Breaking

Friday, October 31, 2014

Friday, October 31, 2014

Masak Lemak Cili Api Telur Itik Bersama Belimbing Buloh

Dalam kesibukan yang menggila, aku kini bertukus lumus mengerjakan blog ni. Ha...ha.... buatlah apa yang patut. Masak tetap masak sebab perut perlu di isi.

Masak lemak cili api ni memang kegemaran hubby..... anak2 pun suka. Dapat pulak padanan yang sempurna, telur itik dengan belimbing buloh..... apalagi memang disukai sangat2lah...hihi

Entah bila kali aku buat masak ni pun dah lupa.....bulan lepas ke bulan lepas yang dulu lah tu.... !


Bahan2:

5 biji telur itik 
15 biji buah belimbing buloh - belah dua
12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Bahan tumbuk dan serai di masukkan dalam periuk bersama belimbing buloh yg telah dibelah dua. Masukkan  secawan santan pekat serta secawan air. Renehhkan sehingga mendidih.

Bila dah mendidih, pecahkan telur dengan berhati-hati agar kuning telur tak pecah. Masukkan telur satu persatu dan kacau perlahan-lahan. Bila telur dah mengeras, masukkan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Tapi jangan banyak2 nanti x sedap plak. 

Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.


p/s : Fuyoo.... sedap tu!!

Monday, October 27, 2014

Monday, October 27, 2014

Kepah Sambal Tumis dengan Kentang

Haiyaa.... sibuk dan letihnya ari ni. Tinggal sedikit semangat je yg membuatkan aku beriya2 mengupdated blog... Sabarlah duhai hati!! 

Masakan kepah ni bulan lepas kot aku buat.... sedap giler, kata anak bujang sorang aku ni... siap ratah lagi...!

Layan je lah!

Bahan2 :

300 gram isi kepah
3 biji kentang
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sudu besar cili giling
1 sudu makan pes asam jawa
minyak secukupnya
garam dan gula secukup rasa.

Cara :

Kepah dibersihkan. Kentang dihiris nipis dan  digoreng. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk. Tumiskan bahan tumbuk. 


Bila dah kekuningan, masukkan cili giling. Goreng sampai naik minyak. Masukkan pes asam jawa dan setengah cawan air. 

Masukkan isi kepah. Perasakan dengan garam dan gula.Bila dh agak kering, masukkan kentang. Gaul rata dan bolehlah dihidangkan.


p/s : Sekejap je dah selesai lauk ni....alhamdulillah!

Friday, October 24, 2014

Friday, October 24, 2014

Kuetiaw Kungfu... Ikut Cara Ku

Anak2 ari ni kita makan kuetiaw kungfu je.... ! Mula la aku berkungfu di dapur menyiapkan juadah ni... tengok buku resepi jerrr.... ada barang2 yang tak cukup, kita abaikan ajelah.

Sebenarnya itu episod masak2 beberapa minggu lepas... lupa dah bila. Masakan ni aku buat ringkas je.... Udang aku tak taruh sebab xde....allergik gak. Isi ayam yg ada, taruh ajelah. Brokoli pun tak beli.... serbuk lada puti xde,ganti lada hitam.

So, layan je resepi kuetiaw kungfu dari buku masakan Cina Chef Nazira.... tapi aku olah balik sikit sesedap rasa aku jer... hihi! 


Bahan2 :

1 paket kuetiaw
Sedikit isi ayam 
1 paket bebola ikan - potong dua
5 ulas bawang putih - cincang
1 inci halia - hiris memanjang
3 pokok kailan
1/2 batang lobak merah
Seketul bunga kobis
Sepeket putik jagung
2 biji tomato
1 kiub pati ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 biji telur
1 sudu makan tepung jagung -bancuh dgn secawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara2 : 

Celurkan kuetiaw dengan air panas. Angkat dan toskan.Potong2 sayur2an  ikut suka. Panaskan minyak, kemudian tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. 

Masukkan isi ayam, bebola ikan, serbuk lada hitam dan kiub pati ayam. Goreng seketika.

Masukkan bancuhan tepung jagung, lobak merah. putik jagung dan bunga kobis. Kacau hingga mendidih. Kalau nk lebih kuah boleh tambah air.

Masukkan telur yg sudah dpukul. Biarkan 45 saat ataupun sehingga telur nampak mengeras, kemudian kacau. Perisakan dgn garam secukup rasa.


Masukkan sayur kailan dan tomato. Kacau, kacau, kacau.... tutup api. Curahkan atas kuetiaw dan bolehlah dihidangkan.....




p/s : Sesekali makan masakan yang penuh ngan sayur2 bagus gak... sedappp!

Tuesday, October 21, 2014

Tuesday, October 21, 2014

Ikan Tongkol Black Pepper

Dah kering idea nak masak apa yer.....Masak pun terkocoh-kocoh balik kerja. Sampai rumah dari berniaga dah pukul 9 malam. Beli barang apa yang patut kat pasar malam.... Masak jelah apa yg patut.

Ini lauk yang biasa aku masak setiap minggu. Lauk ni aku masak beberapa hari yang lepas. Aku memang suka ikan tongkol. Jadi sesuailah dengan aku...

Layan jelah....


Bahan2 :

2 ekor ikan tongkol saiz agak sederhana 
2 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
1cm halia - tumbuk
1 biji bawang besar - di hiris
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan cili giling
sedikit air asam jawa
1/4 cawan air
2 sudu besar kicap 
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2 : 

Siang, potong2 ikan dan goreng. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk sehingga kekuningan. 

Masukkan serbuk lada hitam dan cili giling. Tumiskan. Masukkkan  air asam jawa, kicap  dan bawang besar. Kacau sampai pecah minyak.. Masukkan air. 

Masukkan garam dan gula dan rasakan kesesuaian rasanya.Biar hingga agak pekat. Sudah siap bolehlah diangkat. Curahkan ke atas ikan goreng tadi. 

Sedia di hidangkan.



p/s : Sedap hingga menjilat jari.

Saturday, October 18, 2014

Saturday, October 18, 2014

Masak Lemak Cili Api Pisang Muda dengan Ikan Masin

Nak cuba mengudated blog ari ni...... Agak susah rasanya. Apakah laptop ni dh berat dek gambar2 yg tersimpan atau laptop ni dah ada virus yang bersarang? Entahlah......

Masakan ni ada nostalgia tersendiri... masa duk rumah bujang masa anak dara dulu. Masa tu kt Pekan Kuale @ Kuala Kangsar..... menyewa di situ. Rumah di pinggir  kampung....  ada pokok pisang kt belakang rumah.... rendah je. Ambil 3 biji buat gulai lemak campur ikan masin... Menu xde duit tunggu cukup bulan... berjimatlah katakan... sedap tuh!

Dengan sesikat pisang emas muda yg ada 7 biji, comel2 je ni.... yg my hubby beli kat pasar, jadilah masakan ni.... sedap.... sesuai selera kampung.


Bahan2:

7 biji pisang muda
2 keping isi ikan masin kurau
12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
2 cawan santan pekat.
secawan air
1 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa.
Cara2 :

Pisang muda disiat kulit luar sahaja dan dipotong2. Ikan masin dipotong2 kecil. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Didihkan.

Bila dah mendidih, masukkan pisang muda dan ikan masin tadi dan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. 

Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila pisang dah empuk boleh tutup api dan dihidangkan.



p/s : Sesekali masak dan makan masakan kampung ni.... terbayang suasana kampung dengan pokok pisang dengan daunnya melambai-lambai ditiup angin.
 

Monday, October 13, 2014

Monday, October 13, 2014

Ayam Masak Merah

Hari ni.... malam ni cuba melapangkan diri mengupdatedkan blog...... masak yang x seberapa je. Tapi masih penat dek kerja2 yang x abis2 sentiaasa.......

Lauk ayam ni adalah kegemaran anak2 tuh.... Senang pun senang membuatnye.... Gambar yang di ambil pun tak sepertinya... tak reti nak kreatif bagai.... alahaiii...!

So, inilah  gambar dan resepi.....!

Bahan2 :

1 ekor ayam
2 sudu besar cili giling
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1 cawan sos tomato
2 biji bawang besar
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk kunyit secukupnya
Minyak masak

Cara2 :

Ayam dipotong2 dan dibersihkan. Gaulkan dengan garam dan kunyit dan gorengkan hingga masak. Bawang merah, bawang putih, halia dan serai di kisar/tumbuk lumat.  

Panaskan kuali dan tumiskan bahan kisar. Dah kekuningan, masukkan cili giling.Goreng hingga pecah minyak. Masukkan pula sos tomato dan kacau sebati. 

Kalau kuah agak kering, masukkan sedikit air. Masukkan pula bawang besar yang telah dihiris kasar. Perasakan dengan garam dan gula. 

Bila kuah dah masak, masukkan ayam goreng tadi. Kacau rata. Dah siap, bolehlah dihidangkan.


p/s : Nyum...nyum.... sedapnye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...