri, kalau nk pedas bubuh banyak2
3 biji bawang merah - hiris halus
2 sudu besar kelapa parut
Segenggam ikan bilis - dibersihkan
Belacan bakar- jika suka, x bubuh pun xpe
Secubit garam dan sesudu teh gula

Cara2 :

Cili api ditumbuk lumat bersama garam dan gula. Tumbuk kelapa sekali, Dah lumat, masukkan belacan dan ikan bilis. 

Ikan bilis ditumbuk agak2 kasar sedikit. Masukkan pula bawang merah dan mangga muda.  Bahan2 tu semua digaul sebati  

Dah siap, bolehlah dihidangkan.



p/s : Pehhh.... menyelerakan sungguh... makan dengan ulam timun.

Wednesday, September 24, 2014

Wednesday, September 24, 2014

Agar-agar Aiskrim Soda

Haissh.... sibuk memanjang je aku ni. Ari ni updated blog.... letih tapi ku turutkan jua. Kalau tidak bilalah lg nak buat, kena kuatkan semangat ni...

Makanan pencuci mulut yang sesuai untuk hari2 yang panas membahang ni. Sejuk je masuk ke tekak... Buat dah lama.... baru hari ni dapat di letakan kt blog. Takpe......biarlah ketinggalan keretapi n3 ni... asal ada gak n3 walau sekali-sekala je muncul.

Buat pencuci mulut dengan apa yang ada kt rumah je.... Jadilah 'agar-agar aiskrim soda'.



Bahan2 :

1 paket agar2 serbuk warna biru
2 cawan air
2 cawan susu cair
2 cawan aiskrim soda
1 1/2 cawan gula

Cara2 :

Didihkan air. Masukkan agar-agar serbuk dan gula serta pewarna biru. Kacau sehingga gula dan serbuk agar-agar hancur. Didihkan dengan api yang perlahan. Sentiasa dikacau. Apabila dah ada tanda2 nak mendidih, tutupkan api. Agar2 dibahagi 2,

Satu bahagian di tambah aiskrim soda dan satu bahagian ditambah susu cair. Kacau kedua-dua bahagian dengan sebati. Boleh di tuang ke dalam acuan selapis susu dan selapis lagi warna biru soda ke dalam loyang.

Sejukkan. Bila mengeras bolehlah dikeluarkan dari acuan atau diipotong2.

Dah siap! Boleh dihidangkan.


p/s : Sedap erk!

Saturday, September 13, 2014

Saturday, September 13, 2014

Fried Rice With Fish Cake

Nasi goreng yang simple..... Hari ni menu dalam bahasa omputih plak.... Dlm bahasa melayunya agak pelik ckit, tu   yang gi guna bahasa omputih tu... "Nasi Goreng Bersama Kek Ikan".

Kek ikan ni biasa jual kt kedai2, pasar2, kt pasaraya pun ada. Biasanya orang guna  masak bersama mee dan mihun. Aku suka kek ikan ni.... sesuai selera.

Masak dan makan jelah.... 



Bahan2 :

2 mangkuk nasi 
2 sudu besar ikan bilis - goreng
2 keping kek ikan 
1 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - cincang
8 biji cili api -titik2 pecahkan 
2 biji telur
Secekak sawi
2 sudu makan kicap
1 sudu besar sos tiram
Sedikit minyak masak
gula dan garam secukup rasa

Cara2 :

Tumis bawang besar, bawang putih. Bila dah kekuningan, masukkan cili api pecah2 tu. Goreng sampai agak wangi dan berbau menyengat. Masukkan sawi yg telah dipotong dan dibersihkan. Masukkan juga sos tiram dan kek ikan. Biar sedikit masak. 

Masukkan telur dan kacau2kan sebati. Masukkan nasi dan kicap. Kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.  Masukkan ikan bilis goreng. Kacau rata dan sekata... Bila dah siap bolehlah dihidangkan. 


p/s : Sedap gak erkkk!


Sunday, September 7, 2014

Sunday, September 07, 2014

Bayam Merah Masak Lemak Putih

Bayam merah salah satu sayur yang sangat2 berkhasiat...... Kelmarin beli seikat bayam merah, ari ni aku masak lemak putih campur sekali tauhu dan tempe.

Wah, merah pink kuah dia.... ni yang aku suka tu. Mcm air bandung plak..... bagus tau untuk orang yang kurang darah.

Ingat lagi mula-mula masak lauk ni, anak2 takut nak makan.... takut jadi drakula.. hehe! Skrg dah tau dan faham xlah lagi.

Ok, kita tengok gambar dan resepi mudah ni....



Bahan2 :

1 ikat bayam merah
1 keping tauhu
1 keping tempe
1 biji bawang merah
1 biji cili merah
1/2 helai daun kunyit
sedikit ikan bilis
2 cawan santan
garam dan gula scukup rasa

Cara2 :

Bayam merah di potong2 dan disiat batang kerasnya dan dibersihkan. Tauhu dan tempe dipotong dadu besar2. Bawang merah dan cili merah dihiris. daun kunyit di carik2 sahaja. 

Masukkan semua bahan tadi dan ikan bilis ke dalam periuk. Masukkan juga secawan santan dan secawan air. Didihkan ia  sebentar.

Bila dah mendidih masukkan secawan lagi santan. Di kacau sentiasa dan apabila mendidih lagi, masukkan garam dan gula secukup rasa. Dah masak, bolehlah dihidangkan.


p/s : Sedap dan berkhasiat.

Friday, August 22, 2014

Friday, August 22, 2014

Kek Marble a.k.a Kek Zebra

Uhuk....uhuk... uhuk terbatuk2 aku dok membuang habuk dan sawang kt blog kesayangan ni.... Sibuknye aku bukan main lg.. Bukannya tak masak, gambar masakan dh penuh dlm hp tp sibuk pun satu hal... malas dek kepenatan pun satu pasal gak.... ish...ish..ishhh!

Ramadan dah berlalu.... raya pun dah lepas.... tah apa2 lg yg x dpt aku kongsikan kt sini.... haiiiiiyaaaa!  Tp nk jugak aku kongsikan kt sini kek raya yg x sepertinya ni yg aku buat tuk anak2 walau dlm kepenatan teramat sangat!

Inilah dia kek marble a.k.a kek zebra... kekadang ada yang buat colourful jdlah kek marbe. Bila gandingkan ngan coklat jadilah kek kuda belang atau kek zebra.

Okey kita layan resepi ...ambil dar blog mana tah....dah lupa.


Bahan2:

250gm mentega - seketul
200gm gula - blend halus
5 biji telur
1 sudu makan ovalette
250gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco
1  cawan susu segar/cair
(saya guna 1 kotak susu dutch lady)

Cara-cara :

Ayak tepung dan baking powder. Pukul gula dan mentega sampai gebu atau mentega bertukar ke warna keputihan. Masukkan telur dan ovalette, pukul lagi sampai ringan dan gebu. Masukkan sekali esen vanilla. Masukkan tepung sedikit demi sedikit bersama-sama dengan susu berselang seli sambil memutar sehingga sebati
.
Bahagikan kepada 2 bahagian dan bahagian kedua di campurkan serbuk koko dan coklat emulco. Tuang ke dalam loyang secara berselang-seli sesudu demi sesudu utk mendapat belang yg cantik. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 50 minit- 1 jam (atau sehingga masak) dengan suhu 170C.

Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan. Selamat mencuba....



p/s : Lembut dan gebu jerk...!

Thursday, May 22, 2014

Thursday, May 22, 2014

Daging Burger Goreng Sambal

Ari ni nk kongsi resepi ni plak...... Ada nostalgia ngan resepi ni tau. Masa tu aku baru kahwin... tinggal ngan adik2 suami n sepupu diorg. Bila aku beli daging burger n nk buat sambal..... semua jadi pelik, aku pun pelik gak sebab terlupa beli roti n sos sekali.

So, semua yg kt rumah dh malas gi kedai maka malam tu masak dan makanlah lauk ni.... dtg plak tunang sepupu tu plak... dia asyi puji sedap katanya..... haha3. Bila diorg dh kahwin siap suruh sepupu tu belajar masak lauk ni ngan aku..... x ke kelakar... kan2.

Ari tu teringat nk buat setelah lama x masak lauk ni.... wah...sedap tau.... hehe!


Bahan2 :

3 keping daging burger
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar cili giling
1 sudu makan pes asam jawa
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya


Cara2 :

Daging burger digoreng sehingga masak dan dpotong 4 bahagian. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar dihiris. Tumiskan bahan tumbuk sehingga kekuningan. Masukkan cili giling. Tumis sehingga agak garing dan masukkan sedikit air. Masukkan juga pes asam jawa.

Selepas tu masukkan bawang besar yg telah dihiris. Biarkan mereneh sebentar. Masukkan daging burger yg telah digoreng td. Biarkan ia mendidih sekali lagi.

Perasakan dengan garam dan gula. Dah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.



p/s : Sedap dan berperisa.....!

Wednesday, May 21, 2014

Wednesday, May 21, 2014

Rendang Kepah.....u!

Dah selalu buat rendang yg biasa2 je...; kali ni try buat rendang kepah plak. Aritu jumpa sepeket kepah dingin beku yg dh siap x berkulit kt pasaraya...Uitttt, nampak sedap..... terliur dibuatnya. Kalau masak... mesti sedap ni......

So, buat rendang pun sodap nih! Alkisahnya..... jadilah rendang kepah yg marvelous, lazat hingga menjilat jari..... Selalu org buat rendang ayam, daging atau kerang... ini kepah plak.... lain dari yg lain.

Lepas ni intai resepi.....yerrr!


Bahan2:

350 gram isi kepah
4 cawan santan
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 btg serai
3 inci halia
1 inci isi kunyit
1 inci lengkuas
1 helai kunyit (di koyak)
1/2 bungkus serbuk kari daging
2 sudu besar ciling giling
9 biji cili api
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa


Cara2 :

Kepah dibersihkan. Bawang putih, bawang merah dan halia dihiris halus. Lengkuas, isi kunyit, cili api dan 2 batang serai dikisar lumat. 1 batang serai lagi cuma dititik. Masukkan kepah, bahan tumbuk, bahan hiris, cili giling, serbuk kari dan serai yang dititik kedalam kuali.

Kacau didlm kuali sehingga kepah empuk. Xperlu taruh air kerana kepah akan mengeluarkan air. Bila air dah nampak nak kering, baru masukkan santan.

Masukkan juga asam keping dan daun kunyit. Kacau...... Bila hampir kering, perasakan dengan garam dan gula. Biar sehingga kuahnya kering. Kacau selalu.....Bila dah siap, bolehlah diangkat...


p/s : Laju hubby n anak2 makan...... sedaplah tu!

Thursday, May 15, 2014

Thursday, May 15, 2014

Asam Pedas Ikan Kembung Bersama Keladi

Sekarang ni sejak ada 2 tempat berniaga.... kena bersilat lebih ckit menguruskannya. Cabaran yang paling besar kena cari apa saja brg2 yg sesuai dijual. Khalayak bukannya sama... so kena kreatif memikirkannya, jenuh jugaklah.

Masak pun dh jarang2.... kalau adapun yg biasa2 je. Dah masak tu mesti ambil gambar.. cuma x berkesempatan nk bukak laptop. Kekadang sibuk giler, kekadang tu plak xde masa. Juadah nipun rasanya dh lama terperap. Inilah antara juadah tengahari kegemaran kami sekeluarga....!

Apa2pun share kat cni resepinya.


Bahan2 : 

3 ekor ikan kembong
3 pokok keladi
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1cm halia
1cm isi kunyit
3 sudu besar cili giling
1/2 cawan air asam jawa
1 batang serai
2 cawan air
Segenggam daun kesom
Sedikit minyak
Gula dan Garam secukup rasa

Cara2 :

Ikan dibersihkan dan dipotong2. Keladi disiat2 kulitnya dipotong2dan dibersihkan.  Bawang merah, bawang putih, halia dan isi kunyit di tumbuk lumat. Serai dketuk2 batangnya. Tumiskan bahan tumbuk.

Bila dah agak kekuningan, masukkan cili giling, air asam jawa dan serai. Masak sampai pecah minyak dan agak garing. Masukkan air dan daun kesom.

Bila mendidih masukkan keladi. Masak lagi dan masukkan ikan. Biarkan sebentar Perasakan dengan gula dan garam. Agak2 dah nak mendidih lagi bolehlah diangkat.



p/s :  Ada yg suka taruh belacan... boleh je! Emmmm.... sedap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...